"What's his condition, Riz?" tanya Avryn selepas masuk ke dalam bahagian pemandu manakala Riz dan Zayden berada di tempat penumpang belakang.
"Ada banyak luka dan kesan lebam, cik muda. Lebih baik dirawat di hospital,"
Riz berkata sambil menekan sapu tangan miliknya pada lengan Zayden yang berdarah akibat terkena pasu kaca tadi.
"Tak nak hospital," balas Zayden lemah menyebabkan Avryn merenungnya tajam.
He is childish even in this state.
"Please, Ryn."
Zayden merayu perlahan lalu memejamkan matanya kerana terlalu lemah.
Riz meletakkan bantal kecil di bawah kepala Zayden yang dipangku di ribanya supaya selesa sebelum menekan lengan yang berdarah Zayden.
Avryn mengeluh berat sebelum menekan pedal minyak menuju ke Kediaman Coreal kerana di sana ada doktor yang bertugas untuk merawat bodyguard dan pembantu rumah jika tercedera.
***
"Ask Gabriel to come immediately," arah Avryn kepada Bodyguard Carlos.
Avryn mengikut langkah dua orang bodyguard yang sedang memapah Zayden bersama Riz menuju ke bilik tetamu.
Zayden sudah tidak sedarkan diri kerana kehilangan banyak darah dan lebam di badannya. Darah di lengan Zayden masih keluar walaupun sudah diikat dengan kain.
Mereka baringkan Zayden di katil manakala Riz membuka kasut dan kemeja Zayden yang terkena darah.
Avryn memalingkan muka yang sudah memanas ke tepi dari memandang badan berketul Zayden yang terdedah.
'He is damn sexy with his abs.'
"Ryssa," sapa Dr. Gabriel yang merupakan doktor yang bertugas di kediaman itu.
Avryn hanya mengangguk dan Dr. Gabriel terus mendekati Zayden. Dia memeriksa keadaan Zayden sebelum tangan Zayden dicucuk dengan jarum IV Drip dan jarum untuk masukkan darah ke dalam badan Zayden.
"Anything serious, Gab?" tanya Avryn sambil memerhati Dr. Gabriel yang sedang merawat luka dan lebam yang ada pada badan Zayden.
"Nothing serious. Dia kekurangan air dan kehilangan darah sahaja. Luka dan lebamnya, aku dah balut nanti aku akan tukar setiap 48 jam. Dia tak sedarkan diri sekarang jadi aku dah suntik ubat antibiotik. Nanti dia akan sedar dalam masa 24 jam. Nothing to worry and he'll be fine,"
Dr. Gabriel menerangkan keadaan Zayden kepada Avryn selepas selesai merawat luka dan lebam pada badan Zayden.
Avryn menghela nafas lega.
"Aku ada prescribe beberapa ubat untuk luka cepat sembuh dan ubat tahan sakit. Make sure he takes 3 times a day after meal. Ubat yang aku prescribe ini akan menyebabkan dia mengantuk jadi suruh dia berehat yang sebolehnya untuk pulihkan tenaga,"
YOU ARE READING
OG | Last Legacy: Princess Coronation
Novela Juvenil💥A TEEN FICTION ROMANCE MALAY NOVEL💥 Nama? Tempat tinggal? Semua dipalsukan hanya untuk keselamatannya. Si gadis yang mendahagakan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Kemewahan yang disediakan tidak mampu membahagiakannya dan bukan itu yang dikehen...