🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
The dreams we dreamed together again
Becoming someone's dream
We're in the same dream,
Anew again in this dream
Story to begin
An endlessly thrilling page
You are the first sentence
My brightest dream
In the memories we will make together I wanted to become your dream
Holding hands warmly just like the first time
Walking the same road, smiling the same.《》《》《》
" Jangan menangis lagi, anak mama kan yang paling kuat".
" Rasanya seperti Natasha mahu tetap saja berada di dalam perut mama. Dunia ini terlalu sukar..".
" Mama tak mahu lihat Natasha seperti ini, sayang. Mama malah tidak kuat. Jangan menangis ya?".
Natasha mengangguk dan mengesat air matanya itu lalu tersenyum dengan sangat lebar di hadapan ibunya. Krystal kemudian bangun dan menghulur kan tangannya ke arah Natasha.
Natasha yang kebingungan itu kemudian menyambut huluran tersebut dan bangun. Dalam sekelip mata pemandangan di istu berubah menjadi pantai yang cukup indah sekali dengan laut yang terbentang luas serta air yang cukup biru itu membuatkan Natasha terpegun sendirian.
" Ini di mana pula, ma?".
" Ini bukan tempat mama lagi..".
Tangan yang menggengam ibunya itu perlahan-lahan terlepaskan dan dia berjalan menuju ke perisisiran pantai itu untuk merasai sejuknya air laut.
Daripada belakang. Krystal hanya tersenyum sahaja melihat anaknya yang sedang bermain dengan air itu. Begini agaknya melihat anak perempuan nya itu bermain-main.
" Mama akan bilang pada papa bahawa anak perempuan nya sudah tumbuh menjadi gadis yang pemberani..".
" Mama air lautnya cantik..".
Ucap Natasha yang masih lagi ralit dengan air laut itu berserta dengan kulit cengkerang yang baru sahaja dia jumpai. Namun seketika, tiba-tiba sahaja dia merasa seperti sunyi sekali. Benar-benar sangat sunyi.
Dengan pantas dia mengangkat wajahnya lalu berpusing. Dia terkelu apabila melihat tiada sesiapa lagi di situ. Ibunya. Ibunya sudah tidak ada. Padahal rasanya tadi baru beberapa minit saja dia fokus terhadap air laut itu.
Dia langsung panik dan berlari ke arah di mana ibunya sedang berdiri beberapa tempoh yang lalu itu tadi dan melirik melihat ke sekeliling namun gagal. Di situ benar-benar sudah tidak ada sesiapa lagi.
" Ma..!". Dia berteriak memanggil ibunya namun tiada sahutan.
" Ma jangan tinggal Natasha lagi ma!". Dia terduduk lalu tertunduk menangis. Dia tidak faham dengan apa yang sedang terjadi saat ini.
Padahal, dia masih belum puas untuk bersama-sama dengan ibunya. Masih terlalu banyak yang dia mahu luahkan dan ceritakan pada ibunya. Tapi sekarang kenapa ibunya malah tiba-tiba menghilang kan diri.
" Ma..". Pasir itu kini dibasahi dengan air matanya.
Sungguh, apa sebenarnya yang sedang terjadi? Kenapa dia benar-benar seperti dalam kebingungan yang tinggi ketika ini.
Agak lama dia menangis. Tiba-tiba dia melihat seperti ada bayangan.
" You look so ugly, sudah jangan menangis".
YOU ARE READING
SELCOUTH || DREAM 2
FanfictionAND THIS IS THEIR REALITY. "as i look at all of those strange faces i'll see those faces again someday even in silence, we'll hear each other's voices we'll always be worried for each other remember that we are in touch we'll always be together in...