Lagu Shape of You nyanyian Ed Sheeran memecahkan kesunyian antara dua insan yanag sedang melayan perasaan masing-masing.
'Aku salah dengar atau dia salah cakap?'
Zayden bermain kata dalam hati sejak keluar dari perkarangan DH'S High School. Dia masih terkejut dengan apa yang gadis di sebelahnya kata.
"Avryn?"
Akhirnya, Zayden bersuara kerana dia tidak akan tenang sehingga persoalan di mindanya terjawab.
"Hmm," gumam Avryn perlahan dengan mata masih melekat pada iPhone miliknya. Dia sedang membalas mesej yang dihantar Jessica, pembantu peribadinya.
"Tak nak explain apa-apa ke?" soal Zayden sambil membelok masuk di persimpangan masuk syarikat Avryn.
"Explain? I think nothing to explain, Zay. What I said is the truth," jawab Avryn sambil mengemas beg tangannya apabila bangunan syarikat miliknya kelihatan.
Zayden sudah megeluh perlahan kerana dia sudah agak gadis itu tidak akan buka mulut tentang itu. Dia mengimbas kad khas yang diberi oleh Avryn untuk dia sebelum memasuki Axeyal'DX.
"Nanti balik siapa jemput?" tanya Zayden sambil menghentikan keretanya di hadapan pintu masuk utama Axeyal'DX.
"Zyn jemput. Dia kata nak dinner dekat Mcd. Nak join tak?" tanya Avryn sambil membetulkan rambutnya yang sedikit serabai.
"Nak tapi ada meeting. Lain kali aku join. Dah turun cepat, semua tengok itu. Nasib cermin tinted," kata Zayden.
Banyak staff sedang melihat ke arah kereta mereka kerana lunch hour baru sahaja tamat.
"Halau eh? Dah bye dan thank you," kata Avryn dengan sengihan sebelum memeluk Zayden.
Zayden membalas pelukan gadis itu dengan senyuman kecilnya.
Avryn turun dari kereta dan berjalan masuk ke dalam syarikatanya. Semua staff tergesa-gesa masuk selepas melihat Avryn kerana dia jarang masuk waktu tengah hari.
Zayden keluar dari perkarangan Axeyal'DX selepas melihat Avryn sudah masuk ke dalam. Luggage milik gadis itu sudah dibawa oleh Arzyn tadi.
'No one will take you from me, mi amor'
***
After a few weeks,
"Tengku Avryn Adryssa! Turun cepat," jerit Sarah sambil membetulkan rambutnya.
"Aku rasa dah lebih 1 jam minah tu bersiap," kata Afran kerana penat menunggu Avryn bersiap.
"Dah jom," ajak Avryn yang baru turun dari tingkat atas.
"Datang pun. Lambat gila kau bersiap. Jom dah lambat," kata Arlan sambil memaut bahu Isabella sebelum berjalan menuju ke luar rumah.
YOU ARE READING
OG | Last Legacy: Princess Coronation
Teen Fiction💥A TEEN FICTION ROMANCE MALAY NOVEL💥 Nama? Tempat tinggal? Semua dipalsukan hanya untuk keselamatannya. Si gadis yang mendahagakan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Kemewahan yang disediakan tidak mampu membahagiakannya dan bukan itu yang dikehen...