"Ryn, cepatlah dah lambat ini." marah Bella atau nama sebenarnya Isabella Alene Dilarier.
"Coming," ujar Avryn lalu mengejar langkah Bella di hadapan menuju ke bilik pengawas
"Itulah siapa suruh tidur lepas solat. Tengok sekarang dah lambat," ujar Sarah atau nama sebenarnya Sarah Francissa Dilarier sambil berjalan beriringan dengan Avryn yang sedang membetulkan kemeja dan rambutnya.
"Dah, jangan membebel. Pening kepala aku," ujar Avryn menyebabkan Sarah memandangnya tajam.
"Dah jangan banyak cakap. Jalan cepat," ujar Luciana atau nama sebenarnya Luciana Claudia Dilarier lalu berjalan meninggalkan mereka berdua di belakang. Asyik gaduh sahaja.
"Kau lah. Dah jom," ujar Avryn menyalahkan Sarah.
"Aku pulak," gumam Sarah perlahan lalu menyambung perjalanan ke bilik pengawas kerana mereka terlalu lambat.
Sampai sahaja di bilik pengawas, mereka berempat menjadi perhatian pengawas lain yang sudah mengambil tempat.
"Eh, kenapa awal sangat ini datang! Datanglah lepas sejam. Awal sangat ini," sindir makhluk tuhan yang tahu cari gaduh sahaja setiap masa.
"Why would you care because even the Young Master Arzyn Adryean Xyle Dilarier Alexander who call this meeting doesn't care about why we're late?" tanya Isabella menekankan nama Arzyn menyebabkan makhluk tuhan yang diberi nama Adam merenungnya tajam.
"Dah jangan gaduh. Go and take your seat. We will start now," ujar Afran membantutkan Adam untuk balas.
"Kenapa lambat kan dah kena sindir," bisik Darwisha atau nama sebenarnya Tengku Darwisha Katherina kepada Luciana yang baru mengambil tempat di sebelahnya diikuti yang lain.
"Ryn yang tertidur lepas solat zohor tadi," bisik Luciana kepada Darwisha sambil memandang ke hadapan.
"Kau Ryn. Aku dah cakap berapa kali jangan tidur lepas solat dekat sekolah," bisik Sofia atau nama sebenarnya Puteri Clarissa Sofiana kepada Avryn yang duduk di sebelahnya.
"Sorry. Janji tak ulang kali. Dah fokus," bisik Avryn kembali dan menumpukan perhatian kepada mesyuarat yang sudah dimulakan.
Beberapa masalah disiplin yang berlaku sepanjang minggu itu ditayangkan di skrin LCD dan dibincangkan. Ada juga yang memberi cadangan untuk mengadakan Kem Kepimpinan bulan hadapan dan akan dipertimbangkan oleh Arzyn. Agenda kemuncak telahpun tiba iaitu pengumuman jawatan KP dan PKP oleh Arzyn. Semua pengawas hanya tekun mendengar bicara Arzyn.
"Saya amat berpuas hati kerana semua masalah disiplin sekolah telah diselesaikan dalam masa yang singkat. Bagi yang mencadangkan beberapa aktiviti saya akan mempertimbangkannya dan akan diumumkan pada mesyuarat seterusnya. Now, I would like to announce the Board Members of Prefect. I know all of you can't wait to see who will be appointed. Before that, I want to be clear that the position is given based on their achievements and performances. I call upon Feugo' Prince and Angel Feroz to step forward," ujar Arzyn.
YOU ARE READING
OG | Last Legacy: Princess Coronation
Teen Fiction💥A TEEN FICTION ROMANCE MALAY NOVEL💥 Nama? Tempat tinggal? Semua dipalsukan hanya untuk keselamatannya. Si gadis yang mendahagakan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Kemewahan yang disediakan tidak mampu membahagiakannya dan bukan itu yang dikehen...