Aku teringat kata-kata Aryan pada Ean tadi.
" Nasib baik aku ni straight tau, Ean. Kalau tak dah lama aku ajak kau couple tahu."
Fuck?!!
Asal aku rasa bengang sangat ni. Stereng kereta aku tumbuk kasar. Aku akui Aryan memang kawan Ean daripada kecil tapi entah. Aku macam tak boleh nak lepaskan Ean.
Aku menyandarkan tubuhku pada kerusi kulit di dalam keretaku. Entah punya rasa bengang tadi, aku tak ikut pun dorang nak pergi dinner sama-sama. Aku rasa aku tak boleh nak tengok keakraban Aryan dan Ean. Rasa nak tumbuk muka Aryan. Macam nak cakap dekat Aryan.
Kau jangan senyum dekat Ean.
Aku meraup kasar wajahku. Serabut. Entah Ean itu terlampau istimewa bagiku. Aku keluar daripada kereta lalu duduk di bonet hadapan kereta. Aku mengangkat wajahku memandang langit. Bintang yang penuh di dada langit membuatkan aku berasa sedikit lega.
Aku memandang jam tanganku. Sudah melepasi jam 12.30 pagi. Lama betul aku berada di sini. Tadi apabila perasaan marahku menyerang diriku, aku terus memandu ke sini. Sudah hampir 3 jam aku berada di sini.
Aku mengeluarkan telefon daripada poket seluar. Sengaja aku biarkan telefonku dalam mod silent. Tak nak diganggu.
10 Miss called daripada Alfa.
5 Miss called daripada Aryan.Tiada miss called daripada Ean. Entah kenapa hati aku dirundum rasa kecewa. Kenapa aku rasa macam ni? Aku membuka aplikasi whatsapp. Ada mesej daripada Ean membuatkan aku tersenyum kecil.
Ean Roomie
Gibbs.
Ada mana?
Date dengan Alfa ke?
Balik lambat ke?
Kalau balik lewat dalam pukul 2 and above aku nak kunci pintu.
Kalau sekarang aku tunggu..'Kalau sekarang aku tunggu..'
Aku menarik senyuman kecil. Comel. Pantas aku kembali dalam kereta dan pandu menuju kolej kediaman.
Aku membuka tombol pintu apabila aku nampak cahaya masih menyala di dalam bilik kami. Aku masuk dan memberi salam.
Aku memandang meja belajar. Ean masih tekun membuat kerja di laptopnya sambil memakai headphone. Haishh. Buka lagu kuat sangat ke sampai tak dengar aku masuk. Aku berjalan mendekatinya lalu bahunya aku cuit. Pantas dia berpaling. Dia mengukirkan senyuman untukku. Headphone ditanggalkan. Aku duduk di birai katilnya. Ean berpaling ke arahku. Mukanya masih dengan senyuman.
Fuck! Kenapa hati aku rasa tak sedap ni? Ke aku sahaja yang perasan.
" Dah makan ke?" Tanya Ean. Lembut kedengaran suaranya. Aku menggeleng. Riak wajahnya seakan terkejut.
" Aku tak tapau kat kau tadi pun. Nak aku belikan ke sekarang?" Dia bingkas bangun daripada kerusi lalu menuju ke lokar. Aku menarik pergelangan tangannya.
" Tak payah. Aku makan maggi je."
" Aku buatkan nak? Kau pergi mandi dulu," katanya membuatkan aku tersenyum. Aku bangun daripada birai katil lalu mengambil tuala mandiku manakala Ean pulak sibuk menjerang air. I like this view. Sumpah.
Aku masuk ke dalam bilik air lalu mandi. Aku keluar setelah siap mandi.
Aku nampak Ean sedang menuangkan air panas ke dalam mangkuk. Dia berpaling ke arahku.
" Nak minum air apa? Just hot water. Aku tak tahu nak cari ais kat mana malam-malam macam ni." Katanya.
" Nescafe O might." Jawabku lalu aku menuju ke lokar. Sleeveless kelabu serta short pants hitam dikeluarkan lalu disarungkan ke tubuhku.
Setelah siap pakai baju, aku ke meja kami. Aku duduk lalu memandangnya yang sibuk membancuh air.
" Tu maggi dah siap. Makan lah nanti kembang." Katanya lalu meletakkan mug air di hadapanku.
" Teman aku makan boleh?" Pintaku. Ean hanya tersenyum lalu menarik kerusi di hadapanku.
" Gibbs.." panggil Ean membuatkan aku mengangkat wajah ke arahnya. Aku berhenti menyuap maggi ke dalam mulut. Aku memberi tumpuan sepenuhnya pada Ean.
" Kau dengan Alfa ok?" Soal dia. Aku menjilat bibir apabila terasa kering. Nak sahaja aku menjerit pada Ean. Now is your time with me. Please use it well.
" Kenapa?" Soal aku keras. Tanda tak suka soalan dia.
Ean menggeleng.
" Nothing.." Dia menjawab dan menggigit bibir. Itu membuat aku tak keruan. Stop bitting your lips dear. You make me horny.
Confirm. Aku dah gila.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gibran
RandomMacam mana kalau kau crush dekat roommate kau sendiri?? Boleh seksa nafas kalau hari-hari kalau begitu. And macam mana kalau crush kau straight tapi layan kau macam .... dia. " We need to talk, Ean." - Gibran . " I like you but I know you are not...