Avryn kelam kabut turun ke tingkat bawah sambil mengikat rambutnya. Dia terlajak tidur solat Zohor tadi.
"Baby be careful," ujar Arzyn dengan tegas dari sofa di ruang tamu kerana Avryn hampir tersadung di anak tangga.
"Ye lah. Jumpa nanti tau. Aku dah lambat ini,"
Avryn berkata dan terus keluar dari rumah selepas bersalam dengan Arzyn.
Arzyn hanya menggelengkan kepala dan sambung kerjanya dalam Macbook miliknya.
Kereta Avryn laju membelah jalan raya menuju ke sekolahnya kerana mereka mempunyai latihan hari sukan.
🎶Don't fall asleep
At the wheel, we've got a million miles ahead of us
Miles ahead of us
All that we need
Is a rude awakening to know we're good enough
Know we're good enough🎶Lagu Let Me Love You dari iPhone miliknya menyebabkan Avryn mengeluh melihat nama pemanggil.
"Yahhh! Kau tahu tak sekarang pukul berapa?!"
Nasin baik Avryn guna hands free kalau tak terbabas keretanya mendengar jeritan pemanggil.
"Assalamualaikum Tengku Darwisha Katherina"
"Waalaikummusalam Tengku Avryn Adryssa. Tak payah nak perli sangat boleh tak Menyampah aku"
"Kau tu jerit macam tertelan speaker itu kenapa?"
"Kau tu tak sampai-sampai apasal?"
"Kau jawab soalan aku dulu"
"Kau jawab dulu"
"Kau"
"Kau"
"Kau"
"Kau"
"I'll be there in 5 minutes. Bye!"
Avryn terus mematikan panggilan dengan geram tanpa mendengar balasan Darwisha lalu menekan pedal minyak.
Meanwhile
"Tak guna punya kawan," rungut Darwisha sambil melihat skrin iPhone yang sudah gelap
"Apa hal kau ini? Muka macam tertelan asam jawa je,"
Diana yang baru selesai 3 pusingan padangan menegur Darwisha yang duduk di stadium.
"Muka aku ada macam tertelan asam jawa ke? Suka hati atuk nenek kau je," sembur Darwisha dengan muka masam mencukanya.
"Apa kaitan atuk dan nenek aku dengan apa yang aku cakap tadi," gumam Diana perlahan dengan blur.
"Sorry guys! Aku tertidur,"
Avryn yang baru sampai menyapa mereka berdua.
Darwisha merenung Avryn tajam.
YOU ARE READING
OG | Last Legacy: Princess Coronation
Teen Fiction💥A TEEN FICTION ROMANCE MALAY NOVEL💥 Nama? Tempat tinggal? Semua dipalsukan hanya untuk keselamatannya. Si gadis yang mendahagakan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Kemewahan yang disediakan tidak mampu membahagiakannya dan bukan itu yang dikehen...