𝐂𝐨𝐦𝐩𝐚𝐧𝐢𝐨𝐧&𝐅𝐚𝐭𝐞

61 6 0
                                    

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Setelah mengetahui hal Aera daripada Jaemin. Mark membuat keputusan untuk keluar sebentar dan menemui teman-temannya yang lain dan memberitahu kan hal yang sama kepada mereka.

Buatnya, yang lain juga berhak tahu tentang hal itu.

Mereka juga sebahagian daripada Aera. Jadi mereka harus tahu.

Walaupun masih ada tersisa kekesalan serta bingung dengan apa yang berlaku secara tiba-tiba tetap sahaja digagahi pergi buat menemui teman-temannya. Jaemin pula tidak mahu ikut kerana begitu lah.

Dia dengan perasaan nya itu benar-benar tidak dapat dielakkan dengan pelbagai cara sekalipun.

Kecewa kerana Aera memilih untuk tidak pulang itu benar-benar dia tunjuk kan seboleh-bolehnya. Jaemin itu terkadang sukar untuk difahami bahkan Mark yang sudah bertahun-tahun hidup dengan nya juga tidak faham dengan kemahuan Jaemin.

Sesampai sahaja di tempat kebiasaannya mereka meluangkan masa bersama-sama itu, Mark dengan riak wajah nya yang dikawal supaya tidak terlihat terlalu menonjol emosinya itu masuk dengan perlahan-lahan.

" Mark dah sampai". Ucap Haechan.

Saat itu hanya mereka berempat sahaja. Jisung pula tidak ikut serta kerana ada hal katanya. Bora pula memang sengaja tidak diajak kerana dia tahu Bora lah orang yang paling senang dengan hal tersebut.

" Kalian sudah lama sampai?".

Mereka menggeleng." Tidak juga, ada apa-apa kah? Tentang Aera?". Balas Chenle.

Mendengar itu Mark langsung mengangguk. " Iya ini tentang dia, Jaemin tidak dapat hadir. Kalian faham sendiri lah."

Agak tegang wajah mereka saat ini. Kalau Jaemin pun tidak ada mood buat datang maka mereka tahu perkara yang mahu dikhabarkan oleh Mark pasti bukan sesuatu yang baik.

" Aku mahu kalian dengarkan ini baik..".
.
.

Mereka berempat terkelu.

Mark yang habis bercerita itu sudah menjangkakan reaksi tersebut.

" Jadi kau nak maksud kan sekarang..Aera tak akan balik semula ke sini?". Haechan terlihat seakan-akan tidak percaya dengan apa yang sedang dikatakan oleh Mark saat itu.

Jeno masih lagi tidak berkedip sama sekali dengan tatapan yang benar-benar kebingungan." Tapi kenapa..".

" Wah aku tidak percaya, tapi kenapa??". Reaksi Renjun pula. Dia mahu percaya tetapi di sisi lain apa benar?

" Weh like, hutan di luar sana itu tebal. How?". Haechan terlihat benar-benar sangat kecewa dan risau dalam masa yang sama.

Saat itu, Mark sudah tidak mampu berkata-kata. Kerana, itu sahaja yang dikatakan oleh Jaemin kepadanya serta apa yang berlaku diantara Aera dan Taeyong di luar Vaughan itu mereka sendiri tidak tahu apa.

Yang tidak bersuara sama sekali itu adalah Chenle. Sama sekali tidak berkata-kata apa pun.

" Dia dengan siapa?". 

" Aku tidak tahu, yang Taeyong hyung kata saat mereka datang itu makmal itu sudah pun terbakar dengan teruk yang tersisa hanyalah dia dan doktor".

Semakin tidak percaya lagi mereka.

Chenle yang terasa seperti tidak sanggup untuk ada di situ kemudian meminta buat pergi sahaja meninggalkan teman-temannya yang lain di situ.

" Chenle..".

" Aku mahu bersendirian, Jeno. Nanti aku jumpa kau lagi..".

Mereka hanya membiarkan sahaja Chenle pergi meninggalkan mereka di situ. Melihat daripada riak wajah Chenle saja mereka tahu Chenle juga tidak senang mendengar kan perkhabaran itu.

SELCOUTH || DREAM 2Where stories live. Discover now