3 5

1K 77 2
                                    

"Kau memang tak guna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau memang tak guna. Dahlah pembunuh, berzina sekarang.Memang menyusahkan," jerkah Tengku Zafril kepada Zayden.

"Apa bising-bising ini, Ryl?"

Tengku Zayn Helmi menyoal kepada Tengku Zafril selepas mendengar suara bising di ruang tamu. Kalau anak keduanya memekak, memang ada yang tidak kena.

Zayden hanya berdiam diri di sofa. Kelihatan bondanya,Tengku Reyna Alana dan adik perempuannya, Tengku Raisya Arina di sisi walidnya.

"Walid tanyalah sendiri pembunuh ini. Sanggup membunuh sekarang dah pandai berzina dengan anak dara orang pulak," jawab Tengku Zafril dengan sinis.

"Kau dah buat perangai apa pulak kali ini, Tengku Zayden Ayrell?" tengking Tengku Zayn Helmi dengan muka merah padam menahan amarah.

Zayden sudah berpeluh. Dia menunduk sambil menggenggam erat tangannya. Dia cuba mengawal pernafasannya yang tidak teratur. Dia cuba melupakan peristiwa gelap yang menghantui hidupnya sekali gus membuatkan dirinya dibenci keluarganya.

Flashback

8 tahun yang lalu...

"Adik jangan berlari, nanti jatuh!" jerit Zayden kepada adik bongsunya, Tengku Risya Arene yang berumur 8 tahun ketika itu.

Zayden membawa keluar adiknya bermain di taman permainan kerana adiknya terlalu bosan di rumah.

"Along..." panggil Tengku Risya meleret.

"Adik nak apa?" soal Zayden.

"Isya nak aiskrim yang mak cik itu jual," ujar Tengku Risya sambil menunding jari kepada sebuah gerai aiskrim di seberang jalan itu.

"Cepatlah along," desak Tengku Risya sambil menarik tangan Zayden.

Belum sempat Zayden bangun dari duduknya, Tengku Risya sudah meluru berlari menyeberangi jalan raya. Sebuah kereta meluncur laju ke arah adiknya tanpa disedari dan kemudian terdengar bunyi dentuman yang kuat.

Zayden tergamam melihat kejadian itu berlaku di depan matanya. Pemandu kereta yang melanggar adiknya itu meninggalkan tempat kejadian itu tanpa rasa perikemanusiaan.

"Adik!" teriak Zayden.

Dia bergegas berlari mendapatkan adiknya yang terkulai layu dan memangku kepala adiknya yang berlumuran darah.

"A..long....janji dekat adik along tak akan...salah...kan...diri...sendiri...Jaga...di..ri," kata Tengku Risya dengan suara tersekat-sekat.

"Along janji adik! Along janji," balas Zayden sambil teresak-esak melihat keadaan adiknya.

"Adik sayang...along,"

Tengku Risya bersuara lemah sebelum dadanya turun naik dan terkulai layu tidak sedarkan diri di pangkuan Zayden.

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now