HUJAN yang lebat di sekitar luar hospital tidak mengganggu Hayzack untuk mencari keberadaan Danish dan isterinya.
Dari jauh sepasang matanya disapa susuk tubuh Danish yang terduduk lemah di kerusi bangku berwarna biru berhadapan bilik bedah. Makin laju langkahnya dibawa mendekati.
"Isteri aku mana Danish?" nafas yang masih mengah ditarik dalam. Cuba meredakan nafas yang kian sesak dek kerana berlari tadi.
"Puan Muda masih ada dekat dalam lagi Tuan Muda. Maafkan saya Tuan Muda. Saya dah cuba terbaik untuk selamatkan Puan Muda" terhinjut-hinjut bahu Danish di hadapan Hayzack. Rasa serba salah semua ada. Walhal lelaki itu sudah amanahkan dia menjaga Hana sebaik mungkin.
Bahu Danish di tepuk lembut cuba memujuk lelaki itu dari terus menangis. Lagi pun benda pun dah berlaku. Apa yang mampu dia buat selain berserah?
"Takpa Danish. Aku faham tindakan apa yang kau buat tu dan aku nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan isteri aku. Kalau tak aku rasa mesti sekarang ni makin teruk keadaan Hana" ucap Hayzack seiring dengan bibir yang tersenyum hambar.
Setelah itu keadaan antara mereka mula bertukar sepi sebentar beberapa minit sebelum pendengaran Danish digamit dengan suara tangisan seseorang.
Kepala Danish menoleh ke sebelah. Membulat matanya melihat kepala Tuan Mudanya yang menunduk sambil melekapkan kedua belah tangan ke muka.
"Aku gagal Danish. Isteri aku yang seorang tu pun aku tak boleh jaga. Kau tahu aku lebih pentingkan kerja sedangkan aku tahu yang perempuan tu masih berdendam dengan isteri aku" luah Hayzack teresak.
Bahu Tuan Mudanya digosok lembut cuba memujuk lelaki itu dari terus kian menangis.
"Tuan Muda tak pernah gagal sebenarnya jaga Puan Muda. Semua benda yang berlaku kat sekeliling kita ni mesti ada hikmah yang tersembunyi. Jadi jangan salah diri Tuan Muda" nasihat Danish sebaik mungkin. Dia pun rasa serba salah sebab tak peka dengan keadaan sekeliling waktu tu.
"If anything happen dekat isteri aku. Sumpah aku takkan maafkan diri aku" tambah Hayzack lagi. Memang apa yang dia kata dia akan buat. Sebab Hana sudah seperti nyawanya sendiri. Sudahlah nak mendapatkan hati isterinya bukan main susah waktu dulu.
Hayzack mengangkat kepala apabila terasa pintu bedah dikuak dari dalam. Tidak tunggu lama laju langkah kaki dibuka mendekati doktor perempuan italy itu.
"e le condizioni di mia moglie? (Bagaimana dengan keadaan isteri aku?)" tanya Hayzack pada doktor perempuan itu.
"Fortunatamente l'hai portata in ospedale in fretta. altrimenti è certo che il bambino in grembo potrebbe avere un aborto spontaneo (Nasib baik encik bawak dia ke hospital cepat. Kalau tidak sudah pasti bayi dalam kandungan dia boleh keguguran)" jawab doktor perempuan itu.
Riak muka doktor perempuan italy itu terasa lega. Lega kerana sempat menyelamatkan dua nyawa dalam satu masa.
"Cosa intendi per contenuto? (Apa yang kau maksudkan dengan kandungan?)" dahi Hayzack berkerut. Jangan kata dengan apa yang dia fikirkan sekarang. Tak mungkinkan?
"Sembra che tu non lo sappia? Quindi voglio congratularmi con tua moglie che è incinta di 3 settimane. Presto sarai padre (Encik macam tidak tahu? Jadi saya nak ucapkan tahniah kepada isteri encik yang sedang mengandung 3 minggu. Encik akan menjadi bapa tidak lama lagi)" bagitahu doktor perempuan itu dengan nada gembira.
Terasa kelu lidah Hayzack. Tidak tahu reaksi apa yang seharus diberi sekarang kerana kecewa mahupun sedih atau gembira semua bercampur aduk menjadi satu dalam dirinya.
Kecewa dengan dirinya kerana tidak menjaga isterinya dengan baik. Sedih kerana Hana masuk ke dalam hospital dan gembira kerana tidak lama lagi dia akan menjadi seorang ayah.
YOU ARE READING
His Babygirl [𝑪]
Romance[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Hana Adenin dengan seorang jejaka. Sampailah satu hari dia dapat mengetahui bahawa jejaka yang dikejarnya merupakan budak lelaki yang pernah di...