𝐏𝐚𝐫𝐭 𝟏&𝟐

84 5 0
                                    

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Part 1: It's between Me and You

20 November, Jaedan Street, Vaughan.

9:00am.

Hampir tiga hari Chenle di sini, Aera kini masih lagi mencuba untuk memujuk Chenle buat pulang. Kerana, malam semalam dia benar-benar tidak tahu lagi bahawa dia bakal menjadi begitu agresif terhadap Chenle semasa kedua-dua mereka sudah pun tidur.

Tapi Chenle, Chenle benar-benar dapat mengawalnya dengan dengan baik sekali walaupun pada akhirnya Chenle hampir saja mati di tangannya. Kini, wajah lelaki itu dia tatap seketika. Ada sedikit luka di bahagian tulang pipi nya serta bekas cekikan di lehernya yang mula membiru. Aera, seseorang yang sebenarnya mempunyai nafsu membunuh yang sangat kuat. Kelemahan itu dia aktif kan sewaktu serangan pertama di Vaughan saat dua tahun yang lalu. Dan, itu adalah kali pertama dia hilang kawalan. Kerana itu juga, Sungchan hidup di dunia nya. Sebagai haiwan pembunuh nya.

Chenle yang saat ini sibuk memasak sesuatu. Melirik ke belakang, dan tersenyum melihat Aera yang tidak berkedip melihat ke arah nya.

" Aku sudah kata, bukan? Aku mahu tinggal di sini seminggu saja tak lebih."

" Iya tapi kan..". Aera terdiam lalu mengarahkan pandangannya ke arah yang lain selepas Chenle menoleh.

Tak mampu dia memandang ke arah Chenle bila mana dia mengingat dengan begitu jelas wajah Chenle yang benar-benar sangat terkejut apabila melihat dirinya yang hilang kawalan itu. Terlihat, dia ingin melawan tapi dia takut nanti malah dia bakal mencederakan Aera. Aera kemudian bangun lalu mendekati Chenle.

Belakang baju Chenle dia tarik sedikit.

" Apa? Aku sibuk ini..".

" Aku nak tengok leher kau..".

Chenle berpusing ke arahnya lalu menunjukkan ke arah Aera bekas-bekas cekikan yang sudah melebam itu. Aera malah menarik nafas panjang dan marah dengan diri sendiri. Seharusnya, selama dua tahun ini dia tidak sepatutnya bergantung kepada Sungchan. Kalau tidak, pasti ini tidak bakal berlaku.

" Kau mesti fikir aku takut, kan?".

Aera yang menyentuh leher Chenle itu terdiam sebentar. Lalu entah apa, kepalanya itu perlahan-lahan dia sandarkan tepat di dada Chenle.

" Aku memang semenakutkan itu..maaf".

Chenle yang merasakan hangat nya kepala Aera itu kemudian perlahan-lahan menyentuh ubun-ubun gadis itu lalu mengusap-usap nya.

" Lagi menakutkan bila aku melihat semua bekas luka di tangan dan badan kau..".

Aera memejamkan matanya dengan rapat apabila merasakan badannya itu ditarik ke dalam pelukan Chenle. Dia cuma benar-benar sangat merasa nyaman apabila Chenle membelai-belai nya dengan sangat lembut. Hatinya yang terasa begitu penuh rasa bersalah tadi benar-benar lebur kini kerana Chenle seperti nya tidak kisah langsung dengan apa yang dia sudah perbuat.

" Sudah lama ya kau menyakiti diri kau sendiri?".

" Aku tidak tahu juga sebenarnya..".

Chenle amat terkejut apabila mengetahui tentang bekas-bekas luka yang ada di tangan serta badan Aera selepas semalam dia berjaya mengikat Aera dan melihat sendiri bagaimana gadis itu tiba-tiba sahaja mencakar tangannya sendiri tanpa ada rasa sakit sama sekali. Matanya yang turut berdarah benar-benar membuatkan dirinya seperti melihat Aera tapi dalam wujud nya yang sebenarnya. Dia bingung. Saat itu, apa yang dia mampu lakukan adalah merangkak berjalan ke arah tubuh Aera yang diikat lalu memeluknya sambil mengatakan hal-hal yang baik di telinga Aera supaya Aera dapat kembali ke realiti.

SELCOUTH || DREAM 2Where stories live. Discover now