05

958 13 0
                                        

Aku melihat chord lagu Glad You Came daripada The Wanted. Sedang membayangkan macam mana nak ubah sikit version dia.

" Oitt." Bahu aku ditepuk daripada belakang. Aku malas nak berpaling. Tahu dah siapa, kalau bukan Meor. Meor menarik kerusi di hadapanku. Kami berlima berjanji nak makan tengahari sekali hari ni. Bukan hari ni ja sebenarnya. Hari-hari. Boleh dikatakan mengadap geng ROMEO ni sehari 15 jam. Lebihnya sendiri lah.

" Salam mana pak cik?" Tanya ku dalam nada perlian. Meor ketawa nampak giginya tersusun cantik. Tapi tak secantik gigi crush aku yang ada taring macam vampire. Hot gitu.

Pantas aku menggeleng. Kenapa boleh teringatkan Gibbs pulak ni?

" Apa bendanya geleng-geleng?" Soal Meor. Aku tak sedar pun yang Meor tengah bercakap dengan aku. Aku menarik sengih.

" Aku tanya. Mana Raf?"

" Toilet. Dia kata nak terkencing. Mana Ojan dengan On?" Tanyaku.

" Lambat lah tu. Biasa lah Ojan. Tengah dok mengayat si Syaza tu. Tapi tak menjadi lagi."

Aku ketawa kecil. Ojan tu mengayat Syaza daripada kami semester dua lagi tak lepas-lepas. Aku yang couple dengan Zya masa semester dua pun dah clash.

" Borak apa?" Soal Raf lalu menarik kerusi untuk duduk di sebelahku. Aku berpaling ke arah dia lalu buat muka malas.

" Ojan dan Syaza."

Raf membulatkan matanya.

" Tak dapat lagi?"

Meor mengangguk.

" Pelik ni. Selalu Ojan kalau mengayat seminggu dapat dah. Pelik ni. Tapi lah kan .. aku dengan cerita yang Syaza tu dah tunang. Tak tahu lah betul ke tak?" Kata Raf lalu menghirup air teh ais yang dia beli tadi.

" Hampa!! Hampa!!!" Jerit Ojan daripada pintu kafe. Pantas kami bertiga berpaling ke arahnya. Hampir ternganga kami melihat Ojan yang berpeluh itu. Aku mengerling ke belakangnya. On jalan sambil menyeluk tangan ke dalam poket. Selamba.

Pantas kerusi di sebelahku ditariknya. Tercungap-cungap Ojan mengumpul nafas. Air aku ditariknya lalu disedut hingga habis. Aku membuat muka annoyed. Dah kenal dah mamat ni bila buat kalut dia.

" Aiq apa hang minum ni?" Soal Ojan setelah habiskan air aku. Ehh mamat ni. Dah habiskan air aku pastu tanya pulak. Lupa nal cakap yang Ojan ni asal daripada Kedah.

" Kau sedap perahabiskan air aku . Pastu tanya pulak air apa?"

Ojan ketawa kecil.

" Aku ada gosip ni wehhh." Ojan membuka mulut. On yang sedang makan aiskrim mengangguk. Mana datangnya aiskrim ni?

" Hang tau dak yang Gibbs tu dah couple?" Tanya dia pada kami semua. Meor dan Raf mengangguk. Aku pun turut mengangguk.

" Hampa tau dari mana?"

" Gibbs dengan Alfa kan budak LO. Mestilah tahu. Hari tu aku ada meeting Akasia." Kata Meor. Ojan mengangguk faham.

" Hang. Macam mana hang tau??" Tanya Ojan pada Raf.

Raf hanya menjuihkan bibir ke arahku.

" Macam mana kau tahu?" Tanya On setelah menghabiskan aiskrimnya.

" Lupa kah yang aku ni roommate dia?" Soalku sinis. Kadang nak marah jugak lah. Bodoh mereka ni tak boleh dibendung.

Ojan menepuk dahi.

" Haa."

" Aku lupa lah yang kau tu roommate Gibbs."

" Kau okey ke bila Gibbs.."

Pantas aku memotong kata-katanya.

" Aku ok." Instead dalaman aku yang tak ok. Aku menampalkan senyuman palsu. Sejak aku confront dekat dorang yang aku ni gay since aku 17 lagi, dorang ok sahaja. Malah give me some moral support lagi. Bahu aku diusap perlahan oleh Ojan.

" Tu lah balik Johor lama sangat." Kataku pada On. Cuba menceriakan kembali suasana.

" Mana ada. Aku balik Johor ingatkan ada apa. Alih. Atuk aku kahwin lain." Kata On sambil menayangkan muka menyesal habis. Kami mentertawakan On.

" Ye weh. Aku ni bila mak aku call aku pun ingat ada apa lah yang penting sangat. Siap rush aku balik Johor. Suruh kakak aku ambil lah apa semua. Aku pun ambil flight. Pastu sampai je rumah atuk aku tu, muka mak aku marah sambil tunding jari kat seorang mak cik ni. Rasanya dalam sebaya mak aku. Rupanya tu bakal bini baru atuk aku."

" Aduhai. Macam mana atuk kau boleh tangkap cintan dengan mak cik tu?" Soal Meor. Nasi goreng yang dia order tadi sudah sampai di atas meja.

" Mak cik tu buka gerai. Janda anak dua."

" Nak buat macam mana. Dah jodoh." Kataku. Mata aku meliar melihat kawasan sekeliling. Tetiba mataku tertancap sepasang kekasih yang baru masuk ke kafe ni.

Gibbs dan Alfa.

" Guys. Gibbs dengan Alfa." Bisik Ojan. Aku tahu. Dan tak perlu kot mention.

Aku hanya memandang kosong pasangan itu. Dan Gibbs sedang memandang ke arah ku.

GibranTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang