22

539 10 2
                                    

"Aku nak cakap something dengan kau."

" Hmm." Aku duduk di atas katilku.

Gibbs mengeluh. Apa yang berada dalam kepala hotak dia tu?

" Cakap je lah ." Aku merengus.

" Are you gay??" Soal Gibbs.

Aku terkedu. Namun senyuman kecil muncul di bibirku.

" Yes .. I'm a gay.. Glad you know it." Aku bangun daripada katilku. Thanks Angah sebab tolong tunaikan permintaan aku.

Dari sudut hujung mataku, aku ternampak Gibbs meraup wajahnya.

Aku gay. Dia runsing apa hal? Aku menutup pintu bilik air. Aku menyandarkan tubuhku pada dinding bilik air. Lutut aku jadi lemah. Tiba-tiba air mataku keluar. This is the end. Tiada lagi peluang untuk aku meluangkan masa dengan Gibbs. Mesti dia akan letak border antara kami. Tiada lagi Gibbs yang caring pasal aku. Gibbs yang sentiasa happy dengan aku. Aku kena kuat. Ni jalan yang aku ambil. Aku yang sendiri mahu expose pada Gibbs.

Aku berdiri semula lalu mandi. Aku mahu ke Ovean Bar. Malam ni ada jamming. Setelah siap aku keluar dari bilik air, bilik kami kosong . Tiada tanda-tanda Gibbs. Mungkin keluar kot. Aku berjalan ke almari baju. Sehelai t-shirt putih nipis aku kenakan pada badanku. Diluarnya disarungkan dengan sweater putih. Seluar hitam menjadi pilihan aku malam ni.

Setelah siap , aku keluar ke Ovean Bar menaiki motorsikal milik aku.

***

" Kau okay?" Tanya Abang Man. Pemilik Ovean Bar ni. Dia dan Kak Mila adalah suami isteri. Yang running this Bar. Bar ni bukan ada minum mabuk pun. Just kedai makanan western yang murah-murah dan ada stage untuk kami menyanyi. Ni lah kedai yang paling dekat dengan kolej kami.

" Okay je bang. Yang lain tak sampai lagi ka?" Tanya ku. Janji pukul 8. Sekarang dah 8.10 malam. Nak buat sound check lagi.

Haih! Nak kena Dorang ni.

" Ada tu atas pentas. Ean yang lambat. Datang-datang aja terus termenung. " Ujar Abang Man padaku sambil menjuihkan bibir ke arah stage. Kelihatan Raf dan Meor tengah duduk setting drum dan bass.

" Saya pergi dulu ya, bang." Aku meminta diri untuk ke pentas.

" Lambat?" Tanya On. Aku menarik sengih.

" Aku duduk kat situ tadi. Tak sedar. " Ojan datang lalu menepuk bahuku.

" Tak apa lah. Semua dah settle. Tinggal nak menyanyi je. Kau okay ke Ean? Nampak macam tak sihat ja." Ujar Ojan padaku.

Aku mengangguk. Nampak sangat ke muka aku tengah dilanda ribut taufan?

" Okay. Maybe."

" Gibbs dah tahu ke?" Tanya Meor membuatkan aku berpusing lipat ke arah dia.

" Tahu apa?"

" Pasal kau." Aku mengangguk.

" Oooh.. no wonder lah. Kalau kau tak okay, kita batalkan je lahh Malam nii." Cadang Raf.

Aku menggeleng. Tak perlu sampai batalkan jamming malam ni. Sudah lama kami tak perform. Malam ni pulak malam terakhir untuk semua pelajar ada sebelum balik untuk cuti mid sem.

Aku menaiki pentas.

" Kita buat sound check last time boleh tak?" Pinta aku kepada ahli ROMEO. Dorang setuju sebab masing-masing sudah lama tidak beraksi.

" Lagu?"

" Usual. " Ujarku. Meor mula bermain not pertama. Aku senyum. Lagu ' Mungkin Nanti' dari Peterpan.

Saatnya ku berkata
Mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua
Kuyakin inilah waktunya

Tiba-tiba mataku tertumpu ke satu arah. Satu kelibat yang aku cukup kenal.

Gibbs!

Dan matanya memandang tepat ke arahku.

Aku jadi sedikit gugup. Kenapa dia datang? Ada apa? Nak cakap dia nak pindah bilik ke ?

Aku dah sedia.

Bersedia untuk mengundurkan diri.

GibranTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang