" Hoii berangan!!!" Tegur Zakwan. Aku mengangkat wajah dari kertas not lalu memandangnya. Zakwan sedang berdiri di hadapan aku mengambil tempat di sebelah aku." Berangan lagi."
" Ha??" Aku tersentak apabila bahu aku disentuh Zakwan.
" Kau tu asyik berangan ja. Ada problem ka? Tak nak share?" Tanya Zakwan. Zakwan mamat seniman yang bagi aku rare yang pernah aku jumpa. Tak cakap banyak tapi kadang buah pemikiran dia hebat.
" Tak kot. Tak ada masalah sangat." Aku cuba mengukirkan senyuman. Kedengaran seseorang berdehem di belakang kami membuatkan aku dan Zakwan berpaling. Dan aku telan air liur kasar.
Gibbs dan Alfa.
Dia datang pakai t-shirt kelabu dan jeans biru. Walaupun simple tapi still nampak handsome. Sepadan dengan Alfa. Memang bagai pinang dibelah dua. Lain lah aku. Macam langit dan kerak bumi. Lupa pula aku yang Alfa ni take part juga dalam teater kali ni.
" Awal you sampai Alfa. Rehearse pun tak start lagi." Kata Zakwan. Aku merasakan pandangan Gibbs ke arahku tapi aku cuba menidakkan.
" Saja lahh sampai awal sikit. Tak apa kan kalau Gibbs teman kat sini kan?" Tanya Alfa pada Zakwan.
Zakwan ketawa kecil.
" No hal lah. "
Hello !! Aku kat sini bukan tunggul.
" No wonder lah background music kita kali ni gempak. You panggil artis professional rupanya." Alfa tertawa kecil sambil menampar lembut bahu ku. Dia bercakap pasal aku kah?
" Haaa.. kali ni aku minta tolong dengan Ean. Nasib baik member baik hati nak tolong."
" Ean. You tolong je ehh . Jangan layan sangat si Zack ni. Dia bukan 'straight' pun. You jaga-jaga tauu." Tertelan air liur aku mendengar kata-kata dari Alfa. Aku tahu yang Zakwan ni yang tak straight. Tak Ada lah sampai Nak terkam aku. Dia pun dah ada partner lah.
Aku hanya tersengih.
" Tak lah Alfa. I ni setia tau. Jom. Dah ramai dah tu sampai. You tinggal je boyfriend you kat sini. Ean boleh tolong jagakan. Kan Ean kan?" Aku hanya mengangguk. Masih kekok dengan situasi.
" Sayang. You duduk sini dengan Ean. Jangan cuci mata pulak tengok perempuan. Ean tengokkan Gibbs ni tauu. " Pesan Alfa sebelum meninggalkan Gibbs dengan aku.
Aku hanya menghantar mereka dengan senyuman tak ikhlas. Tempat di sebelah aku diambil oleh Gibbs.
Aku mengeluarkan handphone dari poket. Cuba menghilangkan resah. Tiba-tiba handphone aku dirampas oleh Gibbs. Pantas aku berpaling ke arah Gibbs.
" Apa yang seronok sangat tengok handphone? Aku ada kat sebelah ni kau langsung tak tegur pun." Kasar suara Gibbs. Aku berkerut dahi memandang Gibbs.
" Kena tegur ke?" Soal aku bodoh.
" Wajib. From now and onwards everytime or anywhere you see me. Tegur aku. Even just say hi. " Rapat wajah Gibbs dengan aku sampai aku boleh rasa nafas dia menampar muka aku. Dia punya nafas macam tengah menahan amarah. Gaduh dengan Alfa mungkin. Tadi pun dia tak berapa cakap sangat dengan Alfa. Entah. Malas nak ambil tahu.
" Understand or not, Ean Zufairy?" Matanya tajam memandang aku.
" Hmm." Yang itu sahaja yang aku balas. Terus aku berpaling ke arah lain. Muka aku memerah.
" Kau dengan Zakwan ada apa - apa ke?" Tanya Gibbs sambil menghulurkan handphone aku.
" Hah? What do you mean ada apa - apa?" Soal aku kembali. Aku faham soalan dia tapi aku cuma mahu tahu respon daripada Gibbs.
" Zakwan tu kan tak straight. Dia ada apa-apa. Hishhh! The fuck!" Aku dengar dia mencarut.
" Dia ada try-try kau ke?" Gibbs mengetap rahang.
" Tak lah. Dia dah ada partner lah." Jawab aku selamba.
" Ean!!!" Laung Zakwan. Menggamit aku supaya datang ke mereka. Aku bangun daripada kerusi tempat duduk aku tadi.
" Coming!" Laung aku kembali. Belum sempat aku melangkah, tangan aku dipegang oleh Gibbs.
" Jangan rapat sangat dengan Zakwan. I don't like it." Senada arahan dari Gibbs.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gibran
RastgeleMacam mana kalau kau crush dekat roommate kau sendiri?? Boleh seksa nafas kalau hari-hari kalau begitu. And macam mana kalau crush kau straight tapi layan kau macam .... dia. " We need to talk, Ean." - Gibran . " I like you but I know you are not...