11

453 14 1
                                    

Weekdays yang membosankan. Sama ja rutin harian aku. Bangun pagi, pergi kelas, balik lepak studio, balik dorm dan tidur. Everything move like wheel.

Aku mendekati keyboard yang berada di dalam studio. Ketika ini hanya aku dan Raf sahaja melepak dalam studio ni. Ni pun sebab Angah aku call ajak jumpa. Kalau tak dah balik bilik dah. Tidur atas katil yang empuk lagi mengasyikkan.

Aku menarik kerusi lalu duduk. Jari aku mula bergerak di atas papan keyboard.

" Aku berhenti berharap, dan menunggu datang gelap, sampai nanti suatu saat. Saat cintaku dapat. Kenapa ada derita bila bahagia tercipta. Kenapa ada Sang hitam bila putih menenangkan..." aku mula menyanyi lagu Sheila On7- Berhenti berharap.

" Parah betul dengar kau nyanyi.." suara seseorang di muka pintu studio kami. Aku berpaling. Aryan sedang memeluk tubuh sambil menyandar malas di muka pintu. Aku bangun lalu bergerak ke sofa. 

Aryan mendekati lalu mengambil tempat di hadapan Raf. Raf yang tengah bermain Mobile Legends hanya mengangkat tangan separuh badan sahaja.

" Ada apa nak jumpa?" Tanyaku. Agak kedengaran dingin tapi ini lah kami bila berjumpa.

" Amboi nak jumpa dengan adik sendiri pun kena appointment ke?" Tanya Aryan sinis. Ya. Aryan ni abang kandung aku. Literally we call him Angah.

" Bodoh ehh kau. Nak apa? Seorang ja ka?"

" Tak. Dengan Gibbs. Dia dekat park. Sekejap lagi dia naik." Kata Aryan. Dia hanya menayangkan muka selamba. Dekat Gibbs kami bagitahu yang kami ni bff. Aku, Aryan dan Raf.

Pintu studio diketuk. Terpacul kepala Gibbs. Hensemnya makhluk Tuhan yang satu ini.

" Masuk lah." Pelawa Aryan. Dia ingat bilik dia ke apa. Aku menjeling.

Gibbs hanya menggangguk lalu masuk. Dia masuk dan duduk di sofa and he is beside me. Dia menghulurkan satu plastik berisi minuman.

" Aku ingat semua ada." Kata Gibbs. Dia mengeluarkan tin Nescafe Latte lalu menghulurkan tin itu padaku. Aryan memandang aku dengan pandangan, what the fuck is going on?

Aku hanya mempedulikan pandangan membabi daripada Aryan dan hanya menyambut huluran daripada Gibbs.

" Tak sampai lagi lah tu." Kata Raf lalu meletakkan telefonnya. Habis game dah lah tu.

" Ambik lah nak air apa." Kata Gibbs apabila Aryan menghulurkan tangan kosong pada Gibbs. Gibbs menolak plastik itu kepada Aryan dan Raf.

" Dekat Ean kau hulur, kat aku.. Kau suruh ambik sendiri." Suara Aryan seakan menjauh. Aku hanya memandang. Jangan jadi babi sangat boleh tak Angah.

" Ada tangan kan. Ambil lah." Jawab Gibbs malas ambil pusing dengan perangai Aryan. Dia menyandarkan tubuhnya pada sofa.

Aku membuka penutup tin lalu minum sikit.

" Ada apa datang sini?" Tanyaku. Kenapa aku rasa belakang aku ada orang perhatikan. Abaikan jelah.

" Gibbs. Main Mobile Legends tak?" Tanya Raf. Gibbs menggangguk.

" Minta ID." Kata Raf. Gibbs menghulurkan phonenya kepada Raf melalui belakang aku. I'm still alive here,guys.

" Macam ni, aku nak request something kat korang. First, aku nak confess kat sorang awek ni."

" Confess je lah." Kataku bengap. Sejak bila abang aku ni ada sifat pemalu ni. Luar alam betul.

" Tak lah. Aku nak sampaikan melalui lagu."

" Nyanyi je lah." Kata Raf. Selamba. Matanya masih melekat pada skrin telefon. Aku berpaling ke arah Gibbs. Sama. Main game dengan Raf lah tu.

" Masalahnya kalau aku menyanyi nanti, terbalik bar tu." Jawab Aryan lalu menjulingkan biji mata.

Everyone know that of our siblings yang nyanyian dia ke laut China selatan is Aryan Zufizri. Dia memang tak boleh menyanyi. Mama siap baling senduk ketika tengah masak kari sebab terkejut dengar Angah menyanyi.

" Lagu apa?"

" Tercipta untukku."

Aku menggangguk.

" Another one?"

" Aku nak buat Ramen Challenge. Kita- kita lah.. " Kata Aryan. Aku memandangnya tepat.

" Tahukan yang aku tak boleh makan pedas." Aku memperingati Aryan. Kot-kot lah dia lupa pasal adik dia yang ini.

" Tahu. Alah sekali ni je." Pujuk Aryan. Aku menjulingkan mataku.

" Yelah. Jom menyanyi." Aku bangun daripada sofa lalu menuju ke keyboard. Aryan mengikut langkahku.

Aku mula meletakkan jari di atas keyboard. Aku memandang sekilas wajah Aryan yang dah mula excited nak tengok aku menyanyi.

" Menatap indahnya senyuman di wajahmu.. Membuatku terdiam dan terpaku. Mengerti akan hadirnya cinta terindah. Saat kau peluk mesra tubuhku." Aku menarik nafas seketika.

" Aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku di setiap langkah yang menyakini ku , kau tetap tercipta untukku sepanjang hidupku.." aku menghentikan nyanyian. Aryan memberikan tepukan gemuruh. Muka dia macam I'm a proud brother ever.

Aku menjeling.

" Okey ke?" Tanyaku. Aku memandang Raf dan Gibbs berhi-five sesama mereka. Menang lah tu. Aku menelan air liur apabila Gibbs mengambil air tin Nescafe Latte milikku tadi lalu minum.

Fuck?! Indirect kiss !!

" Ok gila kot. Mesti awek tu melting punya. Aku yang dengar ni pun melting. Nasib baik aku ni straight tau, Ean. Kalau tak dah lama aku ajak kau couple tahu."

Seraya itu aku terdengar Gibbs tersedak. Mataku bertembung dengan Aryan. Aryan hanya menarik sengih prank. Aku memandang Gibbs. Matanya tajam memandang ke arahku.

Aryan. Kau buat apa ni babi?!!

GibranWhere stories live. Discover now