Di sebuah bangunan lama, Hulu Langat.
Seorang lelaki tua diikat di kerusi sambil dijaga rapi oleh beberapa orang lelaki bersenjata di sekelilingnya.
"Dah 3 jam sejak aku culik kau, tapi batang hidung cucu kau tak nampak pun sampai sekarang."
Edward berjalan ke arah Tengku Sam diiringi dua lelaki yang menjadi orang kepercayaannya.
"Pengecut macam kau suka culik orang eh? Tak suka berdepan dengan musuh ke?" Dirinya masih pelik kenapa Edward tidak meculiknya sebelum ini tetapi sekarang. Tiada sebab untuk lelaki itu menculiknya sekarang kerana hampir semua masalah dan dendam antara cucunya dan Edward telah diselesaikan bak kata Rihanna.
Senyuman bangga Edward mula pudar mendengar soalan sinis yang dilemparkan oleh Tengku Sam itu.
Buk!
"Kena belasah sampai mati pun, nak juga cari pasal orang tua ni."
Edward ketawa mengejek selepas anak buahnya menumbuk wajah Tengku Sam yang sudah berdarah akibat dipukul sebelum ini.
"Aku dah beri amaran. Cucu kau degil sangat. Lagi-lagi bila orang La Cosa Nostra selalu ikut mana-mana dia pergi, makin susah untuk aku untuk cederakan atau culik dia."
Kepala Tengku Sam yang tertunduk itu didongakkan secara kasar oleh Edward dengan renungan tajamnya. Dendam yang lama terpendam terlihat di sebalik iris mata birunya.
Tengku Sam tersentak mendengar nama kumpulan yang disebut lelaki di hadapannya itu. La Cosa Nostra menjadi salah satu kumpulan mafia yang sangat berpengaruh hampir seluruh dunia sehinggakan tiada mafia lain yang sanggup bermusuhan dengan mereka kecuali beberapa mafia. Kumpulan mafia yang diketuai cucunya pun tidak boleh menandingi pengaruh mafia itu.
'Dah kenapa nak ikut Elly?'
Tengku Sam mula resah akan keselamatan cucunya lagi-lagi selepas mengetahui anak buah mafia digeruni itu selalu mengekori cucunya.
"Kau nak apa? Culik aku bukan dapat apa-apa pun," kata Tengku Sam lemah kerana badannya terlalu lemah selepas dipukul dan dibelasah tanpa belas kasihan oleh anak buah Edward sejak diculik 3 jam lalu.
"You're very wrong, Sam. Aku dapat kau maksudnya aku hampir berjaya untuk tumpaskan keluarga kau terutamanya cucu kau tu,"
Edward menjelaskan perkara yang sebenar di sebalik keculikan itu.
Ya, itu merupakan satu kebenaran yang telah terlepas pandang. Mereka semua lupa Tengku Sam merupakan ahli terpenting kerabat Henderson dan sangat penting buat cucunya, Tengku Rihanna Elaine Adrey Henderson terutamanya. Jika Tengku Sam diancam, maka mereka sekeluarga turut diancam. Itu adalah satu kebenaran yang ramai di luar sana tidak tahu.
"Kita tunggu cucu kau datang. Give him water, nanti mampus cepat sebelum cucu dia sampai."
Edward keluar dari gudang itu untuk menyiapkan dirinya menghadapi Rihanna yang akan datang bila-bila masa sahaja.
YOU ARE READING
OG | Last Legacy: Princess Coronation
Teen Fiction💥A TEEN FICTION ROMANCE MALAY NOVEL💥 Nama? Tempat tinggal? Semua dipalsukan hanya untuk keselamatannya. Si gadis yang mendahagakan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Kemewahan yang disediakan tidak mampu membahagiakannya dan bukan itu yang dikehen...