𝐓𝐫𝐮𝐭𝐡 𝐇𝐮𝐫𝐭.

76 6 0
                                    

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️


Ketika mataku begitu sibuk memerhatikannya,
Adakah dia menatapku?
Pesona dia yang berkilauan itu benar-benar menciptakan dunia mistik.

Parutnya cantik.
Seperti hiasan mereka mantikkan lagi kecantikannya.
Kekurangannya tanpa cela.

Aku memerhatikannya dan
Iya, dia juga merenung merenung tepat ke arahku,
Atau mungkin dunia
Itu sangat menyakitkan.

Kecantikannya misteri,
Kalian tidak dapat melihatnya
Tunggu sahaja kegelapan
Dan kalian akan mengaguminya.

Dia adalah bulan,
Sentiasa merenung ke arahku.
Tetapi hanya dalam kegelapan,
Semasa aku bersendirian.

~•~


2 December, Main Hospital Vaughan

10am.

Jaemin membuka matanya perlahan-lahan selepas sahaja dibuat pengsan oleh Natasha pada hari semalam secara tiba-tiba walaupun saat itu terlalu banyak yang dia mahu katakan kepada Natasha. Tentang betapa kesalnya dia dengan dia yang dulu, padahal dahulu sewaktu Natasha masih ada dengannya dia berjanji macam-macam dan bahkan sehingga sanggup menunggu Natasha.

Tapi pada akhir nya, malah dia yang menjauh dan mengkhianati apa yang dia sudah janjikan. Sayapnya masih utuh tapi yang patah itu Natasha. Malaikat yang berjanji untuk melindungi manusia dicintai nya itu malah berkhianat.

Air matanya mengalir dalam diam walaupun matanya itu masih terbuka sambil menatap kosong ke arah siling rumah sakit itu. Tak ada apa yang dia boleh katakan bila mana kekesalan yang ini mungkin jauh lebih menyakitkan daripada mana-mana rasa sakit yang dia pernah lalui. Hatinya itu tidak pernah berdalih, dia amat mencintai Natasha dengan sesungguhnya. Hanya sahaja, takdir dan kelalaian nya untuk mengubah segala-galanya nya itu selalu sahaja tidak tercapai kerana hatinya sendiri goyah dengan pendirian nya.

Dia bukan lagi Guardian Angel Natasha yang seperti dulu, bahkan sedikit pun tidak pernah. Daripada di dimensi yang lalu sehingga yang ini dia masih sama dengan karakter nya yang tidak pernah menepati janji yang dibuatnya. Dan pada akhirnya, orang yang dia cintai itu harus melihat pengkhianat yang dia buat secara diam-diam.

Dan apa yang membuat kan dirinya itu tidak habis fikir adalah, selama seminggu itu Natasha tahu semuanya dan dia benar-benar lebih memilih untuk diam serta ikutkan kehendaknya walaupun sebenarnya Natasha tahu sekali sahaja Jaemin ingat akam memori nya, bukan sahaja tangan Natasha dia tidak lagi boleh pegang. Melihat nya dengan penuh kasih sayang juga sudah tidak boleh. Tapi, kuatnya Natasha itu memang terbatas dengan waktu, dia kuat menghadapi Jaemin dalam masa Jaemin tidak ingat apa-apa itu kerana alasan nya itu, cuma satu. Nanti dia sudah tidak boleh berbahagia dengan Jaemin lagi, sang lelaki yang separuh nyawa dia cintai itu.

Walaupun setiap malam bahkan sepanjang dua tahun, bayangan Jaemin akan meninggalkan nya kerana May itu sudah ada, dan itu sebenarnya menjadi punca kenapa dia memutuskan lingkaran komunikasi dengan Jaemin kerana dia tahu, berharap dengan sesuatu yang tidak pasti sangat sulit dan menyakitkan. Jaemin adalah sesuatu ketidakpastian yang dia perjuangkan dalam diam.

Dan Jaemin pula, terikat dengan takdirnya.

Dadanya itu perlahan-lahan dia pegang, dan cukup sesak nafas rasanya apabila dia mengingati setiap detik dan masa-masa dia bersama-sama dengan Natasha, pantas sahaja waktu itu Natasha memberitahu nya untuk menikmati sahaja hari-hari nya bersama dia selagi ada masa. Dan sekarang dia mulai mengerti, gadis itu sebenarnya sedang takut kehilangan nya.

SELCOUTH || DREAM 2Where stories live. Discover now