Aku berbaring di atas katil sementara menunggu Tuan Putera Gibran siap mandi. Sambil-sambil itu tangan aku sibuk mengscroll Tik tok bagi menghilangkan rasa mengantuk ni.
" Alamak!!" Dengar suara Gibbs mengeluh di dalam bilik air. Dah kenapa pulak mamat tu?
" Ean!!! Ean!! Minta tolong boleh tak?" Laung Gibbs dari dalam bilik air. Aku bangun daripada pembaringan aku.
" Kenapa?"
" Ambikkan towel mandi aku jap! Tinggal lah pulak." Aku menelan air liur. Bodoh lah kau ni Gibbs. Dah nak mandi tu bawa lah siap-siap. Iman aku ni dah senipis kulit bawang Holland.
Aku bangun daripada katilku lalu ke tempat jemur tuala kami berdua. Aku mencapai tualanya lalu berjalan ke arah bilik air dengan penuh rasa berdebar. Aku mengetuk pintu bilik air.
Aku terdengar bunyi kunci bilik air dibuka daripada dalam. Aku menelan air liur sekali lagi. Jangan lah kau keluar dengan tak pakai apa-apa. Aku nampak Gibbs menjengulkan kepalanya.
Dia tersengih tanpa rasa bersalah. Dia menghulurkan tangan untuk mencapai tualanya di tangan aku.
" Aku boleh ja keluar bogel begini. Tapi risau kau je lah. Ketumbit mata nanti. " Seloroh Gibbs. Aku menjulingkan mataku naik atas.
" Cepat lah. Aku lapar ni. " Aku cepat-cepat beredar daripada depan bilik air itu. Aku terus duduk atas katil. Sengaja menyibukkan diri bermain handphone.
Aku dengar loker Gibbs dibuka.
" Kau nak makan dekat mana?"
" Area sini ja. Kau ada hal ke?"
Aku menggangguk.
" Aku nak pergi bilik Cempaka. Zaquan ajak jumpa. Lagi dua minggu ada program under Akasia kan. Alfa kau join sekali kan??" Aku berpaling ke arah Gibbs.
Gibbs mengangkat bahu.
" Entah. Aku satu hari ni tak contact dia." Nada Gibbs kedengaran keras sedikit. Macam cuba mengelak daripada sebut tentang Alfa. Gibbs menutup pintu lokernya sedikit kasar.
" Dah jom. Naik kereta aku. " Ajak Gibbs. Aku bangun mengikut langkah Gibbs yang laju meninggalkan aku di belakang.
" Nanti lepas makan, drop off aku dekat bilik Cempaka tau." Pinta aku.
" Hmm."
Hanya itu balasan yang aku terima.
Gibbs memberhentikan keretanya di hadapan kedai makan yang tidak jauh daripada kampus kami. Yang aku tahu tempat ni tempat favourite Aryan. Tempat lepak dia dan Gibbs.
" Kau tak kisahkan makan dekat sini?" Soal Gibbs. Dia memandang ke arah aku. Aku menggeleng.
" Tak pun. Aku okay ja makan mana-mana. Asalkan kenyang di perut." Jawab aku sebelum keluar daripada kereta. Aku mengikut langkah Gibbs yang laju mencari meja kosong.
Gibbs menjumpai satu meja yang kosong. Jauh sedikit daripada orang. Aku tidak kisah sebenarnya. Lagipun identiti sebagai penyanyi kolej membuatkan aku sedikit popular. Aku sebenarnya agak pemalu. Most kepada introvert.
Gibbs menguis tangan aku.
" Berangan ka? Nak makan apa?"
" Hah?" Aku tersentak.
" Ean nak makan apa?"
Gibbs menyebut namaku membuatkan aku berkerut kening.
Gibbs menarik sengih.
" Nak makan apa? Aku tengah lapar ni."
" Sini ada kuey teow tak?"
Gibbs mengangkat double jerk kepadaku.
" No keuy teow this night. Dah makan nasi ke belum hari ni?" Tanya Gibbs. Aku menggeleng.
" Makan nasi." Gibbs bangun daripada kerusi lalu ke meja kaunter pembayaran sambil membawa kertas order kami . Aku belum sempat order apa- apa terus dia menghantar order. Aku menjuihkan bibir.
Jangan lah buat gentleman sangat. Tahu tak jantung ni sekarang dah tak reti nak bedegup secara normal dah. Kalau pergi jumpa doktor, mahu doktor claim aku ada masalah jantung tak normal.
Gibbs kembali dengan muka tersengih. Dapat nombor awek kaunter tu ke?
" Kau dah kenapa?" Tanya aku. Pelik tengok muka dia. Yang tersengih sangat dah kenapa.
" Tak ada apa. Cuma aku rasa macam tengah pergi dating. Macam tengah belanja girlfriend makan ja."
Aku berkerut kening. Alfa ada dekat sini ka? Kalau ada aku nak cabut balik ja. Malas nak ganggu pasangan merpati dua sejoli tu berdating .
" Alfa girlfriend kau ada sini ke?" Tanya aku.
Gibbs mengangkat kening.
" Alfa apanya."
" Dah tu. Kau cakap macam tengah pergi dating. Asal Alfa ada sini ke? Pergi lah kat meja dia."
Gibbs menarik kerusi rapat ke meja. Tubuhnya dirapatkan ke meja. Dia menongkat tangan di bawah dagunya yang runcing dan sudah mula ada janggut sejemput. Matanya menikam padangan pada mataku.
" Bukan Alfa, Ean. Tapi aku cakap pasal kau. Rasa macam tengah pergi dating dengan kau. " Rendah nada dia sambil memandang ke arah aku.
Gibbs menurunkan tangannya daripada menongkat dagu. Dia menarik nafas sedalam yang boleh.
" Aku rasa aku sayang kau. Lebih daripada seorang kawan."

ANDA SEDANG MEMBACA
Gibran
CasualeMacam mana kalau kau crush dekat roommate kau sendiri?? Boleh seksa nafas kalau hari-hari kalau begitu. And macam mana kalau crush kau straight tapi layan kau macam .... dia. " We need to talk, Ean." - Gibran . " I like you but I know you are not...