"Aku ingat kita yang lambat tapi diorang lagi lambat," gumam Kaish perlahan tetapi masih boleh didengari ahli FP yang lain.
There is no sign of the girls there!
"Kita duduk dulu. Nanti sekejap lagi diorang sampai lah," ujar Afran dan menuju ke meja yang dicantumkan untuk memuatkan 14 orang.
Mereka memesan air sebelum duduk menunggu ahli AF datang.
Selepas beberapa minit, muka yang ditunggu oleh ahli FP kelihatan.
Angel' Feroz terus menuju ke arah mereka selepas Adam mengangkat tangan ke arah mereka.
"Sorry. Tadi kita orang main badminton sebab itu lambat sampai," ujar Luciana selepas mengambil tempat di hadapan ahli FP diikuti yang lain.
"Tak apa. Kita orang pun baru sampai. Order dulu, kita orang dah order tadi," ujar Aayiz dengan senyuman nipisnya.
Ahli AF memesan air sebelum memandang ahli FP semula.
"Tak sampai lagi ke dua budak itu? Lama betul," ujar Afran merujuk kepada Avryn dan Sarah.
"Tadi Sarah message aku, dia kata dia dan Avryn dalam perjalanan. Kejap lagi sampai lah," ujar Darwisha dibalas anggukan ahli FP yang lain.
"Diorang..."
"Sorry guys lambat," ujar Sarah yang baru sampai lalu mengambil tempat sebelah Sofia.
"Seorang je?" tanya Farheen merujuk kepada Avryn.
"Ryn kata dia pergi rumah PP sekejap sebab Zyn tiba-tiba nak document apa entah. Aku terus datang sini. Sekejap lagi sampai lah," ujar Sarah menyebabkan dahi Adam berkerut.
"Korang dari mana tadi?" tanya Adam sambil minum air yang dipesan.
Belum sempat Sarah jawab,
"Sorry I'm late," ujar Avryn yang baru sampai di meja FP dan AF duduk lalu mengambil tempat di sebelah Darwisha.
"Order dulu," ujar Afran kepada Avryn yang berada di hadapannya.
"Dah order masa masuk tadi" ujar Avryn dibalas anggukan Afran.
"Korang dari mana ini sebenarnya?" tanya Fryan kembali selepas Adam tanya tadi tetapi masih belum jawab.
"Kitaorang ada mesyuarat pemegang saham syarikat Zyn tadi. Itu yang lambat," ujar Avryn lalu menghirup air yang baru sampai.
Ahli FP kecuali Afran dan AF mengangguk tanda mengerti.
"So, back to our topic. What's the next plan?" tanya Aayash menyebabkan semua serius.
"All of us must work in pair to ensure our safety when dealing with Ice Boyz," ujar Avryn tanpa riak.
Semua tergamam.
YOU ARE READING
OG | Last Legacy: Princess Coronation
Teen Fiction💥A TEEN FICTION ROMANCE MALAY NOVEL💥 Nama? Tempat tinggal? Semua dipalsukan hanya untuk keselamatannya. Si gadis yang mendahagakan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Kemewahan yang disediakan tidak mampu membahagiakannya dan bukan itu yang dikehen...