🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
Vaughan Main Fence,
12'00Pada tengah hari yang cukup cerah itu, bakal dikeluarkan lagi satu arahan buat kumpulan Renjun untuk keluar daripada Vaughan buat misi kelima berpatroli buat pasukan tentera dari unit unit Perisik di sekitar wilayah Vaughan yang jauh daripada tembok negara tersebut. Kini Renjun benar-benar sudah bersedia. Pasukan yang ketiga sudah pun pulang pada minggu yang lalu namun berita yang dibawa oleh kumpulan tersebut benar-benar kurang menyenangkan. Dan pasukan ke empat masih belum pulang.
Dan apa yang boleh dikatakan adalah, tidak semua pulang dalam keadaan baik-baik sahaja. Pasukan-pasukan Mark yang benar-benar terlatih dengan kuasa elemen serta senjata yang jauh lebih canggih daripada mereka itu ada di mana-mana. Dan fokus, mereka adalah untuk mencari sumber keberadaan Mark itu di mana.
Kerana mereka tahu, titik lemah pasukan yang dikawal oleh Mark itu adalah Mark sendiri.
Dan kini Renjun benar-benar sudah bersedia untuk menjalankan tugas nya yang dia tahu sukarnya itu sudah mencapai level tertinggi. Bahkan sebelum keluar ini dia sudah berada di sisi Ten untuk mendapatkan beberapa teknik pengawalan ramalan yang tiba-tiba sahaja muncul kerana sehingga saat ini, peramal daripada Selcouth iaitu Jeno dan Renjun itu suka sekali tiba-tiba mendapatkan ramalam di mana jua keadaan atau tempat. Ditambah pula, Renjun memerlukan kertas dan pen kalau tidak dia tidak dapat mengeluarkan ramalannya itu melalui mulutnya seperti Jeno.
Bahkan dia sendiri terkadang sukar untuk mengungkap apa sebenarnya yang dia sedang ramalkan itu.
Teman setugasnya pada misi pertama dia adalah E Da di mana E Da bertugas untuk bahagian senjata yang bakal mereka bawa sementara Renjun adalah penunjuk arah buat pasukan mereka yang seramai 20 orang itu.
" Renjun-a!!!".
Dia mengangkat wajahnya lalu berpusing ke belakang. Terkejut dia dibuatnya apabil melihat teman-teman nya yang lain ada dia atas salah satu bangunan yang ada di situ sambil melambai-lambai kan tangan mereka ke arahnya.
" Jaga E Da Renjun-a!!". Jerit Agira.
Dia mengangguk-angguk sambil tersenyum dengan tangannya yang juga turut melambai-lambai ke arah mereka semua. Dan daripada jauh, jelas kelihatan ada salah seorang daripada mereka yang masih tidak dapat menyembunyikan rasa kekhuatiran nya itu.
Orang itu adalah Jeno.
Renjun juga tidak boleh berbuat apa-apa. Arahan dan nama para pasukan yang keluar itu mereka tidak boleh atur sesuka hati. Dan setiap yang keluar itu mereka sudah susun mengikut limit masing-masing.
Dia bahkan tahu, beban yang ditanggung oleh Jeno jauh lebih memedihkan daripada apa jua keadaan. Dia menjadi pengganti kepada Mark, tulang belakang kepada Selcouth sekarang. Bahkan mereka sebenarnya tidak merasa kekok atau apa kerana selama ini kalau tidak ada Mark, maka Jeno yang akan membimbing mereka ke depan. Dan kini, usaha nya itu bahkan harus jauh berlipat-lipat kali ganda kerana bukan sahaja dia tulang belakang kepada Selcouth tetapi harapan negara kedepan nya.
YOU ARE READING
SELCOUTH || DREAM 2
FanfictionAND THIS IS THEIR REALITY. "as i look at all of those strange faces i'll see those faces again someday even in silence, we'll hear each other's voices we'll always be worried for each other remember that we are in touch we'll always be together in...