6 1

985 103 65
                                    

"AKU TAK NAK! FAHAM BAHASA KE TAK ATAU NAK AKU CAKAP DALAM BAHASA GIBBERISH BARU FAHAM?!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AKU TAK NAK! FAHAM BAHASA KE TAK ATAU NAK AKU CAKAP DALAM BAHASA GIBBERISH BARU FAHAM?!"

Semua pembantu yang diupah oleh Tengku Sam untuk menyiapkan Rihanna tertunduk mendengar jeritan yang sangat kuat itu.

Rufawi yang turut berada di dalam bilik itu juga kesian akan pembantu itu. Mereka menjadi mangsa kemarahan Rihanna secara tak sengaja.

"Cik Muda, ini arahan Tengku Sam. Saya tidak boleh balik selagi cik muda tidak bersiap. Maafkan saya, cik muda." kata seorang wanita dalam 30-an sambil menundukkan kepalanya. Dia dan pembantu lain telah ditugaskan oleh Tengku Sam untuk meyiapkan gadis itu sebelum pukul 8 malam. Mereka tinggal sejam lagi sebelum bodyguards datang menjemput Rihanna. Dia sudah merayu dengan gadis itu selama satu setengah jam tetapi tiada hasil.

Rihanna terasa mahu menjerit sekuat hatinya kerana terlalu tertekan dengan tindakan Tengku Sam. Orang tua atau pun atuknya itu telah menjemput Adam sekeluarga untuk makan malam bersama mereka sekeluarga di sebuah restoran tanpa persetujuannya. Tengku Sam hanya memberitahunya selepas orang yang diupahnya datang untuk menyiapkan dirinya. Katanya, 'It will be a begining for this alliance'. Tengku Sam hanya mahu menguji kesabarannya yang semakin menipis hari demi hari.

"Fine. Just do the simplest make-up and for the dress, send it back. I wear as my wish," putus Rihanna kerana tidak ada guna dia menolak semua itu kerana Tengku Sam akan mengugutnya dengan Zayden nanti. Keadaan akan menjadi lebih parah.

Wanita itu menghela nafas lega. Dia terus menyuruh pembantunya membawa keluar busana yang dibawa untuk gadis itu seperti yang diarahkan tadi. Gadis itu menyetujui untuk bersolek pun sudah cukup baik.

"Ruf, go and get ready. There will be a live show today," kata Rihanna kepada Rufawi dengan senyuman sinis. Dia tidak akan membiarkan perkara itu melarut. 

Rufawi terus bangun dan menuju ke biliknya yang bersambung dengan bilik kakanya itu.

Rihanna merenung cermin meja solek di hadapannya membiarkan wanita yang ditugaskan oleh Tengku Sam menyolek wajahnya dan mendandan rambutnya. Dia sudah nekad yang perkara ini akan diselesaikan malam ini atau pun paling lambat hujung bulan ini. Banyak perancangan sudah bermain dalam mindanya.

Buzz!

Buzz!

iPhone yang bergetar di atas pehanya menyetakkan Rihanna dari lamunan jauh. Dia tersenyum sayu sebaik sahaja melihat Caller ID yang terpampang di skrin sekali dengan gambar pemanggil.

"Leave me alone for 10 minutes," arah Rihanna dengan suara mula bergetar. Sebak di dada tidak dapat ditahan lagi.

Semua orang keluar dari biliknya sebaik sahaja menerima arahan dari gadis itu.

"Assalamualaikum, sunshine."

Rihanna memejamkan matanya yang sudah bergenangan dengan air mata selepas mendengar suara lelaki yang berjaya menawan hatinya. Dia sudah lama dia tidak menghubungi Zayden sejak kenyataan media dikeluarkan oleh Tengku Sam.

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now