𝐍𝐞𝐰 𝐎𝐫𝐝𝐞𝐫.

55 7 0
                                    


🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Hampir dua hari Jaehyun tidak pulang ke rumahnya dan terpaksa menetap di tempat khas unit nya kerana harus menghadiri ke ujian pertempuran pertama bagi sekolah-sekolah lain. Dan itu sangat memenatkan sekali, ada yang memintanya buat berehat sahaja tapi tugas tetap tugas dan harus dia laksanakan dengan baik sekali.

Walaupun ada terlalu banyak yang dia harus uruskan dan pertanyaan yang ada di otaknya, tapi dia harus tetap harus profesional dengan tugasnya.

Sesampai sahaja di rumahnya dan sudah hampir lewat malam, dia hanya mampu mengeluh kerana sudah pastinya Aera sudah diambil atau dibawa pulang semula ke rumah Taeyong. Dan, apa yang dia mampu kata kan dalam hati adalah, tak apa kalau ada peluang lain maka dia akan tanyakan terus pada Aera tentang kerisauan nya.

Pintu kemudian dia buka perlahan-lahan.

Dia yang sebenarnya agak kelelahan dan tidak dapat berehat dengan begitu baik sejak dua hari lepas hanya mampu mengatur langkah dengan agak perlahan menaiki tangga ke atas.

Berjalan menyelusuri ruangan tersebut, dia berhenti sejenak di depan bilik Aera.

Pintu tersebut perlahan-lahan dibuka, namun dia agak terkejut apabila melihat selimut Aera yang sedikit tidak terurus seolah-olah dia baru sahaja bangun.

" CIK CHOI!!".

" I-iya Tuan?".

" Aera masih ada?".

Pembantunya dengan pantas mengangguk.

" Mana dia? Apa kaki nya sudah okay untuk nya berjalan?".

" Saya menghantar nya ke belakang, dia kata dia mahu melihat bunga di taman".

Jaehyun dengan pantasnya berlari dan keluar buat ke taman belakang rumahnya itu dan ternyata benar saja. Aera ada di situ. Dengan senang hati dia menarik nafas lega kerana Aera masih ada di situ.

" Aku fikir kau sudah pulang ke tempat Taeyong..". Ucapnya dan kedengaran sangat bersyukur sekali.

" Mereka belum mengambil aku lagi..".

Jaehyun mengangguk faham. Dia kemudian duduk bersebelahan dengan Aera." Kau tidak kesejukan? Apa mahu Cil Choi bawakan sesuatu yang hangat?".

Aera menggeleng." Tidak, di sini udara nya tidak terlalu sejuk".

" Kaki dan tangan kau bagaimana? Apa Cik Choi menjaga kau dengan baik?".

Aera mengangguk tanpa berucap apa-apa.

" Baguslah~".

Suasana malam tersebut benar-benar sangat tenang, bintang tidak ada tapi tetap saja sangat cerah oleh kerana bulan yang menyinari malam itu. Permandangan di situ, benar-benar terlihat dengan sangat jelas sekali. Dan taman bunga yang ada di belakang rumah Jaehyun itu sebenarnya adalah hasil tangan Cik Choi selama bertahun-tahun lamanya. Ia amat menarik perhatian Aera sejak dua hari yang lepas lagi.

Pada malam tersebut baru ada peluang buatnya melihat-lihat.

Mereka berdua kini hanya terdiam membisu memikirkan tentang apa yang ada di dalam kepala mereka sendiri. Terutama sekali Jaehyun, benar-benar terlalu banyak perkara yang ada di dalam kepalanya saat itu.

Dan pertanyaan utama yang ada di dalam kepalanya sekarang adalah adakah Aera ini benar-benar keluarga nya yang dia cari selama ini atau bukan. Melihat pada apa yang Aera ada serta raut wajahnya itu benar-benar membuatkan dirinya itu merasa cukup dekat dengan Aera.

" Boleh aku tahu sesuatu?".

Jaehyun langsung menatap tepat ke arah Aera, menanti jawapan daripada Aera.

SELCOUTH || DREAM 2Where stories live. Discover now