🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
"Hidup itu tampak benar-benar mudah. Lahir, bernafas maka lakukanlah apa yang kehidupan itu mahu lakukan. Apa itu baik atau jahat. Terpulang. Kerana itu hidup mereka. Dua dunia yang berbeza itu, sebenarnya tidak ada apa yang berbeza. Hanya saja kehidupan di dalam nya terkadang nampak lebih menjijikkan.
Menjijikkan kerana banyak perkara. Bahkan terlalu banyak yang bilang, dunia itu kejam dan menyeramkan. Tetapi satu hal yang mereka tidak tahu, sebenarnya isi dunia itu yang lebih menyeramkan dan kejam. Apa itu? Manusia. Tak ada yang lebih menyeramkan daripada mereka.
Manusia.
Mereka yang menyebabkan kemusnahan, tetapi menyalahkan manusia lain dan pada akhirnya mengumpan kepada sesuatu perkara yang lain. Keegoan mereka itu jauh lebih jijik daripada segala-galanya.
Kemanusiaan yang sebenarnya itu terkadang tidak terlihat pada mereka. Padahal mereka itu makhluk hidup yang paling sempurna pernah dicipta kan. Tetapi kenapa masih ada yang tidak cukup? Kenapa harus ada sifat kebencian di dalam diri mereka sendiri? Padahal hidup itu terlalu mudah saja.
Tinggal hidup. Dan jalani sehariannya.
Cuma terkadang ada yang nama dugaan itu. Dan sesetengah daripada mereka itu menganggap yang hidup itu sekadar perihal menyambut dan kehilangan. Tidak ada yang abadi, bahkan yang dinamakan kebahagiaan juga bakal akan ada satu saat nya hilang.
Tetapi masih banyak yang merasa diri nya tidak cukup. Tidak cukup ada harta, ada wang, ada kasih sayang.
Dan kekuasaan.
Maka di sini,
Disebabkan kekuasaan itulah yang menyebabkan ramai orang tidak bersalah itu menjadi incaran orang-orang tamak.
Mereka mati.
Mereka dihapuskan.
Padahal hidup dan dilahirkan juga mereka tidak mahu. Tiba-tiba sahaja kewujudan mereka mahu dihapuskan kerana kepentingan perkara lain. Bukan kah itu terlalu ego? Hati mereka itu diletak di mana? Padahal dunia ini juga punya mereka.
Tetapi kenapa mereka malah harus mati?
Anak-anak itu yang punya impian itu tidak bersalah sama sekali.
Tiada satu kebencian yang dicipta kalau tidak ada penyebabnya. Jika keadilannya itu adalah satu-satu cara untuk memperbaiki hal itu, maka kebencian juga akan menjadi hal nombor satu demi menempatkan keadilan itu.
Mereka lupa.
Mereka berpijak pada satu tanah. Dan berdiri di bawah satu langit.
Putar sebanyak mana sekalipun roda itu.
YOU ARE READING
SELCOUTH || DREAM 2
FanfictionAND THIS IS THEIR REALITY. "as i look at all of those strange faces i'll see those faces again someday even in silence, we'll hear each other's voices we'll always be worried for each other remember that we are in touch we'll always be together in...