08 ( Gibbs )

698 16 2
                                    

" Ok. Kita stop sekejap." Kataku kepada anak buahku. Aku yang menjadi komander mereka. Dalam Navy ni, pangkatku adalah Leftenan Muda. Jadi bila anak buah aku jumpa aku dekat luar pun, dorang kena panggil aku tuan. Tapi aku ni tak kisah sangat. Setelah anak-anak buah aku bersurai, aku ke meja batu yang berada di tepi kawasan padang kawad yang disediakan khas untuk budak Navy. Setiap uniform dalam kampus ini disediakan padang kawad sendiri, so takkan ada timbul isu kau ambil padang aku, aku ambik padang kau.

Aku duduk di salah satu kerusi. Botol air mineral milikku aku capai lalu aku minum dua teguk. Aryan mendekati ku selepas dia melepaskan anak buahnya untuk berehat. Dia duduk melepaskan penat.

" Thanks nasi pagi tadi. Kau memang tahu taste aku." Kata Aryan sambil tersengih. Aku hanya menarik senyum.

" Haa lah. Dah yang tu kau selalu makan."

" Haa. Aku memang stick selera aku macam.. aku stick dekat.."

" Tak payah buat muka gatal tu, bangang." Aku tahu dia nak sambung apa. Aku mengeluarkan phone aku. Dari tadi aku memang buat silent mode supaya tak mengganggu aku semasa latihan kawad tadi. Aku melihat tiada langsung panggilan daripada Ean. Aku menjadi risau. Aku membuka aplikasi Whatsapp. Hanya ada chat daripada group dan Alfa. Tiada chat daripada Ean. Aku meminta diri sekejap pada Aryan untuk membuat panggilan.

" Jap. Aku nak pergi call orang."

" Siapa? Alfa ke?"

Aku menggelengkan kepala.

" Alfa merajuk dengan aku. Nanti-nanti lah aku pujuk dia tu." Kataku malas. Sebenarnya aku ni kurang suka dengan perempuan yang kuat merajuk ni. Bagiku leceh.

" Habis tu kau nak call siapa?"

" Ean." Kataku lalu meninggalkan Aryan yang membuat muka terpinga-pinga.

Aku mendail nombor Ean. Dua kali panggilan aku tidak berangkat membuatkan aku rasa berdebar tak tentu pasal. Kali ketiga aku mendail nombornya.

"Kalau dia tak angkat kali ni, aku balik bilik." Tekadku.

Tiga kau deringan baru panggilan aku disambutnya.

" Hello. Siapa??" Suaranya yang serak baru bangun daripada tidur membuatkan jantungku yang hampir luruh tadi kembali tenang.

" Aku lah."

" Haa. Kenapa ni? Tertinggal barang ke?"

" Tak. Kau dah bangun belum?"

Aku dengar dia menguap kecil. Aku menarik senyuman.

" Kau call ni. Baru aku jaga. Ada barang tinggal ke?"

" Tak lah. Nak check kau dah bangun belum."

" Hmm. Dah. Thanks sebab belikan nasi lemak ni."

Mesti dia dah bangun tengok nasi lemak tu. Aku teringat sticky notes yang aku tulis padanya.

Oh shit?!

" Gibbs."  Panggil Ean. Aku hanya diam. Asal aku jadi berdebar tak tentu pasal ni. Ean tu lelaki. Aku pun lelaki. Wake up , Gibran.

" Thanks sleepmate."

Aku terkedu.

" Aku .. aku salah tulis tu. Aku teringat dekat Alfa."

Aku dengar dia ketawa.

" Tahu lah. Aku saja usik kau. Dah aku nak pergi mandi. Nanti aku nak pergi dobi. Nak tumpang tak baju kau?"

" Boleh jugak." Jawab ku pantas.

" Ok bye.. see you then, Gibran."

Aku mematikan panggilan lalu memandang telefonku. Lama. Kenapa aku risau dekat dia lebih daripada Alfa? Kenapa aku rasa dia penting dalam hidup ku? Atau aku cuma anggap dia sebagai adik aku.

Ya.

Dia adik aku. Adik aku dekat sini.

GibranTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang