6 6

510 34 8
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...

THE FOLLOWING STATEMENT IS MADE BY
THE ROYAL COMMUNICATORS

It is with deep sorrow that His Majesty The King announces the death of his beloved father, His Majesty King Sam Tyler Henderson.

His Majesty passed away peacefully this morning at his family's private residency in Malaysia.

The Royal Family joins people around the world in mourning his loss.

07 APRIL 20xx

...

"Argh!"

Kertas pengumuman mengenai kemangkatan Tengku Sam yang dikeluarkan oleh istana awal pagi tadi dilempar kasar ke lantai.

Menitis air matanya semula untuk kesekian kali pada hari itu mengenang kejadian yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya itu.

"I'm sorry grandpa...really sorry." rintih pewaris taktha sulung kerabat diraja itu.

Rufawi mendekati kakanya yang masih teresak-esak di bucu katil dengan perlahan.

"Kak...jom turun." ajak Rufawi dengan suara serak dan mata sembap. Hatinya turut pilu melihat keadaan keluarga besarnya itu.

"I can't Ruf...please." rayu Rihanna tanpa melihat adiknya yang sudah melulut di sisinya. Dirinya tidak kuat untuk melihat wajah Tengku Sam walaupun itu merupakan kali terakhir dia akan menatap wajah yang telah mencurahkan kasih sayang terhadap dirinya.

Rufawi bangun dari posisi melutut dengan air mata bergenang di tubir matanya sebaik sahaja tubuh cinta hati kakaknya kelihatan di pintu masuk bilik.

Zayden menghantar pemergian Rufawi dengan ekor mata sebelum matanya jatuh pada gadis yang masih teresak di bucu katil. Nafas berat dihela sebelum mengorak langkah perlahan untuk memujuk gadis itu supaya tidak terlambat untuk menatap wajah Tengku Sam buat kali terakhir.

Shawl hitam yang terletak di birai katil diambil sebelum menarik gadisnya itu untuk bangun.

"I told..."

Tiada lagi perkataan mampu diungkapkan sebaik sahaja wajah cinta hatinya menyapa pandangannya. Hanya air mata mula bergelingan di pipinya yang sedia kemerah-merahan akibat terlalu lama menangis.

"Stop the crying, princess."

Rihanna terus berhenti teresak sebaik sahaja mendengar suara tegas Zayden. Dirinya membiarkan tangan lelaki itu mengenakan shawl hitam di kepalanya sebelum dilingkarkan ke lehernya.

"Aku kena ingatkan kau ke, siapa diri kau tu sebenarnya?"

Terdiam sebentar Rihanna kerana dia tahu jika lelaki itu menggunakan 'aku' dalam percakapannya, bererti semua kata yang diungkapkan memang dimaksudkan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now