𝐋𝐚𝐛𝐨𝐫𝐚𝐭𝐨𝐫𝐲.

85 6 0
                                    

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Bertemu dengan seseorang, lalu berpisah. Itu merupakan hal yang wajar bagi seorang manusia. Tidak ada yang mampu mempertahankan janji selamanya. Menderita, kesakitan dan sengsara itu bahagian daripada kehidupan.

Kisah setiap manusia itu bahkan tertulis dengan sangat berbeza. Ada pun yang sama, mungkin itu adalah salah satu bentuk persamaan yang sangat susah untuk ditemui.

Kesakitan, kesengsaraan atau perasaan itu tidak ada siapa yang pernah tahu bagaimana ia bakal berakhir. Setiap langkah yang diambil oleh seseorang itu terkadang hanya suatu paksaan atas dasar satu keperluan.

Keperluan.

Cinta? Pengorbanan? Atau kebahagiaan? Atau.. keamanan?

.
.
.

" HAH?!".

Aera terbangun daripada tidur nya dalam keadaan yang sangat cemas. Peluh di dahi nya itu sangat banyak seolah-olah dia baru sahaja lepas berlari jauh.

" Mimpi itu lagi..". Dia kemudian bangun perlahan-lahan dan melihat ke arah jam yang masih menunjukkan jam nya masih awal.

Peluh di dahi nya itu kemudian dia lap. Sambil memikirkan tentang apa yang dia baru sahaja alami dalam mimpi. Setelah itu, dia kemudian bangun dan membuka tingkap bilik nya supaya mendapatkan pancaran daripada matahari. Namun tidak di sangka-sangka pula, dia melihat Taeyong yang sedang bergegas keluar daripada pagar rumah agam milik Taeyong itu.

" Ke mana agak nya dia mahu pergi..". Tanya Aera sendirian yang berasa ingin tahu.

Daripada tingkap itu sendiri, benar-benar terlihat dengan sangat jelas pemandangan di kawasan tersebut yang menurut Aera sangat cantik sekali. Kalau waktu malam apatah lagi.

" Sangat berbeza dengan bawah tanah itu..".

Tok! Tok! Tok!

Aera yang benar-benar sangat menikmati pemandangan itu terkejut apabila mendengar suara ketukan di pintu bilik nya.

Dia kemudian bergegas berlari ke pintunya untuk melihat-lihat siapa yang ada di luar sedang mengetuk pintunya.

" Na Jaemin?".

" Fuh~ aku fikir kau masih lagi tertidur".

" Tidak~ aku sudah lama bangun".

Jaemin yang tersenyum seperti ada sesuatu yang ingin dia katakan itu kemudian tiba-tiba sahaja menariknya ke dalam.

" Eh?!".

Dia menarik Aera sehingga ke tingkap bilik Aera.

" Kenapa Na?". Aera pada saat itu sebenarnya tahu ada sesuatu di dalam baju Jaemin. Barang atau apa, dia juga tidak tahu itu apa tapi pada saat itu, dia merasa seperti Jaemin ini benar-benar tidak pandai dalam menyembunyikan sesuatu.

" Aku tahu aku kelihatan seperti orang bodoh saat ini, tapi ini". Lalu dikeluarkan sebuah pasu yang masih ada tumbuhan yang masih belum tumbuh besar lagi.

" Wahh~ ini tanaman apa Na?".

Jaemin yang tersenyum dengan sangat lebar itu kemudian meletakkan tanaman tersebut di tingkap bilik Aera itu.

" Mulai sekarang, kau jaga tumbuhan ini. Aku tidak tahu ini apa sampai lah dia membesar. Kita punya 2 bulan sebelum bergerak ke kem. Apa itu cukup?".

Aera langsung mengangguk. Tumbuhan itu kemudian dia amati dengan sangat fokus sekali. Memandangkan baru sahaja tumbuh dia sudah menyematkan di hati nya bahawa dia bakal menjaga tanaman tersebut dengan baik sekali.

SELCOUTH || DREAM 2Where stories live. Discover now