🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️~•~
Noda tetesan air mata nya mengalir dengan sangat deras, penantian nya itu yang ada di belakang tingkap ini tidak pernah berakhir.
Dan apabila semuanya terasa terpisah, dia dapat melihat di mata nya; penantian yang tertangguh.
Mereka memberitahu kepada nya, hidup nya boleh tenggelam di bawah banjir ini, tetapi adakah mereka telah melihat sungai yang sedang mengalir di mata nya? Jawapannya tidak.
Kerana dia tahu diri dia tidak akan pernah menjadi seperti bahagianya.
Dia mengesat mengesat air mata sehingga tidak ada yang dapat melihatnya, dia akan menutup pintu, dia terlalu takut hujan akan datang.
Dan apabila bahagianya dapat menjadi titisan hujan bebas dalam ribut petir, dia pula akan menjadi titisan hujan kering di belakang tingkap, noda yang tidak dapat dibersihkan oleh siapa pun.
Dia akan tetap duduk di sini di sudut ini,
Bahagianya boleh terbang.
Tetapi dalam kehidupan lain.~•~
Irene menggelengkan kepalanya menandakan sudah tidak ada apa-apa yang boleh dia lakukan. Wajah pucat lesi Natasha itu benar-benar membuat rapuh hati Irene. Sungguh saat ini, dia benar-benar merasa sangat gagal untuk menjaga gadis yang merupakan titipan teman baik dia iaitu Johnny.
" Apa yang kita sudah perbuat, Win?". Irene mengetap bibirnya menahan sebaknya lagi. Padahal tadi sudah seperti sekeras hujan dia menangis kerana Natasha.
Kini matanya itu mula berbinar lagi. Siapa saja tidak sedih? Katakan. Kerana kehilangan itu tidak ada yang baik-baik sahaja ditambah pula ini ada dengan penyesalannya. Dia melirik lagi ke arah Natasha dan tertunduk.
Kakinya itu dia tatap. Benar-benar terasa kosong rasa hatinya ketika ini." Dia cuma terlihat seperti sedang tertidur..". Suara esakan Irene kedengaran lagi.
Winwin pasrah. Benar, bahkan dia sendiri sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Sungchan yang terbaring di atas sofa pengsan itu hanya dia tatap dengan sayu sahaja. Otaknya itu benar-benar tidak mampu berfikir dengan baik ketika ini. Dia kemudian perlahan-lahan mendekati Winwin lalu tubuh kecil Irene itu dia tarik ke dalam pelukannya.
" Win..". Irene teresak-esak sampaikan mahu menarik nafas saja benar-benar terasa susah kerana betapa sedihnya yang dia rasakan ketika ini.
Kuat Winwin memeluk Irene yang kini benar-benar larut dalam pelukannya menangis. Mata Winwin tidak dapat menipu apa-apa lagi. Langsung tidak. Bahkan ketika ini, dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat di depan matanya.
" Tapi anak-anak dia masih hidup, Winwin".
" Aku benar-benar sudah tidak mampu berfikir sekarang, Irene. Serius".
Irene langsung mengusap matanya dan melepaskan pelukan Winwin." Kita boleh menyelamatkan anak-anak dia sekurang-kurangnya, Doyoung boleh buat itu". Bulat mata Irene menatap ke arah Winwin seolah-olah mereka itu punya harapan walaupun sedikit.
Kerana, apa yang Irene katakan itu adalah benar. Anak-anak di dalam kandungan Natasha itu masih hidup walaupun pada asalnya, ibu mereka itu sudah tidak bernyawa lagi.
Winwin menelan air liur nya. Benar-benar terasa kering tekaknya itu. Untuk kali pertamanya, dia mendekati Irene sedekat itu lalu tangannya itu saat itu, benar-benar ringan memegang kedua-dua belah pipi Irene. Mata nya yang ikhlas itu kini menatap penuh makna ke dalam mata Irene.
YOU ARE READING
SELCOUTH || DREAM 2
FanfictionAND THIS IS THEIR REALITY. "as i look at all of those strange faces i'll see those faces again someday even in silence, we'll hear each other's voices we'll always be worried for each other remember that we are in touch we'll always be together in...