HAYZACK menghela nafas. Sudah seminggu berlalu dan sepanjang dia membuat kerja di syarikatnya perempuan itu memang benar-benar tidak munculkan diri seperti yang dijanjikan.
Ke mana perempuan itu pergi pun dia sendiri tidak tahu?
Mahu ditanya takut dikatakan penyibuk. Jadi dia hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Teringat kembali yang perempuan itu meluahkan perasaan padanya.
"Saya cuma nak kata yang saya nak mintak maaf sepanjang kita kenal. Ampunkan salah silap saya kalau ada saya ada buat salah dengan awak. Take care Hayzack Iskandar Bin Amril Ifhghan. I love you very much. Lepas ni saya janji yang saya takkan kacau awak lagi dan munculkan diri depan awak"
Ucapan itu kali terakhir buat dirinya sehingga betul-betul perempuan itu tidak munculkan diri seperti yang dikatakan.
Bunyi ketukan pintu membuatkan Hayzack tersentak. Pen di atas meja lekas-lekas di ambil. Tidak mahu pekerjanya melabelkan dia tidak bersikap profesional sewaktu bekerja.
"Masuk"
Terjengul di situ susuk tubuh Aidil. Tak membuang masa Aidil terus sahaja masuk. Ipad yang berada di tangan sedari tadi dihulur pada Hayzack.
Berkerut seribu dahinya. Mata memandang ke arah PA nya. Aidil yang seakan faham mula menjalankan tugasnya.
"Projek yang kita gabung dengan syarikat AD Holding ada masalah Tuan. Banyak pekerja cedera kerana semalam hujan lebat dan banyak konkrit batu yang runtuh hingga terkena para pekerja" ujar Aidil. Dalam diam dia gugup takut akan kemarahan seorang Hayzack Iskandar.
"Kalau macam tu sekarang jugak kita pergi gerak tapak pembinaan" ujar Hayzack dingin. Tubuh dibangunkan fail-fail yang berselerak di kemas.
"Baik Tuan" tubuh ditundukkan sedikit. Belum sempat tubuh Aidil mahu melepasi pintu keluar. Namanya dipanggil kembali.
"Before that Aidil call pihak AD Holding. Mintak diorang datang ke tapak projek" kata Hayzack memberi arahan. Kakinya terus melangkah keluar dari pejabat miliknya.
Terkocoh-kocoh Aidil mengikutnya. Ipad yang berada di tangan sedari tadi dilekap ke celah ketiak sebelum kocek seluarnya mengeluarkan telefon.
Hayzack yang berjalan di hadapannya dipandang sebentar. Muka Tuannya masih dingin lagi mungkin marah atau sebaliknya dia sendiri pun tidak tahu. Tanpa membuang masa terus dia menekan punat call untuk memaklumkan pada pihak belah sana.
Selesai sahaja memaklumkan selama beberapa minit. Terus dia mematikan talian telefon. Sesampai sahaja mereka di pintu utama syarikat itu sudah tersadai sebuah kereta Tuannya diikuti sebuah kereta mercedes hitam. Pintu kereta belah belakang terus dibuka untuk Hayzack.
"Thank" senada sahaja Hayzack membalas sebelum meloloskan diri masuk ke dalam kereta.
Keluhan terlepas dari seulas bibirnya. Matanya melihat side mirror yang berada di dalam kereta miliknya. Kereta mercedes hitam tak lain dan tak bukan siapa lagi kalau bukan bodyguard yang diupah ibubapanya. Sejak dia balik dari Itali Tan Sri Amril dan Puan Sri Arlina terus menempah bodyguard untuknya.
Rasa menyampah pun ada jugak sebab kereta milik bodyguard nya itu mesti akan mengikut dia kemana-mana. Kadang-kadang rasa macam terkongkong pulak seolah bodyguard yang diupah bondanya dan ayahandanya tu macam ibubapanya pulak.
Yelah dia nak pergi keluar pun mesti mereka akan tanya nak pergi mana? Buat apa? Untuk apa? Lama-lama boleh gila dia rasa kalau macam ni. Mesti kena bagi jawapan kalau tak dia tidak boleh keluar dari rumah. Bila fikir balik dah macam anak emak je kena ikut telunjuk.
YOU ARE READING
His Babygirl [𝑪]
Romance[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Hana Adenin dengan seorang jejaka. Sampailah satu hari dia dapat mengetahui bahawa jejaka yang dikejarnya merupakan budak lelaki yang pernah di...