Throwback
Ean menarik luggage yang padat berisi pakaian miliknya. Beg gitar disandang di bahunya. Aryan berkerut memandang Ean yang membawa lebih dari dua beg.
" Achik! Kau bukan nak pindah rumah pun!" Perli Aryan. Aryan menilik beg yang dibawa oleh Ean. Satu beg sandang belakang untuk ke kelas. Banyak pulak beg budak ni. Bukannya nak pindah rumah pun. Rumah mereka dengan kolej ada lah dalam 30 minit ke 45 minit kalau jem. Kalau pergi dengan motorsikal adalah dalam 20 minit sahaja. Tak ada lah jauh mana pun. Yang beria sakan ni dah kenapa ? Tiba-tiba kedengaran ketawa meletus dari tingkat atas. Arziq ketawa sambil menuruni anak tangga.
" Angah. Kau tak payah buat lupa ingatan lah. Masa kau daftar hari tu , berapa beg kau? Lima kan. Achik ni tiga ja. Tu pun termasuk beg gitar. Engkau??" Perli Arziq. Arziq ni abang sulung kepada Aryan, Ean dan Eaim. Aryan menjuihkan bibirnya. Alah . Masa tu dia saja ja bawa baju banyak sikit. Mana tahu ada emergency ka. Kan senang.
" Angah dulu kan ada kasut kawad." Aryan cuba untuk mempertahankan dirinya. Tak boleh kalah dengan Arziq ni. Juara debate 5 tahun berturut-turut. Sekarang title juara debate tu dipegang oleh adik bongsu mereka, Eaim Thahafiq.
" Sudah-sudah!! Nanti gaduh kamu berdua. Nak hantar Achik ni pergi kolej. Bukannya nak dengar korang dua gaduh. " Puan Sri Erma keluar daripada dapur sambil membawa dua bekas makanan. Puan Sri Erma memandang Ean yang masih menilik handphone. Malas ambik pusing dengan perbalahan mulut antara Along dan Angahnya.
" Angah. Semalam cakap bukan nak pergi dulu dengan Gibbs? Ni kenapa tak siap lagi ni?"
" Tak jadi lah, ma. Gibbs cakap slot uniform tu ubah waktu. "
" Tapi bukan ke kau selalu nak cuci mata tengok budak-budak freshies??" Soal Arziq sambil membelek handphonenya.
" Angah dah hantar spy angah kat sana. Kalau ada muka macam Hannah Delisha. 10 minit ja angah sampai." Tiba-tiba telefon milik Aryan berdering. Tanda ada panggilan masuk.
Gibbs
" Yowwwwww!! Gibbs!! Ada muka Hannah Delisha ka?? Jap aku siap. 20 minit sampai. " Aryan segera mematikan panggilan.
" Ma. Jumpa sana lah nanti." Kata Aryan bingkas bangun daripada sofa. Dia sebenarnya dah siap dah. Cuma saja nak melepak dekat rumah. Malas nak bersesak dekat hari pendaftaran INSEM. Aryan menyalami Puan Sri Erma sebelum keluar dari rumah. Superbike miliknya dihidupkan lalu keluar dari perkarangan banglo mewah milik Tan Sri Athaf.
" Achik nak Ma ikut tak?" Tanya Puan Sri Erma kepada Ean. Anak ketiganya ini memang seorang yang pendiam. Masanya banyak dihabiskan dengan muzik.
" Tak apa lah, Ma. Tak nak nanti orang kenal pula siapa Ean. Achik nak jadi low profile lah."
" Habis. Along hantar ke?" Tanya Puan Sri Erma.
Ean menggeleng kepalanya.
" Achik tumpang Raf. " Sejurus itu kedengaran bunyi hon di hadapan rumah mereka.
" Pergi dulu, Ma. Apa-apa nanti Achik call. " Ean mengangkat semua beg miliknya lalu keluar daripada rumah.
" Will he be happy, Ma?" Soal Arziq senada. Memandang langkah Ean. Simpati dalam masa yang sama bangga dengan adiknya yang seorang ni. Walaupun sexual orientation dia lain daripada mereka bertiga, but he never involved in any mess to mess up his life. He just doing fine with his life.
" I always wish for my sons to be happy. Eventhough he differents than you all. After all, he always be my baby. " Ujar Puan Sri Erma.
" Aryan jaga pendaftaran ke, Ean?" Tanya Raf sebaik sahaja mereka sampai ke Dewan Baduri. Ean menggeleng.
" Katanya malas. Tapi tu lah. Beria jugak pergi awal. Katanya nak cuci mata." Balas Ean. Matanya meliar mencari kaunter pendaftaran. Tak suka bersesak macam ni. Buat dia rasa rimas.
" Oittt!!" Aryan menegur mereka dari jauh. Ean menjulingkan matanya ke atas. I wish I don't have brother like him.
Ada seorang lelaki yang mengikut di belakang Aryan. Kawan Aryan mungkin. Banyak mata-mata gadis memandang ke arah mereka berdua. Langkah yang tenang dengan wajah yang kacak membuatkan ramai gadis menggeletis di situ.
" Korang dah daftar ke?" Tanya Aryan. Berhenti betul-betul di hadapan Ean dan Raf.
" Belum."
" Ohh. Lupa aku nak kenalkan. Ni bff aku. Gibran Zahred. Short name, Gibbs. Gibbs. Ni bff aku masa sekolah. Ean Zufairy dan Rafeequl. " Aryan menjadi orang tengah memperkenalkan mereka.
Gibbs menghulurkan tangan sambil menarik senyum menampakkan gigi taring yang tersusn tapi dan cantik. Matanya jugak cantik. Tangannya dihulurkan kepada Ean.
" Aku Gibbs. Nice to meet you, Ean. Hope we can get along. " Kata Gibbs kepada Ean. Ean terdiam lalu merenung tangan Gibbs yang dihulurkan kepadanya. Jantung Ean bedegup laju daripada biasa. Ada rama-rama dalam perutnya mula buat family gathering.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gibran
De TodoMacam mana kalau kau crush dekat roommate kau sendiri?? Boleh seksa nafas kalau hari-hari kalau begitu. And macam mana kalau crush kau straight tapi layan kau macam .... dia. " We need to talk, Ean." - Gibran . " I like you but I know you are not...