1 8

1.1K 91 0
                                    

Avryn membuka matanya dan terkejut melihat rakan-rakannya duduk di hadapannya sambil merenungnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Avryn membuka matanya dan terkejut melihat rakan-rakannya duduk di hadapannya sambil merenungnya.

"Dah apa hal renung aku macam nak bunuh ni?" tanya Avryn sambil memerhati setiap muka di hadapannya.

"Any explanation?" tanya Aayash sambil berpeluk tubuh.

"Explaination..." suara Avryn meleret lalu dia mengganguk apabila sudah faham apa yang dikehendaki.

"Malas aku nak terang. Tanya KP kita je eh? Aku penat jerit tadi," ujar Avryn sambil tersengih memandang Afran yang memandangnya tajam.

"Cepat lah terang," ujar Adam lalu menyenggol lengan Afran di sebelahnya.

"Never mind, I'll explain." ujar Avryn lalu minum air sebelum menerangkan apa yang terjadi.

"Aku dengar ada cikgu cakap dengan seorang lagi cikgu tentang Ice Boyz ugut dia untuk beri duit. Lepas itu, aku pun ikut Ice Boyz senyap-senyap sejak hari itu and aku tak percaya lebih banyak perkara yang teruk diorang buat dekat sekolah ini. Jadi, aku bincang dengan Zyn dan kami berdua mula cari bukti untuk buang mereka dari sekolah ini. Satu hari semasa aku nak pergi tandas aku nampak diorang belasah budak Form 1 dekat belakang tandas. Aku terus ambil gambar sebagai bukti dan telefon ambulans terus. Diorang nampak aku tetapi tak nampak muka sebab aku tutup muka dengan hoodie. Diorang larikan diri lepas nampak aku. Aku inform dekat Zyn dan dia suruh gantung mereka 2 minggu sebagai denda awal. That's all," ujar Avryn panjang lebar kepada rakan-rakannya yang ingin tahu sangat itu.

Avryn melihat rakan-rakannya yang sudah ternganga. Rasanya ada lalat masuk pun tak sedar.

"What's next?" tanya Adam menyedarkan semua rakannya.

"We'll meet at Starbucks today around 4. Is it okay?" tanya Afran kepada yang lain dibalas anggukan dari mereka.

"I have some work to do. So, I will be joining after that. I'll make sure to be fast," ujar Avryn kepada Afran.

"Me too," ujar Sarah kepada Afran.

"No problem," jawab Fryan lalu mendapat renungan dari Afran.

"Diaorang cakap dekat aku, bukannya kau. Penyibuk betul!" ujar Afran tidak puas hati.

"Suka hati aku lah," ujar Fryan lagi mendapat renungan tajam Afran.

Avryn dan yang lain tersenyum nipis melihat pergaduhan yang tak berapa dua orang itu.

"Let's go to class. See y'all later," ujar Luciana dan mereka semua bangun dari duduk.

FP dan AF menuju ke kelas masing-masing kerana mereka sudah terlewat.

***
Avryn keluar dari bilik air lengkap berpakaian formal kerana ada mesyuarat pemegang saham syarikat Arzyn. Dia terus masuk dalam alam mimpi sampai sahaja di rumah lepas habis sekolah. Bangun sahaja dari tidur, dia nampak Arzyn tertidur pulas di sebelahnya.

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now