Permukaan drum diketuk kasar oleh Raf membuatkan Ean tersentak.
" Kau kenapa?" Soal Raf pada Ean. Ean menggeleng.
" Tak ada apa." Jawab Ean malas.
" Tak ada apa? Macam pelik sebab daripada kelas lagi kau nampak terganggu. Asal? Gibbs ke?" Soal Raf. Ean terus berpaling. Tembakan Raf mengena. Raf menarik sengih panjang.
Dia menyatukan kayu drum lalu memberikan tumpuan kepada Ean. Ean mengeluh.
" Fuck!!" Maki Ean tetiba. Raf hanya mampu tersenyum. Dia kenal Ean daripada zaman sekolah lagi. Dan dia kenal sexuality orientation Ean. Ean adalah gay. Dan Raf tahu itu. Tapi Ean bukannya jenis suka orang sebarangan. Dan Ean sukakan Gibbs daripada semester 3 lagi.
" Gibbs ada suka orang lain ke?"
Ean mengangguk .
" Alfariza."
Raf ternganga.
" Ni betul-betul fuck off. Bila dorang start couple? How come that playboy fall in love with that fuck off plastic bag?" Soal Raf macam machine gun.
Siapa tak kenal Alfariza Dato Khalid. Diva daripada Kos Akaun. Pelakon utama untuk Layar Opera. Bondanya seorang model yang ternama di Malaysia. Bapa dia pula seorang pemilik syarikat hartanah paling terbesar di Malaysia dan Singapura.
Ean mengangkat bahu. Tanda tak tahu.
" Dah malas aku nak fikir. Mana dorang bertiga ni?" Soal Ean bertanya tentang ahli kumpulan band mereka. Band mereka bernama ROMEO.
Sebenarnya itu nama mereka bersama. R untuk Raf. O, Ojan. M, Meor. Ean ialah E dan O yang terakhir ialah On. Ean yang menubuhkan band ni sejak mereka semester satu lagi.
" Meor kata dia ada meeting dengan semua presiden Akasia. Dia suruh kita mula dulu kalau nak practice. Ojan ada kelas sampai pukul 6. Dia kata kalau rajin dia datang. On balik Johor pagi tadi." Beritahu Raf.
Ean ternganga.
" Hahh?!! Asal kau tak bagi tahu aku?" Soal Ean. Asal semua orang tak bagi tahu dia ni apa-apa. Kalau tak adanya dia duduk melepak kat sini. Baik balik tidur. Tak pun masak maggi kari sambil layan konsert online.
" Tu lah .. Aku cakap kau distracted kau tak mengaku. Dorang dah cakap dalam group ." Kata Raf. Dia mula bermain drum secara freestyle .
Ean mengeluarkan iPhone daripada poket jeansnya.
Aplikasi Whatsapp dibuka.
50 chat daripada group ROMEO. 20 chat daripada group Anak-anak Akasia. 7 daripada group kelas. 6 group family. Mata Ean terpandang nama yang dipinkan di atas sekali.
Gibbs Roomie
Dia membuka chat daripada Gibbs.
Eannnnn....
Balik nanti lepak studio ke??
Balik pukul berapa ?
Nak aku tapau tak ?
Aku nak keluar date dengan Riza..Ean mengeluh membaca chat daripada Gibbs.
" Asal pulak mengeluh? Terkejut tengok chat? Ke Gibbs wassap kau?"
Ean berpaling ke arah Raf.
" Oii .. kau main ilmu sihir ke apa? Semua dalaman aku kau tahu. Babi seram bodoh kau ni." Ean bangun daripada kerusinya. Beg sandang diambil.
" Duduk lah sensorang. Biar hantu kacau kau." Usik Ean.
" Ehh bangang lah Ean kauuuu!!" Raf lari keluar daripada studio apabila Ean tutup lampu. Semua tahu yang Raf seorang yang takut hantu. Nampak ja macam abang sado. Otot berketak kat lengan tapi hantu pun takut.
Ean keluar daripada bilik air dengan hanya memakai tuala separa pinggang. Katil kosong milik Gibbs dipandangnya sekilas.
" Apahal lah aku boleh suka kau? Benci betul lah. Tu lah kau . Kenapa buat baik sangat dengan aku? Kan aku dah tersuka kau. Kau tu straight. Aku bengkok." Keluh Ean sendiri.
Tetiba telefonnya berdering sakan menandakan ada panggilan masuk. Ean mendekati iPhone yang berada di atas meja belajar.
Gibbs Roomie
Berkerut dahi Ean melihat nama Gibbs. Kata pergi dating. Asal call dia. Namun ditepis sangkaan dia itu lalu menjawab panggilan itu.
" Hello."
" Hello. Hmm apa dia." Jawab Ean.
" Macam tu kau cakap dekat aku? Aku tunggu kau balas wassap aku daripada pukul 5 lagi sekarang pukul 8 . Busy sangat ke dekat studio?"
Leter Gibbs.
Ean berkerut dahi. Memang Gibbs ni peramah dan jarang marah. Tapi sekali dia marah mau ribut kolej ni. Dan dia seorang kuat risaukan family dan kawan-kawan dia. Boleh dikatakan family man.
" Tak."
" Nak makan apa-apa ke? Aku tapaukan."
" Aku makan maggi je."
" Ok lah. Aku blah dulu. Riza dah datang. Wish me luck, buddy."
" Hmm. Good luck."
Pantas Ean mematikan panggilan.
" Apahal lah kau call aku sedangkan kau dengan Riza?" Ujar Ean. Dia merebahkan tubuhnya di atas katil dengan hanya memakai boxer. Dia memejamkan mata. Lengan diangkat lalu menutup separa wajahnya.
" Aku suka kau, Gibran Zahred."

ANDA SEDANG MEMBACA
Gibran
RawakMacam mana kalau kau crush dekat roommate kau sendiri?? Boleh seksa nafas kalau hari-hari kalau begitu. And macam mana kalau crush kau straight tapi layan kau macam .... dia. " We need to talk, Ean." - Gibran . " I like you but I know you are not...