06

608 11 0
                                    

Aku melihat Gibbs sedang memandang ke arahku. Aku menundukkan pandangan lalu makan keuy teow sup yang tetiba rasa tak sedap.

Fuck.

Makanan ni buat aku nak muntah bila Gibbs dan Alfa datang dekat meja kami.

" Hai korang.." tegur Alfariza. Dia tak kekwat pun walaupun dia tu diva kampus ni. Or dia memang nak tegur kami? Ojan mengangkat tangan separa bahunya.

" Hai Alfa. Gibbs. Baru nak makan ke?" Tanya Ojan. Menjadi wakil kami. Tak wakil aku sebenarnya. Aku langsung tak boleh nak telan sup ni. Babi. Ada tauge dalam sup aku hirup tadi. Aku dah memang benci tauge. It is lingering around my throat.

" Haa." Jawab Gibbs. Aku menelan dengan payah sup dan tauge tu. Bodoh betul. Aku terlupa pesan yang aku tak nak tauge.

" Kami pergi makan dulu tau." Kata Alfa lalu menarik tangan Gibbs dengan lembut.

" Jap." Gibbs menahan tangan Alfa. Kami semua mengangkat kepala. Hairan kenapa Gibbs masih tak nak blah daripada meja kami.

" Buang tauge tu dulu sebelum kau makan, Ean." Pesan Gibbs. Dia menarik senyuman hingga ternampak gigi taringnya yang menjadi pujaan aku selama ini. Rahang On jatuh. Namun pantas ditolak tutup oleh Meor yang berada di sebelahnya.

Aku hanya mengangguk. Separuh hati aku senang. Separuh lagi kata aku tak patut suka pun. He is a straight guy after all.

Mereka berempat memandang aku setelah Gibbs dan Alfa pergi meninggalkan meja kami.

" Aku tahu kau tak suka tauge. Tapi kenapa Gibbs nak concern sampai macam tu?" Tanya Ojan. Aku mengangkat bagi tanda tak tahu. Aku pun pelik dengan dia tu. Kenapa nak buat baik sampai macam tu sekali. Tak. Depan Alfa dan kawan-kawan aku.

Dan aku mula teringat apabila dia membeli makanan untukku. Makanan yang memerlukan tauge akan tak ada tauge langsung dalamnya. Aku tak pernah bagi tahu dia yang aku tak suka tauge.

What the fuck?

" Mungkin dia perasan kot aku tak makan tauge. Tu yang dia pesan." Aku cuba bersangka baik. Keuy teow sup di hadapanku tak mampu aku telan lagi. Perut aku rasa sebu sebab rama-rama mula buat family gathering dalam perut ku.

Pen biru jenama Pilot tu aku putar 180 darjah. Sama macam aku putar kayu drum. Ingatan aku melayang pada kenangan aku dan Gibbs waktu kami keluar makan malam.

Malam itu aku dan Gibbs keluar pergi makan menaiki keretaku. Aku memang bawa kereta datang kampus. Sesampai di kedai makan, kami berdua turun dan memilih tempat yang sesuai.

Aku duduk kemudian baru Gibbs duduk.

" Aku selalu makan kat sini." Kata Gibbs. Aku mengangguk.

" Aku kali ni baru kali kedua."

" Selalu makan kat mana?"

" Kat Jan Corner tu. Raf suka lepak situ."

" Haa. Air dia cun gak."

Aku mengangguk. Aku memandang meja dan terlihat telefonnya atas meja. Aku menepuk dahi.

" Gibbs.. aku tertinggal handphone dalam kereta. Jap nak pergi ambil. Kau order lah dulu. Nanti aku order." Aku bangun daripada kerusiku dan meninggalkan kawasan meja setelah mendapat persetujuan daripada Gibbs. Aku pergi ke keretaku lalu mengambil handphone yang tertinggal dalam dashboard kereta.

Sambil aku berjalan ke meja kami tadi, aku mula tersenyum. Ni merupakan kali ketiga kami makan bersama-sama. Selalu ditapaukan dekat aku tapi tu pun bila aku minta tolong.

Aku kembali ke meja kami tadi.

" Dah ambik phone?"

" Dah. Tertinggal dalam dashboard. Kau dah order ke?" Soalku. Aku berkira-kira untuk bangun dan order di kaunter hadapan.

Tetiba lengan aku ditahannya. Aku tergamam. He touch my hand.

" Akh dah order dah untuk kau."

" Kau order apa?"

" Adalah. Kau mesti suka punya."

Setelah 15 minit menunggu, makanan kami pun sampai. Dia memesan nasi goreng ayam dan teh ais cincau untuk dirinya manakala aku. Keuy teow kungfu dan tea o limau suam.

" Keuy teow tu tak pedas pun. Aku pesan jangan pedas. Nanti kau sakit perut malam nanti. Aku pesan jugak extra ayam. Jangan ada seafood. Sebab kau alergik seafood. Tea o limau suam tu sebab kau tak minum ais malam-malam sebab nak jaga suara kan. Ok tak order aku?" Terang Gibbs membuatkan aku tergamam. Macam mana dia tahu semua tu sedangkan kami baru keluar tiga kali. Kalau aku pesan dekat dia pun, aku selalu minta keuy teow sup sahaja.

" Dah makan. Tak payah tengok macam tu. Aku dah kebulur ni." Katanya. Doa makan dibaca olehnya lalu dia menyuap nasi ke dalam mulutnya. Aku menyuap keuy teow tu ke dalam mulut.

Ya.

Memang tak pedas. Langsung. Dan memang ada extra ayam dan tak ada seafood. How come??

And literally, I like it.

Aku tersedar apabila bahu aku ditepuk oleh Raf.

" Berangan ke? Jom. Kata nak pergi cafe Kak Jie.." kata Raf . Aku mengangguk.

GibranWhere stories live. Discover now