𝐑𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐦𝐞.

67 6 0
                                    

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Malam itu tidak selalu gelap gelita.

Malam itu tidak selalu sunyi.

Malam itu juga tidak selalu ada bahaya nya.

Malah..

Ada seseorang yang menginginkan malam lebih daripada diri nya menginginkan siang. Malam itu sunyi, malam itu terang kalau ada bulan nya. Malam itu lebih selamat sekurang-kurangnya buat seseorang itu. 

Kini.

Burung-burung megah itu tidak lagi terbang di awan biru.

Mereka jatuh dan terbang di atas rumput. Seperti siang hari yang sudah mati.

Sayap-sayap besar itu terkubur di dalam badan.

Keturunan iblis mengikat kami ke lebah kematian. Tidak, iblis itu kita.

Iblis itu menghantui kita. Tidak, kita yang menghantui mereka.

Kerana ada sesuatu yang kita sedang perjuangkan.

Iaitu benih mahkota kita.

Siang itu sudah mati, oleh matahari terbenam.”

》《《》《》《》《
》《《》《》《》《
》《《》《》《》《


Aaera tersentak daripada tidurnya.

Matanya itu dibuka dan dia langsung menyedari bahawa dia berada di suatu tempat yang sangat asing buat dirinya. Nafas yang sudah mulai tidak stabil akibat terjaga itu cuba dia atasi dengan tenang.

Keringat yang ada di dahi nya itu benar-benar menunjukkan yang dia baru sahaja mengalami mimpi yang entah itu mimpi ngeri atau apa. Tapi benar-benar panjang dan tidak terasa seperti mimpi sama sekali. Hawa dingin yang ada di ruangan tersebut tidak memberi kesan kepada panas yang datang daripada tubuhnya.

Seingat dia, Sungchan memikul dia naik ke ke pagar Vaughan. Itu saja dan selepas itu dia sudah tidak ingat apa-apa.

Matanya itu dilirik ke kiri dan kanan.

" Hospital?". Dia menarik nafas yang agak sedikit dalam. Rasa panik nya itu sudah mula agak okay sedikit ketimbang sewaktu dia baru sahaja terjaga tadi keseluruhan badannya terasa sejuk tapi malah berkeringat.

Dua kali dia di bawa ke makmal Doyoung dan dua kali dia diseksa atau diuji segala macam, meninggalkan trauma di jiwa nya itu. Benar-benar takut jika dia ada di tempat yang bukan-bukan lagi. Yang dia benci, adalah dia jika berada di makmal Doyoung itu status nya bukan manusia melainkan monster untuk diuji segala macam.

Dan iya, rupanya dia berada di hospital. Sejak bila agaknya? Bagaimana dengan keadaan di luar? Dia takut dia terlalu lama tidur di sini.

Agak lama dia menatap siling ruangan tersebut. Tak ada apa yang menarik cuma kosong sahaja. Kerana sudah agak terkumpul sedikit tenaga, dia kemudian mencuba untuk bangun.

Bangun untuk melihat-lihat jika ada orang di luar sana untuk dia bertanyakan tentang pertanyaan yang sedang bermain di kepala nya itu.

Pelik.

Dia sebenarnya sudah seperti tidak mahu ambil tahu tentang teman-temannya apa mereka baik-baik saja atau tidak? Dia cuma mahu tahu di mana Winwin dan yang lain sahaja. Apa mereka ditahan atau apa saja. Mungkin kerana dia tahu, teman-teman nya itu sudah terlatih dengan cukup hebat.

Jadi dia tidak risau sangat.

Namun ketika dia berusaha buat bangun.

Daripada luar, dia mendengar suara bising. Dan pintu biliknya itu terbuka, seketika dia menoleh untuk melihat.

SELCOUTH || DREAM 2Where stories live. Discover now