"Leave us alone for a while," kata Avryn sambil merenung muka jejaka yang berdiri di hadapannya.
Bodyguards yang mendengar arahan itu terus menjauhi Avryn dan jejaka itu.
Jejaka itu melangkah mendekati Avryn yang kaku bergerak.
'It hurts to see you cry, baby girl'
Anak mata amethyst yang bersinar itu memukau sesiapa sahaja yang melihat tidak kecuali jejaka itu.
"I miss you,"
Avryn berbisik tepat pada dada bidang jejaka itu kerana ketinggiannya hanya paras bahu jejaka itu.
Avryn terus memeluk jejaka itu lalu menghamburkan tangisan yang ditahannya.
"I'm here," bisik Zayden di tepi telinga Avryn sambil menepuk lembut bahu gadis kesayangannya yang terhenjut-henjut menangis di bahunya.
"I'm going to England," ujar Avryn selepas tangisannya reda.
"So do I," jawab Zayden dengan senyuman kecil menyebabkan Avryn melepaskan pelukan serta-merta.
Zayden menjongketkan kening sebelahnya melihat Avryn yang melihatnya dengan penuh tanda tanya.
"Ada apa-apa dekat muka aku ke?" soal Zayden sambil meraba mukanya.
"Kenapa kau kena pergi England?" soal Avryn kembali menghiraukan soalan Zayden itu.
"Just..."
Zayden tidak menjawab penuh malah memusingkan badan Avryn ke belakang.
"What the..."
Avryn menutup mulutnya kerana hampir mencarut di hadapan tiga insan yang baru sampai di hadapannya itu.
"Your Majesty," kata Zayden lalu menunduk sedikit badanya sebelum ke posisi asalnya.
"Hey bro! Lama tak jumpa," kata jejaka yang berada di antara Tengku Emuel dan Tengku Marleena.
Jejaka itu melangkah menghampiri Zayden.
"Kau yang tak nak jumpa," ujar Zayden dan bersalaman dengan jejaka itu seraya memaut erat bahu rakan karibnya.
"You both know each other?" soal Avryn terkejut kerana cara mereka berdua bertegur seperti sudah lama kenal.
"Of course. Kau sahaja yang lambat tahu," jawab jejaka itu dengan senyuman mengejeknya.
'The hell'
Avryn sudah menyumpah dalam hati kerana lambat tahu tentang itu.
"Aku dan Raiden dah lama kawan. He was a little busy so we didn't meet often but still we're in touch," terang Zayden dengan senyuman kecilnya.
YOU ARE READING
OG | Last Legacy: Princess Coronation
Ficção Adolescente💥A TEEN FICTION ROMANCE MALAY NOVEL💥 Nama? Tempat tinggal? Semua dipalsukan hanya untuk keselamatannya. Si gadis yang mendahagakan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Kemewahan yang disediakan tidak mampu membahagiakannya dan bukan itu yang dikehen...