07 ( Gibbs)

722 11 0
                                    

Aku membuka mataku. Sisa mengantuk masih ada tapi disebabkan hari ni Sabtu. Weekend orang lain cuti tapi tidak bagiku. Aku ada latihan dengan Navy. Aku bangun daripada katil lalu duduk di atas katilku. Telefonku yang berada di atas meja kopi sebelah di sebelah katilku, aku capai lalu membuka aplikasi WhatsApp. Mesej daripada Alfariza aku baca.

Alfa Sayang ❤️

You memang tak pernah faham I..
I nak spend weekend I dengan you je.
Tapi you sibuk dengan latihan you.

Aku mengeluh membaca mesej daripada Alfa. Setiap weekdays aku habiskan masa dengannya. Weekend pula aku ada hal aku sendiri. Pergi latihan kawad Navy, lepak dalam bilik dan buat assignment.

Aku membalas mesej daripada Alfa.

Gibran Zahred

I memang kena pergi latihan tu, babe.
I nak sangat you faham I.
Please sayang. Faham I.
Nanti malam kita keluar sama-sama.
Siang ni bagi I settlekan kerja I.
Nanti I text you nanti.

Send. Aku memandang ke arah katil Ean. Dia masih dibuai mimpi. Kesian dekat dia. Semalam pukul 4 pagi baru dia boleh tidur. Aku bangun daripada katilku lalu menghampiri katil Ean. Melihat Ean tidur dengan nyenyak membuatkan aku tersenyum. Rambut hitam pekatnya aku usap perlahan. Sumpah . Aku sayang dia. Aku tak nak dia jauh daripadaku.  Aku tunduk lalu mencium dahinya.

Fuck. Shit.

Aku mengangkat wajahku daripada wajah Ean.

" Apa aku dah buat ni?" Aku mencarut sendiri. Pantas aku bergerak daripada katilnya lalu mencapai tuala mandiku. Aku masuk ke dalam bilik air. Aku menyentuh dadaku. Jantungku berdegup sangat laju macam baru lepas lari 5 kali pusingan padang kampus.

Aku membuka shower lalu aku mandi. Perkara tadi aku cuba lupakan.

Setelah aku siap mandi, aku ambil telefonku yang dari tadi berkelip. Tadi sebelum aku masuk bilik air, aku silentkan phone ku. Tak nak bagi bunyi. Risau kalau Ean terjaga. Tahu dah akan ada seekor makhluk Tuhan yang akan call aku bila setiap pagi kami ada latihan.

Aryan Zufizri.

Namanya tertera di skrin phone aku. Aku menjawab panggilannya.

" Morning Sunshine." Suara ceria dia menyapaku. Aku menjulingkan mataku. Kalau ada dia depan aku ni memang aku pijak dah muka dia tu.

"  Ada apa babi?" Aku cuba kawalkan suaraku supaya Ean tak terjaga.

" Asal bisik-bisik ni? Tak nak bagi Alfa dengar ke? Kau fuck dia semalam ke setan?"

Memang aku pijak jugak dia ni nanti.

" Tak lah. Aku tak nak Ean terjaga. Dia baru tidur."

" Korang buat apa semalam?" Dia bersuara nakal. Pastu dia ketawa. Aku terus teringat yang aku mencium dahi Ean tadi. Nasib baik tak terjaga budak tu.

" Tak ada apa lah gila. Nak apa ni?"

" Kau nak pergi beli nasi lemak kan. Belikan aku sekali." Pinta Aryan sambil membuat suara memujuk. Pergi pujuk awek kau gila.

" Macam biasa kan."

" Haa. Thanks Gibbs. Nanti aku bayar balik." Katanya. Aku mematikan panggilan lalu pergi memakai baju.

Kunci motor milikku capai lalu keluar daripada bilik kami. Aku menunggang motorsikal berkuasa tinggi milikku ke kedai nasi lemak favourite kami. Aku dan Ean. Aku tersenyum kecil menyapa mak cik yang menjual nasi lemak itu. Kedai ni cuma gerai biasa sahaja bukan restoran yang selalu Alfa suka makan.

" Assalamulaikum Zahred. Awal pagi ni." Tegur Mak Cik Sakinah. Aku menjawab lalu tersenyum.

" Nasi berapa pagi ni?"

" Tiga. Aryan tu nak sekali."

" Lah kenapa tak datang sekali?"

" Biasalah dia." Mak Cik Sakinah menghulurkan satu pinggan nasi beralaskan plastik padaku. Ayam goreng berempah aku capai bahagian isi dan kuah kicap serta sedikit kuah sambal. Ini untuk Ean. Aku menghulurkan pinggan ni kepada Mak Cik Sakinah.

" Ean ke?"

" Ye.. nanti mak cik letak plastik asing ye." Pesanku. Setelah membayarkan makananku, aku keluar daripada gerai ni lalu pulang ke kolej kediaman.

Aku meletakkan plastik sebungkus nasi milik Ean di atas meja makan kami. Aku menjerang air panas untuk Ean. Sambil itu aku membuka aplikasi Whatsapp melihat kot-kot Alfa membalas mesejku. Dia cuma bagi bluetick padaku. Aku mengeluh kecil namun aku tidak pedulikan. Air yang aku jerang dah siap masak. Aku mengambil satu pek Milo 3 in 1 lalu membancuhnya untuk Ean.

Aku mendekati meja belajarku lalu sticky notes aku buka dan menulis sedikit pesanan untuk Ean.

Morning.
Ni aku ada beli nasi lemak untuk kau.
Ni Milo untuk kau. No Nescafe pagi ni sebab kau tidur lambat semalam.
Dah bangun call aku.
I'll wait your call.
Makan nasi ni. Jangan lupa.

From your sleepmate.

What?! The?! Fuck?!

Sleepmate?!

Benda sial apa aku tulis ni. Aku baru nak tukar tetiba telefon aku berbunyi. Pantas aku menjawab panggilan tanpa melihat siapa si pemanggil.

" Mana kau?" Soal Aryan padaku.

" Jap. On the way." Aku menampalkan sticky notes itu pada plastik nasi milik Ean. Lalu keluar daripada bilik kami.

GibranTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang