𝐃é𝐣à 𝐯𝐮

68 7 0
                                    

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Waktu itu, aku berada di ruang gelap yang aku panggil dengan nama kekecewaan. Waktu itu juga aku menemu kan seseorang, aku melihat dia masuk perlahan-lahan ke dalam kegelapan itu membawa lilin yang akhirnya menyinari segenap ruang itu.

Aku nyaman. Dan itu, benar-benar membuatkan aku tidak mahu meninggalkan ruangan itu.

Mahu tahu itu apa?

Ianya sesuatu yang dipanggil masa silam atau lampau, aku fikir sesuatu itu baik-baik saja. Ternyata nya masa lalu itu meninggalkan luka yang berbekas dengan sangat dalam. Padahal di ruangan itu mimpi-mimpi masih belum wujud bahkan waktu juga tidak kunjung sampai ke titik yang betul.

Dan tiba-tiba. Takdir itu datang dan membawa dia pergi lagi, sedang kan aku masih lagi berjuang dengan sisa-sisa lilin yang ada, sendirian. Menyalahkan diri sendiri atas kebodohan diri.

Dia datang dan membawa lilin-lilin itu, sampai aku lupa ruangan tersebut adalah ruang kekecewaan, hanya saja ia diberi rias lain. Iaitu lilin tadi.

Setelah dia berlalu pergi, aku sedar tentang satu hal yang aku sudah tidak mampu lagi berdiri serta keluar daripada ruangan tersebut. Masih kecewa kerana takdir membawanya pergi, semakin lama semakin sedikit lilin yang tersisa.

Namun, tiba-tiba aku sedar akan sesuatu.

Ruangan tadi adalah kekecewaan, lilin adalah harapan. Aku memilih buat duduk di ruang kekecewaan kerana aku masih mengharapkan masa lalu itu supaya datang kembali.

Aku ingin memperbetulkan kesalahan aku.

Tapi ternyata.

Takdir berkehendak tidak kepada aku sampai sampai aku masih di ruangan tersebut.

Namun, rias rias di ruangan itu sudah tidak ada.

Lilin tadi...

Sudah terpadam.
.
.
.
.

" Chenle!".

" Jaemin!".

" Chenle!".

" Jaemin!".

" Hah!". Chenle langsung terbangun dengan peluh yang sangat banyak di dahi. Matanya yang terbeliak memandang ke atas siling serta mulutnya yang tertutup dan terbuka mencari nafas itu benar-benar membuatkan dia memang seperti baru sahaja mengalami mimpi yang sangat buruk.

" Kau mengigau atau apa Chenle? Bangun". Bora saat itu sangat terkejut dan takut dengan perilaku Chenle saat mengigau itu.

Chenle yang benar-benar kebingungan itu kemudian mencuba untuk bangun. " Apa kau yang menunggu aku di sini, Bora?".

" Iya, mereka tidak benarkan ibu bapa untuk menjaga kita yang tercedera. Aku dan Jeno yang bergilir menunggu kau".

" Di mana yang lain?".

" Mereka di bilik mereka masing-masing, sebentar lagi waktu makan tengah hari".

Chenle langsung menarik nafas panjang." Sudah berapa lama aku tidur?".

Badannya itu kemudian dia sandarkan di dinding.

" Dua hari..".

Chenle berfikiran sejenak. Apa benar dia tidur selama dua hari? Padahal luka nya itu tidak lah separah mana atau teruk. Tapi bagaimana dia boleh tidur selama itu?

Dan yang lebih membuatkan Chenle semakin hairan lagi adalah..

Entah kenapa, tidur dua hari nya itu terasa seperti dua tahun lamanya. Dan, mimpi yang dia alami itu benar-benar sangat membingungkan dirinya.

SELCOUTH || DREAM 2Where stories live. Discover now