🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
2 tahun kemudian..
Dua tahun sudah berlalu dengan begitu sahaja. Menyisakan beberapa perkara yang mereka bawa sepanjang dua tahun itu.
Iaitu kenangan dan masa lalu.
Itu saja yang mereka sedang pegang saat ini.
Tidak ada perkara lain lagi.
Pasukan Selcouth sepanjang dua tahun itu telah melalui pelbagai fasa latihan yang amat berat. Menjadi pelatih bahagian elit sangat susah.
Terpaksa harus pergi daripada Vaughan selama berbulan-bulan lamanya.
Namun pada akhir nya , kesemua susah payah yang mereka terima dalam latihan tersebut akan menuju ke pengakhiran nya juga.
Pada hari itu, pasukan Selcouth sedang berada di dalam perjalanan buat pulang ke Vaughan setelah hampir dua bulan berada di kawasan yang cukup asing buat mereka.
" Yeahhh~ finally pulang juga kita ke Vaughan!!". Tempik Haechan yang melihat pagar Vaughan sudah ada di depan mata.
Benar-benar tidak tahu penat lelah. Itulah Haechan, sampai mereka juga aneh dengan Haechan, entah apa yang sudah latihan-latihan yang mereka jalani itu perbuat pada Haechan sehingga tenaga nya itu boleh dikatakan cukup kuat daripada yang lain.
Dia menari-nari keringanan dengan senang nya sambil berjalan beriringan dengan Jisung yang penat. Bukan penat berjalan tetapi penat melihat Haechan yang tidak tahu erti penat.
Dia sendiri sudah tidak tahu berapa lama berjalan dan Haechan masih tetap begitu.
" Kau tak reti penat? Em Haechan Lee?".
" Haechan Lee cuma menikmati perjalanan, apa kau tidak menikmati nya Jisung Park?".
" Jisung Park cuba tapi anda terlalu hyper Haechan Lee. Saya jadi penat".
E Da yang ada di belakang mereka benar-benar merasa meremang mendengar kan perbualan diantara Haechan dan Jisung.
" E Da Park?".
" Mahu aku tumbuk dengan tangan batu?".
" HAHAHA tidak aku bergurau sajalah~".
Jisung dan E Da langsung tercengang.
Haechan masih bertenaga. Rupanya..
" Aku tidak tahu berjalan seperti ini daripada sempadan boleh seronok". Ucap Renjun.
Saat itu, Mark yang ada di bahagian hadapan hanya mampu tersenyum sahaja. Melihat pagar Vaughan yang sudah jelas kelihatan itu membuatkan dirinya bersyukur.
Mereka berjaya lagi untuk pulang dengan selamat saat ini.
Ketika ini.
Dalam operasi kali ini pula, terlalu banyak yang mereka harus hadap daripada persekitaran sekeliling. Keadaan juga . Kebanyakan daripada mereka tidak dapat beradaptasi dengan persekitaran yang membuatkan itu agak sukar buat mereka.
Dan jauh dalam lubuk hatinya dia juga bercita-cita untuk mengetahui sendiri bagaimana rupa sebenar musuh itu. Namun tidak berhasil.
" Kita terlalu banyak menggunakan sayap sebab itu terasa lain bila berjalan". Balas Jaemin.
Mereka bersepuluh pada hari itu akhir nya berjaya menyelesaikan misi ke lima mereka dalam tempoh setahun itu. Dan misi ini adalah misi yang agak lama, di mana memakan masa hampir dua bulan untuk pulang semula ke Vaughan.
YOU ARE READING
SELCOUTH || DREAM 2
FanfictionAND THIS IS THEIR REALITY. "as i look at all of those strange faces i'll see those faces again someday even in silence, we'll hear each other's voices we'll always be worried for each other remember that we are in touch we'll always be together in...