"Cepat lah Sarah," marah Avryn kepada Sarah yang masih berada dalam kelas.
"Dah jom!" ujar Sarah lalu jalan beriringan dengan Avryn menuju ke dewan.
AF dan FP yang lain sudah pergi ke dewan tadi. Avryn menunggu Sarah kerana dia datang lewat ke sekolah. Semua pelajar perlu pergi ke dewan untuk pengumuman.
Bunyi bising pelajar boleh kedengaran oleh Avryn dan Sarah yang berada di luar dewan.
Bam!
Avryn membuka pintu dewan dengan kasar sekali sehingga menghasilkan bunyi yang kuat menyebabkan keadaan dewan yang bising menjadi sunyi sepi.
"Kenapa suara perlahan sangat? Kuat lagi lah," perli Avryn dan pergi ke belakang dewan di mana AF dan FP berada diikuti Sarah di belakang sambil menekan skrin telefon.
"Avryn datang je semua diam. Macam dalam kubur pun ada," kata Fryan mendapat pukulan dari Adam di sebelahnya.
"Ingat baik sangat cakap macam itu," perli Adam sambil berpeluk tubuh melihat Avryn yang sedang bersembang dengan AF.
"Comel jugak minah ini" gumam Adam perlahan apabila melihat Avryn memakai stripped shirt yang dilapisi oversized sweater grey dan black ripped jeans dengan white sneakers serta beanie di kepalanya.
"Apa kau cakap? Tak dengar?" tanya Farheen di hadapan Adam apabila terdengar Adam berkata tetapi terlalu perlahan untuk mendengar.
"Tak ada apa," ujar Adam lalu mengalihkan pandangan dari merenung Avryn dan mendengar ucapan pengetua.
'Tunang orang itu, Adam. Behave,' bisik hati Adam.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya suruh kamu semua berkumpul kerana ada perkara penting yang perlu disampaikan segera. Saya harap semua mendengarnya dengan teliti dan boleh bertanya sekiranya ada yang tidak faham,"
Semua pelajar tertunggu-tunggu apa yang hendak dikatakan oleh guru besar sambil berbisik.
Avryn mengalihkan pandangan pada Afran yang berdiri di sebelah Aayash yang kebetulan juga melihat ke arahnya sambil mengenyit matanya. Avryn hanya menunjukkan penumbuknya kepada Afran dibalas dengan ketawa kecilnya.
"Dilarier legacy is having an event this weekend. Tuan Muda Arzyn wants every student of his school to attend this event as well as Dilarier' s school students. The invitation will be distributed by tomorrow. If you don't want to attend this event, that's okay. When you attend this event, you must show the invitation before you enter. Any questions?" ujar Tuan Seth Diego panjang lebar.
Keadaan dewan mula riuh dengan suara pelajar yang teruja apabila kerabat yang terkenal seluruh dunia akan mengadakan satu majlis dan mereka dijemput.
"Event apa, Af?" tanya Kaish kepada Afran yang kusyuk melihat telefon bimbitnya.
"Mom told me that the event is for someone special. I'm not sure. Arzyn may know," ujar Afran tanpa mengangkat kepalanya dari telefonnya.
YOU ARE READING
OG | Last Legacy: Princess Coronation
Teen Fiction💥A TEEN FICTION ROMANCE MALAY NOVEL💥 Nama? Tempat tinggal? Semua dipalsukan hanya untuk keselamatannya. Si gadis yang mendahagakan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Kemewahan yang disediakan tidak mampu membahagiakannya dan bukan itu yang dikehen...