4 4

964 71 0
                                    

"Dah sampai checkpoint ke?" tanya Luciana sambil mengesat peluh pada dahinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah sampai checkpoint ke?" tanya Luciana sambil mengesat peluh pada dahinya.

Sudah hampir 20 minit mereka teruskan jalan selepas checkpoint pertama tetapi masih belum sampai checkpoint kedua.

"Turun curam ini kita akan sampai di checkpoint kedua," jawab Syed Darwin di hadapan.

"Seriously?" soal Sarah.

"Ye sayangku. Kita mesti ikut jalan ini baru boleh jumpa checkpoint kedua kalau ikut peta," jawab Aiman Rifqi.

"Aldrick turun dulu diikuti girls dan Trixel tetapi kena hati-hati sebab jalan licin dan curam," kata Izz Akil.

Semua mengangguk faham. Ada beberapa pasang mata sedang melihat mereka di jalan bukit di atas.

"Tak bahaya ke wei?" soal Ayran risau melihat D'princessa yang hendak turun jalan curam itu.

"Ryn dan Bella pernah aktiviti lasak ini tetapi kalau yang dua ekor itu aku risau gila," ujar Afran.

"Ay, jom turun. Aku tak sedap hati," kata Arzyn pula kerana dari bermula aktiviti ini hatinya tak keruan tentang keselamatan D'Princessa lagi-lagi kembarnya.

Ayran mengangguk lalu mereka cuba cepat sampai di mana group A berada.

"Okay girls please be careful! Bella, come." kata Syed Darwin.

Selepas giliran Isabella dan Sarah, Aldrick dan Trixel mula turun. Avryn dan Luciana belum turun lagi kerana mereka ingin turun bersama Iqbal Asher dan Amsyar Leo kerana Avryn khuatir akan keselamatan Luciana.

"Pegang beg kitaorang kuat-kuat. Kalau takut pandang kitaorang je jangan nak pandang bawah," pesan Iqbal Asher.

Iqbal Asher turun bersama Avryn dahulu diikuti Amsyar Leo bersama Luciana. Mereka sudah sampai di tengah-tengah jalan curam tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila mereka jatuh tergolek ke bawah.

"Ryn!"

"Clau!"

"Ash!"

"Leo!"

Iqbal dan Amsyar tidak cedera teruk hanya kotor pada baju mereka. Avryn dan Luciana cedera di bahagian tangan. Aldrick, Trixel dan D'Princessa berlari ke arah mereka.

"Dah jangan nangis," pujuk Amsyar apabila air mata membasahi pipi Luciana.

"Ryn, okay tak?" soal Isabella risau apabila melihat Avryn yang sedang menahan sakit.

Avryn hanya mengangguk perlahan.

"Sebab korang lah diorang cedera," marah Syed Darwin, menyalahkan Iqbal dan Amsyar.

"Diam boleh tak setan!" jerkah Iqbal.

Trixel sudah menelan air liur melihat baran Iqbal sudah keluar.

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now