Merah muka masing-masing menahan pedas. Hah! Tu lah. Akal panjang lagi nak buat Ramen Challenge bagai. Sekali muka macam ayam tertelan biji getah. Aku memeluk tubuhku. Wajah Aryan aku pandang.
" Sedap?" Tanyaku. Aryan menarik keluar tisu daripada kotak. Peluh yang merembes di dahi dilapnya kasar.
" Kau tak payah bising lah." Marah Aryan selepas minum segelas susu Dutchlady. Aku menjuihkan bibir. Jari aku masih masih mengscroll Instagram. Nasib baik aku tak join dorang ni buat kerja gila. Kang tercirit sapa nak tolong.
Peha aku disentuh. Aku berpaling. Gibran meletakkan tangannya di atas pehaku.
" Tuang kejap susu tu." Pinta Gibbs sambil menyuakan gelas kosong padaku. Aku menarik sekotak susu Dutchlady lalu dituangkan ke dalam gelas miliknya. Seraya itu dia ambil lalu meminumnya.
Aku melihat wajahnya yang sedikit merah sebab mungkin kepedasan.
" Nak lagi ke?" Tanyaku. Gibbs menggeleng.
" Sumpah. Ni last time aku join korang makan ni. Gila pedas." On mengibaskan wajahnya. Aku ketawa senada. Mana tidaknya. Tangan Gibbs masih di pehaku. Abang oii. Tak reti nak angkat ka?
" Aku pun. Sumpah weh." Kata Meor. Aku tersengih.
" Weh. Aku ada jumpa satu maggi ni. Maggi pedas giler." Ujarku sambil menayangkan story di Instagramku. Ramai-ramai menjeling tajam ke arahku. Tanda bengang dengan kataku.
" I'm telling the truth, ok." Aku cuba menangkan diriku. Telefon aku yang berada di tangan ditarik oleh Gibbs. Aku berpaling. Jarinya pula mengscroll Instagram yang aku tengok tadi.
" Why not kita try? Nampak macam best." Katanya.
" GIBBS!!!" Marah mereka. Aku dan Gibbs sabung ketawa. Riuh dalam studio petang itu.
*****
Satu sachet Milo dibuka lalu aku tuangkan ke dalam mug kosong. Lapar. Tadi mana ada aku join dorang tu buat kerja gila. Aku makan pun tak. Air panas yang sempat aku jerang tadi aku tuang ke dalam mug. Berasap mug aku.
Klik!
Pintu bilik air dibuka daripada dalam. Gibbs keluar sambil menggosok rambutnya yang basah. Badannya separuh bogel kerana dia keluar pakai brief sahaja.
Shit!
Nyaris terlepas mug daripada tanganku. Aku membawa mug itu pergi ke meja belajar. Laptop Acer milik aku dinyalakan. Aku cuba buat biasa. Padahal dalam jantung ni dah nak terkeluar.
" Minum Milo ja?" Tegurnya sambil menyandarkan tubuhnya pada mejaku. Dah lah pakai t-shirt sleeveless dan seluar pendek dengan tangan bersilang di dada.
Don't you know you have way to be sexy?
Aku menggangguk.
" Nak ke? Aku boleh buatkan." Aku mengofferkan diriku. Ok offer untuk bancuhkan air. Mana tahu lapar ke?
Gibbs menggeleng.
" Tak. Aku nak keluar kejap lagi. Jumpa Alfa." Kata Gibbs. Mug aku yang berada di atas meja dicapainya lalu dicicip sedikit. Membulat mataku memandangnya. Gibbs cuma sengih lalu bergerak ke katil aku.
Katil aku?
" Gerak aku pukul 6 petang boleh?" Pintanya. Bantal yang aku buat letak kepala diambil satu lalu dipeluknya. Satu lagi dia letakkan kepalanya.
" Boleh. Gibbs. Kau nak tidur atas katil aku ke?" Tanyaku berhati-hati.
" Haa. Aku suka bau syampu kau." Jawabnya sambil memejamkan matanya. Riak muka aku berubah.
Biar betul mamat ni?!
Gibbs, please don't tease my heart. Aku takut aku tak kuat.
Tak sampai 10 minit Gibbs dah ghaib. Aku hanya memerhati dari jauh. Memilikimu adalah benda yang tak mungkin aku dapat. Mencintaimu dalam diam adalah bonus buat aku. Aku berdehem perlahan. Aku memandang skrin laptop aku. Kosong tatapan aku.
Ting!
Ada mesej masuk. Aku membuka phone aku.
Satu mesej dari Zakwan.
" Free tak malam nanti? Jumpa kat bilik Cempaka. "
Aku hanya membalas emoji tanda okay. Aku kembali semula membuka folder assignment aku. Ada assignment perlu aku siapkan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gibran
RandomMacam mana kalau kau crush dekat roommate kau sendiri?? Boleh seksa nafas kalau hari-hari kalau begitu. And macam mana kalau crush kau straight tapi layan kau macam .... dia. " We need to talk, Ean." - Gibran . " I like you but I know you are not...