01

1K 15 0
                                    

Bunyi alarm daripada telefon Ean bergema sakan. Ean meraba meja kopi di sebelah katil Ean .iPhone 8 miliknya dicapai. Matanya rasa memberat lalu menekan menutup alarm. Ni mesti Gibbs ambil ibu jari dia pastu thumbprint. Selalu macam tu.

Dia membuka matanya dengan malas sekali.

Klik!

Kunci pintu bilik air dibuka daripada dalam. Gibbs keluar daripada bilik air dengan hanya memakai tuala separa pinggang sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala kecil.

Shit!

Hot siot.

Ean menarik selimut kembali. Sambung mimpi Edward Cullen lah macam ni.

Tetiba selimutnya direntap kasar.

" Eh babi lah!! Kenapa?" Marah Ean.

" Bangun!! Kelas kau pukul berapa??" Soal Gibbs . Ean membuka mata lalu memandang Gibbs.

' Kot ye pun kau nak gerakkan aku., pakai lah baju dulu.' Bisik hatinya.

Ean mengangkat tangan dengan malas lalu menunjukkan ke arah dinding yang tertampal jadual kelasnya.

" Apa?" Soal Gibbs yang duduk di birai katil Ean.

" Tu jadual buta. Kelas aku hari Isnin pukul 2 lah. Sekarang baru pukul 10, gila!!" Marah Ean sambil menarik selimutnya. Sejuk betul pagi ni.

" Kau balik pukul berapa semalam?"

Ean mengangkat tiga jari menandakan pukul 3 pagi. Terasa katilnya ada orang bangun. Gibbs bangun daripada katilnya lalu menuju ke almari baju.

" Nak iron apa-apa baju tak? Aku nak guna iron. Sekalikan je lah."

" No.. Aku pakai sweatshirt ja nanti." Kata Ean.

" Warna apa??"

Berkerut dahi Ean . Dia bangun duduk di katilnya. Gibbs sedang berdiri di hadapan lokar Ean.

" Buat apa tu?"

" Nak cari sweatshirt yang kau nak pakai lah. Nak iron sekali."

Ean meraup wajahnya kasar.

" Kau dah kenapa lah Gibbs. Mana ada orang iron sweatshirt." Ean menggelengkan kepalanya.

" Tu lah engkau. Patutlah single je. Orang nak pergi kelas . Kena pakai elok-elok. Baru awek melekat." Ayat kasanova daripada Gibran Zahred.

Playboy terhangat di kampus ini. Mana tak hangatnya. Muka pun mix. Thai-America-Melayu. Dia lalu sahaja ada mak cik terbaling senduk sebab ramai menjerit sebab macam dewa kacak baru turun dari langit turun. Setiap Rabu pulak, dia pakai baju uniform Navy . Uniform warna putih. Lagi lah. Setiap Rabu je mesti bilik kesihatan mesti penuh sebab ramai berdarah hidung sebab tengok dia.

Itu dah menipu.

" Malas lah Gibbs. Aku habis kelas pukul 5 aku lepak studio ja." Jawab Ean selamat.

Tu pulak Ean. Seketul manusia yang take it easy.

" Ok. Aku ambik sweatshirt warna kelabu." Kata Gibbs. Ok ni lagi satu sikap si Gibbs ni, degil. Gibbs mengambil sweatshirt kelabu daripada lokar pakaian milik Ean. Dia membawa ke tempat mereka mencipta ampaian. Di situ ada plug . Iron board yang disandarkan pada lokarnya ditarik keluar. Gibbs mula iron baju mereka berdua sambil humming lagu Empty Space.

" Kau dah kenapa happy sangat ni?" Soal Ean. Dia ni pelik sikit. Sekali dah bangun. Payah nak tidur balik. Kadang malam pun susah nak tidur.

" Finally.. kau tanya juga. Aku dah couple dengan seorang awek ni. Anak Akasia jugak." Gibbs mula bercerita. Baju yang dah siap iron , dia sangkutkan pada penyangkut baju.

Ean berkerut dahi. Anak Akasia?

" Who??"

" Alfariza."

Ean menelan air liur. Alfariza that shit yang jadi awek Gibbs ni.

Bala lah .

" Aku rasa lah. Aku nak setia." Ujar Gibbs. Dia menarik sengih. Smirk. Tangan kirinya diangkat. Sebuah cincin silver berada di jari tengahnya.

Ni lagi bala. Bukan bala ja. Malapetaka.

GibranTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang