𝐏𝐚𝐫𝐭 1&2; 𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐫𝐞𝐚𝐦𝐬/𝐄𝐜𝐥𝐢𝐩𝐬𝐞

123 2 0
                                    

~•~Part 1; The Dream ~•~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~•~
Part 1; The Dream
~•~

27 March, North Training Base Champ.
12:20pm.


Vaughan,

Negara yang cukup banyak menyimpan rahsia, tidak banyak orang yang mengetahui isi dari negara yang memelihara ciptaan yang paling dicemburui oleh banyak makhluk lain. Katanya, mereka itu ciptaan teragung yang pernah diciptakan oleh Alam.

Mereka tidak salah.

Bangsa-bangsa bersayap itu sememangnya ciptaan teragung. Tapi sayangnya, tidak banyak yang mengerti bahawa mereka juga punya sifat dendam dan ketamakan di dalam diri mereka yang mereka sendiri tidak pernah tahu ia wujud.

Di sela-sela kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan ini, ada secuit harapan yang hadir di kala dunia seakan-akan tidak akan pernah menjanjikan kebahagiaan buat mereka. Ada kebangkitan yang ingin terpenuhi namun sayangnya, ia terselit dendam yang bahkan diri mereka sendiri sulit untuk fahami.

Pada tengah hari tersebut, Renjun yang baru sahaja selesai dengan tugas-tugas nya di pangkalan tiba-tiba sahaja berkeinginan buat pergi ke north base camp, tempat di mana mereka pernah tempati suatu ketika dahulu sebelum akhirnya mereka menjadi tentera Vaughan.

Hari-hari nya seperti biasa sahaja, tidak banyak yang boleh dikatakan berubah dan kebanyakan daripada orang-orang lain termasuk dia juga sedang fokus dengan sesuatu atau, boleh dikatakan sebuah impian yang sedih untuk dibilang itu adalah impian yang seperti sedang didesak menjadi kenyataan.

Renjun kemudian sampai di salah sebuah chapel yang memang menjadi rumah kedua mereka waktu dulu, dan saat ini dia menunggu.

" Tuan, ini kunci nya. Setelah selesai nanti Tuan berikan saja di petugas yang berjaga-jaga". Sebuah kunci diberikan lalu diambil oleh Renjun.

Renjun mengangguk kecil dan melangkah menuju ke arah pintu utama rumah tersebut. Perlahan-lahan dia memasukkan kunci tersebut dan akhir nya pintu tersebut terbuka. Sebelum melangkah masuk, dia terlebih dahulu menarik nafas yang cukup panjang. Sebenarnya ada sesuatu yang baru-baru ini sangat mengganggu nya.

Dan jawapan dari hal itu, seakan-akan berada di rumah tersebut.

Dia kemudian naik ke atas, menaiki tangga tersebut lalu matanya tertuju je sebuah bilik. Ia nya bilik kepunyaan Mark. Dadanya seakan-akan ingin pecah ketika sebuah ingatan tiba-tiba sahaja muncul di benak fikiran nya.

《》《》《》

2 Tahun yang lalu,
27 January,
12:00am.


Mark tersenyum lebar apabila melihat keenam-enam teman nya itu masih sedang bersenang-lenang bermain-main bersama di tengah malam yang masih dingin itu, dia yang baru sahaja pulang untuk memberi laporan ke pangkalan camp itu kemudian mengalihkan keinginan yang awal nya buat menyertai permainan mereka dengan sesuatu yang lain.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SELCOUTH || DREAM 2Where stories live. Discover now