04 ( Gibbs)

873 16 0
                                    

Aku memandang langkahnya yang keluar daripada bilik kami. Dia berpaling ke belakang semula . Aku hanya tersenyum dan melambai.

" Bye." Kata Ean yang membuatkan aku ketawa kecil.

" Bye. Take care ." Pesanku pada dirinya. Aku memandang pinggan kosong milik Ean . Aku mengeluh kecil. Perangai Ean saling tak tumpah macam arwah adik aku, Ghaz Sulaiman. Adik aku meninggal waktu dia berusia 15 tahun manakala aku pulak waktu itu 16 tahun. Ean sebaya dengan Ghaz. Aku tua setahun daripada Ean . Aku masuk lambat ke INSEM pun sebab aku ambil cuti setahun untuk menyertai Navy. Sekarang ni aku jadi pelatih untuk Navy di INSEM.

Adik aku meninggal disebabkan brain cancer. Waktu tu dia muda sangat. Dan aku kecewa sebab tak dapat nak tolong banyak. Aku tak ada peluang untuk meluangkan masa lebih banyak dengan dirinya. Kejadian tu jadi sangat pantas. Dalam masa setengah tahun, Ghaz tinggalkan kami sekeluarga.

Masa mula dia disyaki menghidap brain cancer, dia ada masalah tidur. Setiap malam dia akan mengadu padaku yang dia rasa ada bunyi di dalam kepalanya. Mulanya aku cuma kata mungkin sakit kepala biasa, tapi berlarutan sehingga sebulan. Hingga Ghaz tak boleh untuk tidur malam. Itu yang membuatkan aku menjadi risau pada Ean.

Apabila malam, Ean tak boleh tidur. Aku jadi risau. Kalau boleh aku nak Ean tidur sebelum aku tidur. Tapi apabila semalam , selepas aku balik daripada keluar dengan Alfariza, aku melihat Ean tidur dengan selesa di atas katil membuatkan aku tersenyum. Tapi apabila aku melihat tong sampah kosong sebab sebelum ni Ean cakap nak makan maggi untuk makan malam, aku menjadi risau kembali. Aku risau dia tak selesa tidur kerana kelaparan. Itu sebab pagi ni aku bangun awal, aku buat sarapan untuk dirinya.

Selepas kematian Ghaz, aku jadi seorang yang pendiam. Banyak menyendiri sehingga aku habis SPM . Tapi bila aku masuk universiti, aku jadi sedikit open. Aku mula ada kawan. Dan aku akan jaga kawan aku sebaiknya tapi aku ambil masa yang lama untuk terima mereka namun tidak pada Ean.

Hari pertama aku berjumpa dengan Ean, dia mengingatkan aku pada Ghaz. Aku jadi rindu pada Ghaz. Tapi aku tahu dia bukan Ghaz. Dan aku cuba bezakan dia dan Ghaz. Dan sekarang aku sayang dia sebagai Ean. Bukan Ghaz. Ghaz tetap di hatiku. Dan Ean tetap Ean. Aku berjanji akan jaga Ean macam adik aku sendiri.

Tetiba telefon aku berdering menandakan ada panggilan masuk. Aku mengambil telefon lalu memandang nama si pemanggil.

Ean Roomie

Aku tersenyum. Aku menjawab panggilannya.

" Hello.."

" Gibbs.. Ada kat bilik lagi ke?"

" Ada. Kenapa?"

" Aku terlupa bawa kunci bilik. Boleh tak tolong bawakan?" Pintanya. Aku bangun daripada kerusi lalu ke meja belajar miliknya. Segugus kunci berada di situ. Kunci bilik, kunci motor dan keychain namanya.

Comel.

" Lah. Kalau kunci motor pun ada sekali, kau pergi naik apa?"

"  Aku pergi dengan Ojan. Malas nak naik motor."

Aku hanya ketawa. Macam-macam lah Ean ni.

" Ye lah. Nanti aku sampai fakulti kau, aku call." Kataku.

" Thanks Gibbs. Bye."

" Bye."

Aku dengar dia mematikan panggilan. Aku hanya tersenyum menggelengkan kepala. Macam-macam lah kesayangan aku ni. Eh. Adik kesayangan. Boleh lah tu.

GibranWhere stories live. Discover now