🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
Kelopak terakhir jatuh ke abu, yang tinggal hanyalah sebatang duri berdarah tanpa mahkota.Tergoncang oleh ketakutan yang tidak dapat dipatahkan dan air mata yang tidak dapat dihentikan. Terkunci dari sinar matahari, dari hujan, dengan cermin kotor di dalam botol kosong.
Membengkokkan terasa terlalu kuat untuk ditahan oleh jiwa, terikat oleh pemikiran yang terlalu pantas agar tinta tidak dapat ditahan.
Kehilangan satu lagi perjuangan untuk hidup namun masih entah bagaimana, masih teguh berdiri di sana.
Menunggu bilah nasib untuk memberikan tamparan terakhir.
~•~
Eden Forest,
7:00p.m.
" Natasha!".
" Ya bangun!!!".
" Natasha!!!".
Natasha tersentak, usai mendengar suara panggilan yang memanggil-manggil nama nya meminta buat bangun. Kepalanya yang merasa cukup sakit kerana berbaring di permukaan yang cukup keras itu membuat dia merengek sedikit. Usai panggilan tersebut tidak kunjung habis. Matanya yang dibuka dengan cara paksa itu mengelih ke tepi dan terkejut apabila melihat Karina yang dalam keadaan sangat panik.
Ternyata itu Karina. Mata nya yang bergelingangan itu menunjukkan segala-gala nya. Gadis yang berumur tidak jauh daripada nya itu sedang panik.
Natasha malah tersengih sendiri, Karina benar-benar terlihat sangat cantik bila dia panik dan seperti hendak menangis.
" Kau! Kau kenapa tidur di sini?!". Bentak Karina.
Marah dirinya apabila pulang daripada pekan malah Natasha tidak ada di rumah tanpa sebarang nota atau apa saja.
Seperti orang gila dia mencari adik perempuannya itu. Ternyata Natasha ada di tasik Eden malah tertidur dengan sangat lena walaupun cuacanya mula sejuk semula.
" Aku tidur??". Dia bingung. Lalu perlahan-lahan dia mencuba untuk bangun dan Karina turut membantunya.
" Iya kau tidur, puas aku mencari kau~ ". Karina mengeluh dengan sangat kuat. Kalau dia tidak ada rasa tanggungjawab rasanya sudah lama dia campak Natasha ke dalam tasik di depan mereka itu.
Biar ada pelajaran sedikit untuk Natasha supaya tidak keluar begitu sahaja lagi tanpa ada permission.
" Aku rasa aku tadi..".
" Apa Natasha Jung? Jelas-jelas kau tidur disini, apa rumah Cik Irene tidak cukup buat kau tidur".
" Hmm marah~". Ucapnya sambil melirik ke arah sekitarnya itu. Benar, cuaca sudah mulai gelap dan sejuk tapi dia tidak merasakan apa-apa langsung.
Natasha kelihatan benar-benar sangat keliru saat itu. Terasa seperti dia baru sahaja berbual-bual dengan Mark baru tadi, tapi melihat keadaan sekarang. Nampaknya sudah lama Mark meninggalkan nya bersendirian di sini. Tapi bagaimana? Dia tidak perasan atau ingat Mark mengucapkan selamat tinggal atau apa saja kepadanya. Baju yang ada ditubuh nya juga baju milik Mark.
Dia tercengang sebentar." Apa dia pengsan kan aku?".
" Kau buat apa di sini? Winwin dan Cik Irene bakal marahkan aku jika aku cuai biarkan kau seperti ini..".
" Maaf~ aku mungkin penat sedikit mungkin sebab itu aku tertidur di sini".
" Ya sudah, mari pulang".
YOU ARE READING
SELCOUTH || DREAM 2
FanfictionAND THIS IS THEIR REALITY. "as i look at all of those strange faces i'll see those faces again someday even in silence, we'll hear each other's voices we'll always be worried for each other remember that we are in touch we'll always be together in...