" Persamaan x...." telinga aku hanya menangkap separuh sahaja penerangan Prof Tasnim. Siapa lah punya cerdik letak kelas Maths petang-petang gini. Dah lah dekat luar tu hujan sekali dengan air cond dalam auditorium ni sedingin kutub antartika. Memang membuai lah mata ni. Aku mengeluarkan handphone daripada poket. Chord lagu 'Kesetiaan' daripada Arwah Siti Sarah aku search di google. Lagi dua minggu ada program under Akasia. Meor paksa kitaorang masuk. Ikutkan dah malas dah. Bahu aku dicuit daripada belakang. Aku berpaling. Zaquan tersengih memandang aku. Sehelai kertas dihulurkan kepadaku.
' Malam nanti free tak weh?'
Zaquan menanyakan soalan kepadaku. Adalah tu nak minta tolong apa-apa. Sebab Zaquan ni dia presiden kelab Layar Opera. Untuk program under Akasia nanti, dia akan mengarahkan persembahan teater.
' Free.'
Aku memulangkan kertas kepadanya kembali. Bukan tak nak berbual sekarang . Tapi kelas ni terlampau sunyi. Untuk berbuat bunyi memang akan jadi tumpuan.
' Nanti datang bilik Cempaka pukul 9.30 malam.'
Aku mengangkat tangan tanda 'okay' tanda membalas notes dari Zaquan tadi.
***
Aku keluar daripada auditorium lalu memandang langit yang masih hujan. Sekarang sudah tiba musim hujan dah ke ni? Nak redah karang lencun. Baju hujan pun tak ada spare dalam seat motor aku. Selalu spare je. Tapi tadi lupa. Raf awal lagi cabut dah. Katanya nak pi dating. Pandai dah dia sekarang pun. Dapat awek mana entah. Junior.
" Huh." Aku mengeluh. Kalau lah boleh balik bilik, mandi pastu baring-baring kejap pun best ni.
" Tak balik lagi?" Tegur seseorang daripada belakang aku. Aku kenal suara itu. Zya. Ex aku. Malas Aku hendak memusingkan kepala. Dia berdiri di sebelah aku.
" Awak tak balik lagi ke?" Tanya Zya sekali lagi. Aku sengaja mengendahkan pertanyaan dia.
" Ean. Saya tanya ni."
" Iya. Belum. Tengah tunggu hujan reda ni." Senada jawapan aku. Aku diamkan diri. Adakah aku patut berbaik ja dengan dia supaya aku boleh lupakan Gibbs?
" Ooo. Ean. Awak still marah saya ke?"
" Zya." Aku berpaling memandangnya. Dia masih cantik macam dulu. Matanya yang hazel serta rambutnya yang lurus menambahkan kecantikan kepadanya. Maklumlah maknya tu model terkenal. Memang mewarisi kecantikan maknya 100%.
" Please. Saya tak nak ungkit benda lama. Saya dah lupakan hal tu." Ujar aku dalam nada agak keras. Sama macam Alfa. Suka mengungkit hal lama. Tadi aku rasa nak berbaik balik dengan si Zya ni. Dah jadi macam ni aku sanggup redah hujan ja.
Aku keluar daripada tempat aku berteduh tadi lalu ke parking motorsikal. Aku menghidupkan motorsikal lalu meredah hujan yang semakin lebat ni balik ke hostel.
***
Aku sampai di hostel memang basah teruk. Nasib baik aku tak bawa laptop hari ni. Cuma handphone ja aku simpan dalam seat motor. Aku naik ke bilik aku dan Gibbs. Aku memandang di hadapan pintu bilik kami ada kasut Gibbs.
Balik awal ke dia ni? Tak ada kelas ke? Aku malas ambik pusing lalu masuk ke dalam bilik. Aku terpandang Gibbs yang sedang lena di atas katilnya. Nyenyak betul lena tu. Aku mengangkat bahu. Aku masih lagi terasa dengan kejadian pagi tadi. Buat apa aku nak terasa pulak? Dia memang straight kan. Bodohnya lahh aku ni.
Aku menanggalkan sweater aku yang lencun tu lalu dimasukkan ke dalam baldi. Mendobi lah jawabnya.
Aku menggapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Risau pulak demam. Lama tak demam ni.Setelah selesai mandi, aku keluar daripada bilik air hanya memakai tuala separa pinggang. Lupa nak bawa masuk baju tukar. Lagipun Gibbs tengah tidur. So tak ada lah, aku segan sangat nak half bogel macam ni keluar daripada bilik air.
" Never see you half naked like this??" Suara husky menegur aku. Terus aku berlipat maut memusingkan kepala ke arah katil Gibbs. Ternyata lelaki itu sudah bangun daripada tidurnya.
Aku menelan air liur. Babi betul. Kenapa lah Kau bangun. Bangang betul lahhhhh!!!!!! Aku menjerit dalam hati. Tapi muka aku masih diselambakan ke arah loker. Mahu cepat-cepat pakai baju.
" So what? Aku tak ada badan ketak-ketak macam kau. Skinny ja pun." Balas aku bagi menghilangkan rasa malu ni.
"Meaning that. Kau selalu usha badan aku lah kan. So that you know badan aku ni ada ketak-ketak. " Ujar Gibbs. Matanya memandang tepat ke arah aku. Keningnya diangkat double jerk.
Fuck lah kau Gibbs ni.
Tiba-tiba aku terbersin. Mematikan suasana kekok antara kami.
" Kau okay ke?"
" Tadi kena hujan. " Terus aku menggapai baju tshirt bagi menutup tubuhku mula kesejukan.
" Jom dinner sekali. Lapar lah. Seharian aku tak makan. " Ajak Gibbs.
Aku berpaling ke arah dia.
" Kenapa tak makan?"
" Tunggu kau. Nak makan dengan kau sekali." Ujar Gibbs selamba. Dia bangun lalu masuk ke dalam bilik air. Aku terkedip mata. Cuba menghadam situasi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gibran
RandomMacam mana kalau kau crush dekat roommate kau sendiri?? Boleh seksa nafas kalau hari-hari kalau begitu. And macam mana kalau crush kau straight tapi layan kau macam .... dia. " We need to talk, Ean." - Gibran . " I like you but I know you are not...