4 3

967 67 0
                                    


2nd Day of Camp

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2nd Day of Camp

"Ryn, kau tak makan sebulan ke apa? Ni dah roti keempat kau makan," kata Sofia sambil melihat Avryn pelik.

Avryn menghiraukan Sofia lalu terus berjalan ke arah Arzyn sambil menyumbatkan kepingan terakhir roti coklatnya ke dalam mulut.

"Dia dah kenapa?" tanya Diana kerana setahu dia Avryn mana makan sarapan kalau makan pun sekadar alas perut sahaja.

"Entah beb. Dah roti keempat dia makan sejak dari dewan makan tadi. Aku tanya dia tak jawab," jawab Sofia mengundang pertanyaan semua AF.

"Something is going in her mind," ulas Luciana lalu berjalan laju mengejar langkah Avryn.

AF tidak faham maksud Luciana lalu berjalan ke arah yang lain yang sedang tunggu.

Sarah sudah terkejut melihat Avryn yang sedang makan roti yang kelimanya sambil ditemani Arzyn.

"Dah parah ini. Nanti macam mana dia nak jungle trekking beb?" tanya Sarah sambil menyenggol lengan Luciana di sebelahnya.

"Wait and see," jawab Luciana dengan maksud tersirat.

"Ryn, kau tak makan sebulan ke apa? Zyn pulak dah kenapa tak makan roti itu?" tanya Aayiz pelik melihat seorang makan dengan laju lagi seorang tengok orang makan.

Arzyn merenung tajam Aayiz dan memberi sepaket roti lagi kepada Avryn yang sudah habis roti kelimanya.

Terbeliak mata AF melihat perbuatan Arzyn kecuali Luciana yang sudah tersenyum lucu.

Isabella laju merampas roti itu dari tangan Avryn sebelum Avryn membukanya.

"Kau dah kenapa? Bagi cepat," marah Avryn.

"Kau tu dah kenapa? Ini roti yang keenam tahu tak? Nanti nak jungle trekking kau ingat tak?" sembur Isabella dengan renungan tajam.

PP dan FP yang dengar itu sudah tercengang.

"Seriously? Roti keenam?" tanya Aayash tidak percaya.

"Bak sini! Sibuk je," kata Avryn lalu merampas roti dari tangan Isabella.

Avryn membuka bungkusan roti itu lalu makannya.

"Ya Allah Avryn Adryssa!" jerit kecil Darwisha dan Sarah serentak melihat kerenah Avryn.

Arzyn dan Luciana sudah berpandangan seraya tersenyum kecil.

"Ryn, dahlah tu. Dah banyak..."

Percakapan Adam terhenti melihat Avryn yang sudah bangun mendadak dari duduknya.

"I got it!" kata Avryn sedikit kuat lalu menyerahkan baki roti kepada Arzyn sebelum berlari menuju ke khemahnya meninggalkan yang lain.

"Dia dapat apa?" tanya Ayran

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now