Rihanna berjalan ke meja Clarissa yang terletak di sebelah dinding lut sinar yang memisahkan bilik Joel dan Zayden. Dia melihat Clarissa sedang bercakap dengan Helena dengan riak wajah yang serius.
"Miss Elaine," sapa Clarissa sebaik sahaja melihat susuk tubuh Rihanna mendekatinya lalu menunduk hormat.
Helena menjeling Rihanna kerana disebabkan gadis itu dia dimarahi oleh Clarissa di hadapan semua staf. Dia merupakan pembantu peribadi Zayden juga tetapi tidak pernah berurusan secara terus kerana Clarissa adalah pembantu peribadi Zayden yang rasmi.
"Kenapa nak marah dia, Issa? Dia buat kerja dia je. Kesian Helena," kata Rihanna kepada Clarissa kerana dia tahu Helena dimarahi oleh gadis itu.
Clarissa tersengih mendengar kata Rihanna. Semua staf di syarikat tahu Bahasa Melayu kerana itu merupakan perkara wajib yang diambil kira sebelum pekerja dipilih.
"I'm sorry, Miss Elaine." kata Helena acuh tak acuh lalu menunduk hormat sebelum merenung muka Rihanna yang ditutupi mask hitam.
Rihanna mengangguk kecil kerana bukan salah gadis itu. Helena hanya melakukan kerjanya sahaja.
"You're going out with Mr Lee?" soal Clarissa selepas melihat notifikasi dari Zayden di skrin iPad kerja yang diberikan kepadanya. Semua aktiviti harian Zayden akan dicatatkan dan jika jejaka itu ingin keluar, dia akan memaklumkan kepadanya.
"Yup. It's been a while we didn't go on a date," kata Rihanna dengan sengihan di sebalik mask yang dipakai.
Helena yang mendengar perbualan mereka terkejut apabila mengetahui bos besar mereka sudah berpunya. Dia sudah lama cuba mengorat jejaka itu tetapi jejaka itu tidak melayannya.
"Shall we go, babe?" soal Zayden yang baru sampai di samping Rihanna. Dia menggenggam tangan gadis itu.
Helena dan Clarissa menunduk hormat apabila wajah Zayden menyapa pandangan mereka.
"Reschedule my appointments, Issa. I don't want any meetings or appointments for two days. Ring me if anything happens. Joel is in charge while I'm gone," kata Zayden kepada Clarissa yang sedang mencatat di skrin iPad. Dia mengabaikan kehadiran Helena di sana. Gadis itu selalu cuba menggodanya dengan pakaian tak cukup kain dan mengoratnya apabila Clarissa mempunyai urusan syarikat di luar.
🎶I was not living
I was just writing about it
With my head spinning
Days passing by most of the time, yeah
And you squeeze my hands two times, three times
And believe me, I love you always, always🎶Lagu Dream of You nyanyian Camila Cabello menyentakkan Rihanna dan yang lain. Dia melepaskan pautan tangannya dan Zayden sebelum menyelongkar begnya untuk mengambil iPhone miliknya.
Noah🤍
Rihanna menepuk dahi sebaik sahaja melihat Caller ID yang terpampang di skrin iPhone.
YOU ARE READING
OG | Last Legacy: Princess Coronation
Teen Fiction💥A TEEN FICTION ROMANCE MALAY NOVEL💥 Nama? Tempat tinggal? Semua dipalsukan hanya untuk keselamatannya. Si gadis yang mendahagakan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Kemewahan yang disediakan tidak mampu membahagiakannya dan bukan itu yang dikehen...