13 ( Author Pov)

516 13 7
                                    

Aryan melambai ke arah Gibbs yang berada di atas sekali di dalam auditorium. Gibbs hanya mengangkat muka lalu tersenyum pendek. Rasa mengantuk menyelubungi diri. Semalam kerana lewat makan, dia rasa kenyang dan tidak boleh tidur. Sehingga pagi dia terjaga. Dan apa yang dia hanya buat ialah menatap Ean daripada katilnya. Rasa macam orang psycho gamaknya.

" Asal muka barai pagi-pagi?" Tanya Aryan. Dia mengambil tempat di sebelah Gibbs. Hanya kertas A4 diletakkan di atas meja. Pen pun pinjam orang depan.

" Semalam tidur lewat." Kata Gibbs lalu menguap. Dia meletakkan kepalanya di atas meja.

" Kau buat apa sampai tidur lewat? Semalam kau pergi mana?" Tanya Aryan. Dia perasan riak wajah Gibbs lain selepas dia cakap yang dia mahu jadikan Ean sebagai kekasih hatinya.

" Tak pergi mana pun." jawab Gibbs malas. Tak perlu kot tanya kenapa dia berperangai seperti semalam kerana dia pun tidak ada jawapan untuk soalan itu nanti.

Aryan hanya memandang Gibbs yang sedang meletakkan kepalanya di atas meja. Aryan mengeluarkan phone daripada poket lalu menaip mesej kepada seseorang.

Gibbs melelapkan matanya. Mungkin hari ni lecturer mereka lambat masuk. Paham-paham sahaja lah. 10 minit Gibbs melelapkan matanya, phonenya berdering menandakan ada panggilan masuk. Gibbs mengangkat kepalanya. Dia mengeluarkan telefonnya lalu terkedu melihat nama seseorang yang sedang memanggilnya.

Ean Roomie

" Asal tak angkat?" Tanya Aryan. Dia mengerling lalu menarik senyuman sembunyi.

" Hmm." Gibbs menjawab panggilan daripada Ean.

" Dalam kelas."

"...."

" Tak masuk lagi. Kenapa??"

"..."

" Aku keluar." Balas Gibbs sebelum mematikan panggilan. Jantungnya rasa berdebar apabila mendapat panggilan daripada Ean.

" Kenapa tu?" Soal Aryan yang acah-acah bodoh.

" Ean. Dia kata nak jumpa sekejap. Cover aku jap. Aku keluar jap." Kata Gibbs lalu bangun daripada kerusinya. Aryan hanya menyoroti langkah Gibbs dengan senyuman.

" Good luck bro," bisik Aryan. Dia lah yang mesej Ean. Dia tahu Ean ada di sekitar auditorium sebab awal pagi tadi  Ean ada kelas di hadapan auditorium.

*****

Ean hanya menyepak batu kecil yang ada di hadapannya. Tadi dia menerima mesej daripada Aryan. Katanya Gibbs sepertinya mengantuk dalam kelas. Itu yang Ean bergegas membeli dua tin Nescafe serta dua jenis coklat yang ada perisa mint. Keduanya kesukaan Gibbs.

" Gibbs!!!" Jerit seseorang membuatkan Ean turut berpaling ke belakang. Ean mengetap bibirnya apabila Alfa yang datang pada Gibbs. Gibbs hanya menyambut Alfa dengan senyuman manis.

" Kau ni bodoh ke Ean? Dah sah-sah dia tu ada awek. Apa lah yang kau sibuk sangat." Gumam Ean sendirian.

Gibbs menegur Alfa yang sedang bercakap panjang lebar di  hadapannya.

" Alfa, I ada kelas sekarang. Boleh kita sembang nanti?" Tanya Gibbs. Sebenarnya dia perasan Ean yang berada tidak jauh daripadanya.

" Lunch hour, kita lunch sekali." Kata Alfa sambil mengoyangkan tangan Gibbs. Gibbs mula berasa rimas dengan tindakan Alfa serta ada dua orang perempuan mula menghampiri Ean.

Gibbs melorot turun tangan Alfa lalu bahu Alfa dipegang kejap.

" I call you later, dear." Kata Gibbs. Berkerut kening Alfa namun anggukan dia bagi pada Gibbs.

" Now pergi balik kelas you. I ada hal sikit."

Gibbs bergerak meninggalkan Alfa. Dia mendekati Ean yang sedang buat fan service itu.

" Thank you Abang Ean belanja air ni." Kata seorang gadis yang berambut hitam itu.

" Sesama. Dah rezeki korang."

" Nanti kami tag abang dekat IG." Kata seorang lagi gadis. Mereka berdua berlalu pergi.

Gibbs berdehem membuatkan Ean berpaling.

" Hai." Tegur Ean. Mukanya dibiasakan. Sabar Ean.

" Hai kenapa call?" Tanya Gibbs straight to the point.

" Ingat nak bagi air tadi. Aku tahu semalam kau tak boleh tidur."

" So mana airnya?"

" Dah bagi dekat orang lain. Aku nampak tadi Alfa dah bagi dekat kau. Tak payah lah banyak-banyak. Caffeine. Aku gerak dulu." Kata Ean membuatkan Gibbs terdiam.

Gibbs memandang langkah Ean yang pergi meninggalkan dirinya. Tiada cubaan untuk menahan Ean daripada pergi. Terasa bersalah. Mesti Ean sudah bersusah payah membelikan dia sesuatu. Tetapi dia yang tidak hargai.

Gibbs menundukkan pandangannya ke tin Nescafe di tangannya. Dia menggenggam sedikit. Dia berjalan ke arah tong sampah hitam yang disediakan di kawasan hallway di situ. Dia membuka penutup tong sampah itu. Tin Nescafe yang diberikan oleh Alfariza yang masih belum dibuka lagi dan masih sejuk dibuangkan ke dalam tong sampah itu. Tiada rasa lagi untuk minum.

Gibbs berjalan malas ke arah bilik kuliah. Dia mengeluarkan handphone daripada poketnya. Satu mesej ditaip ringkas lalu di hantar kepada seseorang.

Sorry.
Can't lunch together.
Got a lot things to do.

Send kepada Alfariza.

GibranWhere stories live. Discover now