10

622 10 0
                                    

Aku memandang telefonku lalu terdengar pintu bilik air dibuka dari dalam. Gibbs keluar daripada bilik air dengan half naked. Just towel on his waist.

Aku mengeluh kecil sambil memandang ke arah Gibbs.

" Kau gaduh dengan Alfa ka?" Soalku. Gibbs yang sedang menyarungkan tank top berwarna hitam berpaling ke arahku.

" Haa. Aku gaduh dengan dia. Kenapa? Dia mengadu dekat kau?"

" Tak adalah sampai mengadu. Dia just tanya kau ada tak kat bilik." Okey aku tipu sikit. Sorry dear.

Gibbs merengus lalu duduk di atas katilku. Aku memandangnya dengan penuh rasa cinta. Ceitttt.

" Dia tak faham aku." Jelas suara Gibbs macam penat.

" Kenapa dia tak faham kau?"

" Entah. Kadang aku rasa dia nak sepenuh perhatian aku. Aku tak boleh nak bagi semuanya. Aku pun ada komitmen lain, Ean."

Aku memandangnya. Jelas muka dia penat sangat. Aku bangun daripada kerusiku lalu mendekatinya. Bahunya aku sentuh. First time aku sentuh dia.

" Kau tidur lah dulu. Kau pun penat sangat ni." Kataku. Aku kesian dekat dia. Dia mencapai tanganku lalu memandangku.

" Thanks sebab faham aku. Aku nak tidur kat katil kau tau. Aku dah tak larat nak jalan ni." Kata Gibbs lemah dan mengantuk. Aku mengangguk memberi kebenaran.

Tak sampai sepuluh minit, Gibbs tidur dengan lenanya. Aku memandang wajahnya dalam diam.

" Tidur pun kau masih handsome macam ni. Rahsia apa lah kau pakai sampai aku boleh tertarik dengan kau?" Gumamku sendirian. Aku melihat jam yang tergantung pada di dinding bilik kami.

3.30 pm.

Aku mencapai telefon lalu mendail nombor Meor. Tak sampai dua kali deringan, panggilan aku berjawab.

" Nak pergi McD tak? Nak drive-thru ja." Selepas mendapat persetujuan daripada Meor, aku masuk ke dalam bilik air lalu mandi ala kadar. Masuk kali ni, kali ketiga aku mandi.

" Kenapa nak drive-thru McD?" Soal Meor selepas masuk ke dalam kereta Audi milikku.

" Nak belikan untuk Gibbs. Aku risau dia terlajak tidur pulak nanti."

" Risau betul kau dekat dia." Kata Meor sambil tersengih panjang.

Aku menggenggam stereng kuat sementara menunggu lampu merah bertukar hijau.

" Aku sayang dan cintakan dia. Walaupun aku bertepuk sebelah tangan, tapi sementara dia tak tahu yang aku ni gay dan sukakan dia. Baik aku buat termampu aku untuk dia. Nanti bila dia tahu aku ni siapa, mungkin dia akan tinggalkan aku dan aku tak ada peluang langsung nak dekati dia. Aku tak nak rasa menyesal tu ada." Terang aku panjang lebar pada Meor. Meor seperti mengangguk faham.

" Tapi kau strong lah Ean. Kau cintakan dia separuh mati tapi dia tu straight dan ada awek. Kau tak jealous dengan Alfa ke?" Tanya Meor. Keretaku mula memasuki kawasan McD.

Panjang pulak kereta yang beratur hari ini.

" Jealous? Orang gila pun jealous tau kalau boy dia kena rampas. Tapi nak buat macam mana?? Aku ni bertepuk sebelah tangan ja. No worries lah. Nanti bila dah habis belajar ni, boleh bawa haluan masing-masing." Kataku lalu menekan pedal minyak apabila kereta hadapan aku mula bergerak.

Meor ketawa kecil.

" Good luck bro." Kata Meor. Aku menjeling. Dia perli aku ke?

Setelah siap memboros di McD aku memandu keretaku pulang semula ke asrama. Sebungkus plastik aku letakkan di atas meja. Spicy Chicken McDeluxe. Favourite Gibran kalau dia pergi McD.

" He is sleeping like a baby." Bisik Meor daripada kerusi belajar aku. Aku berpaling. Lupa kata mamat ni ikut sekali.

" He is. Jom."

" Takkan tak letak notes ke?"

" Pandai-pandai lah aku mesej dia." Balas aku dengan nada perlahan.

Kami berdua keluar daripada bilik aku lalu menuju ke kereta. Malam ni ROMEO ada show dekat bar depan INSEM. It's not like the night club one. Just untuk student lepak-lepak.





Aku masuk ke dalam Ovean Bar sambil menjinjit satu plastik ayam goreng pedas McD dan beberapa makanan sampingan.

" Wahhh. Hang bok mai apa ni wehh." Kata Ojan sambil menayang muka teruja. Aku menyuakan ke arahnya.

" Tadi aku lapar singgah jap drive-thru. Tu yang sekali tu. Makan lah."

" Kau punya mana? Kau mana makan pedas.." tanya On. Aku mengangkat satu plastik kecil. Ada Mac Chicken.

Tetiba telefon aku berdering menandakan ada panggilan masuk.

Gibbs Roomie

Pantas aku menjauhkan diri daripada mereka. Lebih tepat keluar terus daripada Ovean Bar. Dorang semua tu telinga lintah lah, telinga kuali lah , bontot kuali pun ya jugak tu.

Aku menjawab panggilan daripada Gibbs.

" Ye. Kenapa?"

" Thanks burger ni."

" Ohh. Aku lapar tadi tu yang beli tu."

" Oo. Ada kat mana?"

" Bar. Makan lah. Aku nak pergi practice."

" Ok. Bye. Take care."

" Hmm." Aku pantas mematikan panggilan.

GibranTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang