Arzyn keluar dari bilik air lengkap berpakaian hoodie biru dengan short pants putih. Dia memandang Avryn yang masih belum bangun. Dia menyemburkan perfume dan menyikat rambutnya sebelum turun ke tingkat membawa Macbooknya.
"Aunty can you send me a cup of coffee, please?" tanya Arzyn apabila bertembung dengan Aunty Qas yang sedang mengelap meja makan.
"Sure, Zyn." ujar Aunty Qas dan berlalu ke dapur untuk membuat kopi.
Arzyn duduk di sofa L di ruang tamu selepas membuka Spotify dalam tv. Lagu 'Senorita by Shawn Mendes' dipasang sebelum memulakan kerjanya dalam Macbook. Berlambak kerja yang tertangguh disebabkan waktu persekolahan.
Aunty Qas tiba dengan secawan kopi dan meletakkan di meja hadapan Arzyn.
"Thank you, Aunty." ujar Arzyn dengan senyuman.
Buzz!
Buzz!
Arzyn berkerut dahi apabila ada yang datang ke rumahnya. Arzyn mengalihkan pandangan ke jam dindingnya dan jam menunjukkan pukul 5.30 p.m.
"Zyn duduk. Aunty tengok siapa," ujar Aunty Qas dan menuju ke pintu utama untuk melihat gerangan yang datang.
Aunty Qas membuka pintu dan terkejut melihat 7 orang jejaka yang sedang menunggu sambil membawa beg setiap seorang.
"Siapa tu, Aunty Qas?" tanya Arzyn sambil berjalan menuju ke pintu utama dan dia tergamam.
'Mati aku'
"Tak nak jemput masuk ke?" tanya Fryan sambil tersengih.
"Hah masuk lah," kata Arzyn kepada tetamu yang tidak diundang.
Arzyn memandang tajam Afran yang menunjukkan riak bersalahnya.
'Sorry'' ujar Afran tanpa suara kepada Arzyn yang melihatnya.
"Aunty, buatkan air untuk diorang," ujar Arzyn kepada Aunty Qas sebelum jalan menuju ke ruang tamu di mana FP sedang tunggunya.
"Apa hal datang ini?" tanya Arzyn selepas duduk kembali di sofa tadi sambil meriba Macbook.
"Kitaorang bosan gila dekat rumah sebab itu datang sini nak lepak dengan kau. Kesian kau seorang. Afran kata tak payah kacau kau tapi kitaorang tak dengar," ujar Farheen dengan sengihan tak bersalahnya.
"Memang kacau pun," gumam Arzyn perlahan .
"Apa kau cakap? Tak dengar," kata Adam apabila Arzyn membuka mulut untuk bercakap.
"Tak ada apa. Korang buat lah apa-apa je. Jangan kacau aku dan jangan bising," ujar Arzyn dan sambung kembali kerjanya dengan hati yang risau.
FP hanya mengangguk dan mula membuat kerja masing-masing.
YOU ARE READING
OG | Last Legacy: Princess Coronation
Teen Fiction💥A TEEN FICTION ROMANCE MALAY NOVEL💥 Nama? Tempat tinggal? Semua dipalsukan hanya untuk keselamatannya. Si gadis yang mendahagakan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Kemewahan yang disediakan tidak mampu membahagiakannya dan bukan itu yang dikehen...