Kereta sport Avryn memasuki perkarangan DH'S High School lalu menuju ke lot parkir. Semua pelajar yang berada di lot parkir mengalihkan pandangan untuk melihat gerangan yang turun dari kereta itu kerana tidak pernah melihat kereta itu sebelum ini.
Avryn membetulkan rambutnya terlebih dahulu dan memakai topi untuk menutup sedikit mukannya. Avryn turun dari kereta dan sedar bahawa semua mata pelajar di sana padanya. Avryn membuka langkah menuju ke kelas Arzyn kerana masih berbaki 5 minit sebelum kelas dia tamat.
Seusai sampai berhampiran kelas Arzyn, Avryn bersandar pada dinding sebelah pintu kelas sambil meneka pada skrin telefon sementara menunggu Arzyn keluar dari kelas.
Ring!
"Baby!" jerit Arzyn kecil apabila melihat susuk tubuh Avryn di luar kelasnya.
"Should we go for lunch? I'm starving," ujar Avryn apabila Arzyn memaut bahunya selepas melihatnya.
"Sure. Let's go to the cafe," ujar Arzyn sambil tersenyum lebar.
Arzyn menggenggam tangan Avryn lalu mereka melangkah menuju ke kantin sekolah. Semua pelajar yang melihat perbuatan Arzyn terkejut kerana Arzyn tidak pernah membawa seorang perempuan atau membenarkan mendekatinya.
Selepas sampai di kantin, mereka berdua menjadi perhatian tetapi mereka hanya abaikan dan menuju ke meja yang menempatkan Perfecto' Prince.
"Hey Ryn!" ujar jejaka-jejaka yang duduk di meja itu apabila meliht Avryn bersama Arzyn.
"Hey guys! Long time no sees," ujar Avryn sambil berlaga tangan dengan mereka.
"Kau yang tak jenguk kita," ujar Haikal atau nama sebenarnya Tengku Nathan Haikal mengundang tawa mereka semua.
"Relax dude. Aku kan dah ada depan korang ini. Aku belanja hari ini. Deal?" tanya Avryn menyebabkan mereka bersorak.
"Deal! Deal! Aku akan makan banyak hari ini," ujar Aaril atau nama sebenarnya Putera Rahen Aaril, abang kembar Aayiz.
"Amboi kau, mentang-mentang Ryn belanja terus nak makan banyak! Nanti gemuk kau juga yang susah. Tak ada awek," perli Ariq menyebabkan tawa mereka pecah semula.
"Sekali sekala sahaja. Bukan selalu. Nanti aku maintain pergi gym" bidas Aaril kepada Ariq.
"Dah, pergi order. Kejap lagi ada meeting," ujar Arlan lalu mereka semua pergi order kecuali Avryn yang masih duduk kerana Arzyn tolong order.
Seketika kemudian, mereka kembali ke meja dengan dulang makanan masing-masing. Arzyn menghulurkan Avryn sepinggan nasi dengan ayam madu dan sayur campur serta segelas air oren.
Mereka menjamah makanan sambil bergurau senda menyebabkan meja mereka menjadi perhatian. Avryn kenal dengan Haikal dan Aaril kerana mereka biasanya akan datang ke rumah Arzyn waktu perayaan atau untuk lepak.
YOU ARE READING
OG | Last Legacy: Princess Coronation
Teen Fiction💥A TEEN FICTION ROMANCE MALAY NOVEL💥 Nama? Tempat tinggal? Semua dipalsukan hanya untuk keselamatannya. Si gadis yang mendahagakan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Kemewahan yang disediakan tidak mampu membahagiakannya dan bukan itu yang dikehen...